BAB 8

Romance Completed 19413

“Aiza, temankan aku ke tandas!” Ajak Nazira tersengih merenung temannya.

Aiza tenung temannya tanpa berkelip.. “Laa.. nak ke tandas pun nak berteman!” Namun dia tetap mengekor temannya yang sudah jauh di hadapan.

Nazira pulas tombol pintu yang tertera ‘PEREMPUAN.' “Macam mana, ok tak rambut aku?" Soal Nazira membetulkan rambutnya yang diikat satu. Rambutnya yang lurus dan berkilau itu memang senang diikat dan tampak anggun bila disanggul.

Aiza sekadar angguk sebagai jawapan. Dia terkebil-kebil melihat gelagat temannya. Jarang dia disoal itu dan ini mengenai keadaan dirinya. Dia tidak kisah bagaimana penampilannya, asal kemas, selesa dan sederhana. Ha... ni mesti nak jumpa boyfriend, kalau tidak takkan dia nak sibuk-sibuk melawa! Sampai hati dia tak cakap pada aku! “Kau nak ke mana Ira?”

Nazira tersenyum. “Ok dah ke?" Nazira memusing-musingkan tubuhnya yang tinggi lampai dan ramping persis seorang model itu.

Aiza angguk lagi. “Cakaplah.” Gesa Aiza.

“Cakap.. cakap apa?” Nazira pura-purw tidak faham.

Aiza mendengus lembut “Kau nak ke mana?”

“Sebenarnya.. sebenarnya.. Doktor Izam nak jumpa aku.” Ujar Nazirs malu-malu. Sempat juga dia menjeling wajah Aiza yang sudah berubah itu.

Darah Aiza seperti tersirap mendengar kata-kata Nazira, ditambah dengan lentuk liuk tubuhnya yang sedikit malu itu. Rupanya dia sukakan Ira, bukan aku! Aiza merenung temannya yang menyanyi kecil penuh kegembiraan itu. Kalau dilihat pada wajah itu dia akui kenyataannya. Namun Nazira.. dua hebat dari segi lain. Ke mana saja dia pergi pasti tercalit sedikit kasih lelaki mahupun wanita buatnya. Dia istimewa melalui pandangan hati! Aku saja yang perasan selama ini! Aku saja yang berperasaan begini padanya sedangkan dia.. Satu keluhan dilepaskan.

Nazira tersengih nakal merenung telatah temannya. Mengeluh pula dia! “Hei, kenapa dengan kau ni? Patutnya kau gembira untuk aku!”

“Ah... ya, aku gembira!” Tersentak dia seketika

“Oo.. begitu rupanya wajah kau bila gembirs, tapi kenapa nampak macam orang cemburu saja?” Usik Nazira.

“Tak adalah.. untuk apa aku cemburu? ”

“Sebab kau ada hati pada Doktor Izam, tak begitu?” Nazira makin seronok mengusik.

“Ini bukannya masa untuk bergurau Ira!” Tingkah Aiza.

Nazira tertawa kecik. “Sudahlah Aiza, aku tahu perasaan kau! Sebenarnya dia ada hal hendak dikatakan pada aku, sebab itu dia nak jumpa kau. Janganlah cemburu buta.. aku sedikit pun tidak punya perasaan pada dia, begitu juga dia!”

Aiza mencubit lengan temannya, namun gadis itu lebih pantas menjauh. Dia menjelirkan lidah.

“Kau sengaja hendak kenakan aku ya Ira!” Marah Aiza. Wajahnya yang putih bersih bertukar merah kerana menahan malu.

“Untuk mengetahui isi hati kau.. apa salahnya! Sekalipun kau cuba sembunyikan dari aku, tapi aku dapat menangkapnya!” Nazira pantas berlari keluar dari tandas.

Aiza tersenyum. Tak guna kau Ira! Sengaja kenakan aku. Aaahh.. kenapa aku perlu cemburu? Dia bukan hakku jadi dia berhak memilih mana-mana gadis sebagai pilihannya. Aku sendiri tak pasti sama ada dia cintakan aku atau tidak! Tapi aku akui aku mula meminatinya.

“Woi, sudahlah.. jangan feeling sangat! Susah aku nak melayan pulak!” Nazira tersembuk di muka pintu

“Tak guna kau Ira!” Aiza mengejar Nazira. Gadis itu pantas berlari dan Aiza terus mengejar. Larian Nazira terhenti apabila terpandangkan Doktor Fahmi yang tidak jauh di hadapan. Malang tidak berbau, Aiza tidak sempat menekan brek sehinggakan dia terlanggar Nazira yang kaku di hadapan. Buk! Dua nangka busuk jatuh!

“Aduh.. ” Kedua gadis itu mengaduh. Masing-masing menggosok punggung yang terasa sakit. Nazira memerhati lututnya yang terluka semalam. Laa.. darah! Nazira mengeluarkan tisu dari poket lalu mengelap perlahan.
“Kau tak apa-apa Ira?” Aiza sedikit risau. Semua ini salah aku, kalau aku tak kejar Ira mungkin dia tidak jatuh!

Nazira menggeleng. “Sikit saja.. ”

“Itulah.. lari lagi!” Doktor Fahmi menghampiri kedua gadis itu. Dia membantu membangunkan Nazira.

“Sikit saja doktor.. tak ada apa-apa.” Nazira sengih.

“Kita bubuh ubat ya, nanti melarat pula luka tu. ” Aiza menarik lembut lengan temannya.

Nazira menggeleng. “Tak payahlah.. sikit saja ni! Aku kena pergi jumla Doktor Izam, tentu dah lama dia tunggu aku.”

“Tapi Ira.. "

“It's ok Aiza, kau tak perlu risau sangat!”

“Aiza tu sayangkan kamu, takut apa-apa jadi pada kamu. ” Sampuk Doktor Fahmi.

Nazira senyum melihat temannya. Dia pegang lembut jemari gadis itu. “Aku pergi ya.”

“Yalah.. tapi janji nanti kau bubuh ubat ya!”

“Aku janji!”

“Lagi satu.. jangan berlari-lari begitu lagi! ” Nasihat Doktor Fahmi.

“Yes boss!” Dia terus berlari ke bilik Izam.

“Budak ni, baru saja nasihat dia dah buat lagi! ” Ngomel Doktor Fahmi.

Aiza sekadar senyn. “Biasalah Doktor Fahmi, perangainya memang begitu, tak boleh diubah lagi.. macam budak-budak!"

Doktor Fahmi tenung wajah Aiza. Aiza kurang senang diperhatikan begitu. “Kenapa ni, ada yang tidak kena? ”

“Awak sayangkan dia, kan?”

Aiza angguk. “Begitu sayang! Saya anggap dia seperti adik saya sendiri. Rasanya.. Doktor Fahmi pun sayangkannya. ”

“Ya.. rasanya dialah penyeri hospital ini. Kenakalan dan kelincahannya menghiburkan semua.” Luah Doktor Fahmi ikhlas.

“Ramai sayangkan dia.. itulah keistimewaanya yang bgitu unik. Bagi saya.. dialah teman sejati saya. Dia sanggup berkongsi suka dan duka bersama saya. Tapi kedukaannya sekali-kali tidak diceritakan pada sesiapa. Dia sembunyikan segalanya disebalik tawa riang dan kenakalan itu. ”

“Ya, betul kata awak tu! Well. kita dah sembang lama, baik kita kembali jalankan tugas!" Cadang Doktor Fahmi.

Aiza angguk. Mereka beriringan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience