Epilog

Romance Completed 19413

Izat melemparkan pandangan ke arah jalan. Di mana-mana saja aku dapat melihat kau Ira! Di mana-mana!

“Laa, tak balik lagi pakwe tu rupanya! Kita nak close dah ni... dari tadi menung saja, apa dia ingat tempat ini untuk menung sajakah? ” Atika mengomel.

“Iyalah Ati, orang dia macho gile... tapi lembik, pondan agaknya! ” Erin cebik. Nyesal aku agungkan kekacakan dia... ingatkan lelaki, rupanya bapok! Harap muka.. boleh tergoda aku!

“Yang kau orang sibuk sangat kenapa? Dia punya pasallah! Dahlah.. dari aku layan kau orang, baik aku pergi salin baju... kasi lawa! Barulah bertambah-tambah sayang Faiz kat aku! ” Razliana tersengih, terus berlalu ke bilik air. Kalau bab mengutuk orang, kawannya yang berdua tu memang seronok! Malas nak join, kalau tambah pahala tak apa juga tapi kalau dosa... baik tak payah!

Izat hirup sedikit air. Patutnya menyanyi lagu rap minta diisi, tapi kerongkongnya terasa tersumbat. Ira... air mata mengalir, namun pantas diseka kerana dia tidak mahu khianati janjinya pada Nazira. Hampir dua tahun dia begini! Mujur imannya masih teguh, fikirannya juga masih waras untuk berfikir walaupun pemergian Nazira, isteri kesayangannya itu umpama dihiris belati tajam!

“Laa... laaa... ” Razliana menyanyi kecil.

“Amboi lawanya! Mentang-mentang nak jumpa buah hati! ” Atika senyum.

“Jealous? ” Atika cebik dengan kata-kata gadis itu.

Erin jeling Razliana. Orang bercinta, biasalah! “Hei Lia, kau suruh pakwe tu blah! Nak tutup dah ni! ”

“Ah, malaslah! Kau pergilah... ”

“Aku nak pergi salin baju! Takkan kau sorang saja nak melawa... nak tawan hati pakwe! Aku pun nak tawan hati Abang Zim aku! " Erin berlalu.

Razliana mendengus. “Kau Ati? "

“Aku pun nak salin baju. Kau pergilah... tak usah takut, dia tu lembik saja.. sekali penampar saja sure teriak! ” Atika turut berlalu.

“Ish, menyusahkan orang saja! Karang Faiz pula ternanti-nanti! ” Mulut Razliana terkumat kamit tak puas hati. Langkah diatur mendekati meja Izat. “Encik.. "

Pemuda itu masih diam. Jauh sekali pandangannya.

“Encik! ” Suara Razliana meninggi.

Izat paling. Dia gosok matanya. Ya Allah, benarkah apa yang aku lihat ini? Ira! Izat bangkit.

“Encik, kami nak tutup sekarang. Maafkan saya, encik terpaksa pulang sekarang. ” Gadis itu senyum.

“Ira... ” Izat capai tangan gadis di hadapannya.

Gadis itu merentap, serentak satu tamparan hinggap di pipinya. “Awak ni dah tak tahu adabkah? Kurang ajar sungguh! ” Razliana gigit bibir.

“Ira... ” Izat cuba hampir dengan gadis itu.

“Maaf, nama saya Razliana bukan Ira! ” Razliana berlalu. Tak guna betul!

“Ira.. ” Izat cuba halang. Gadia itu mencerun marah kerana langkahnya dihalang.

“Hei, tak faham bahasa Melayukah? Saya bukan Ira! Understand! ”

“Ira... I mean Razliana, you look different. ” Izat genggam tangan gadia itu. Mimpikah ini? Mimpi yang bagaimana?

“Shit! " Razliana pijak kasut Izat. Dia pantas berlari.

Izat terloncat-loncat! Mana taknya... kasut dia tumit tinggi! Boleh lebam kaki aku ni? Siapa dia? Izat sekadar tenung gadis itu yang sudah membonceng motosikal berkuasa tinggi. Matanya mengekor pasangan yang sudah menjauh itu!


*********************

Izat lempar tubuh ke atas katil. Dia tenung siling. Kosong! Siapa gadis itu? Wajah serupa, cuma... dia tidak setanding Intan Nazira yang aku kenali. Ira... kaulah segalanya dalam diriku, tak mungkin ada pengganti dalam diri ini. Biar seribu wanita serupa denganmu namun hanya seorang saja gadis bernama Intan Nazira Ikmal, gadis yang berjaya mencuri hati ini! Hanya kau di hati ini, isteriku sayang! Aku cintakanmu... selamanya!

Izat bangkit dari baringan... duduk berteleku! Rambutnya yang menutupi wajah ditolak. Ira. jika aku pernah jatuh cinta hanya kau saja gadis itu. Aku hanya menyintaimu, terus menyintaimu dan tetap memyintaimu... selamanya! Selamanya sayang, selamanya...

Izat capai diari yang mencoret segala kenangan! Hanya padamu kuluah...


KAU PERGI TANPA RELA

WALAUPUN BEGITU SAYANG

SEMUSIM CINTA YANG KAU BERIKAN

KURASAI BUAT SEABAD LAMANYA

@Mohd Izat Effy.. I love you my princess!

Izat letak diari di atas katil, terus ke bilik air. Dia angkat wuduk.. biar aku serah diri padaMu. Aku tidak kuat untuk hadapinya. Kehilangan Ira umpama tercerai nyawa dari jasadku. Benarkah cinta suci sepasang suami isteri dapat tembusi pintu syurga?

Izat capai sejadah. Songkok disarung ke kepala. Di mimbarMu aku berserah, Tuhanku...


**************************

Paun Zefrina tersandar lesu. Dia sekadar diam diri... walau ramai yang cuba tenteramkan perasaan seorang ibu itu. Kehilangan anak, adalah sesuatu yang amat menyiksakan batin seorang ibu... itulah yang dirasainya kini.

Dia kesat lagi air mata yang mengalir. Izat, anak mummy... Kenapa tinggalkan mummy? Mohd Izat Effy... hanya nama itu yang tinggal kerana batang tubuhnya akan bersatu dengan liang lahad!

“Mummy... kalau Izat mati nanti, Izat nak disemadikan di sebelah kubur isteri Izat! Biar mereka tahu... mati kami tidak bermakna tertanam jua rasa cinta yang kami semi! ”

Izat... air mata terus mengalir. Dia sekadar tenung wajah Puan Mawarni, besannya! “Rina, sabar... semua ini takdir Ilahi buat kita, hambaNya yang lemah. Biarlah Izat dan Ira bahagia di sana... Allah lebih menyayangi mereka! "

Ya mungkin! Puan Zefrina seka air mata. Ya Allah... temukanlah mereka di pintu syurga... kerana hati seorang ibu meyakini cinta suci sepasang suami isteri tersebut.

“Eh, Rina! Mana budak Izat tu... tak bangun lagikah?" Soal Encik Shafie setelah agak lama menanti di meja makan, anaknya itu tidak juga muncul untuk bersarapan pagi bersama.

“Mungkin dia letih agaknya, tertidur... tak bangun lagi kut! Tak apalah biar Rina kejutkan dia! ” Puan Zefrina daki tangga ke bilik anaknya. Dia faham hati muda itu! Nazira....

“Izat... Izat.... ” Puan Zefrina ketuk pintu bertalu-talu, namun tiada jawapan. Eh budak ni, tidur matikah! Dia pulas tombol.

“Astagfirullah... Izat, apa yang sepah sangat bilik kamu ni? Tengok tu... sejadah dan songkok pun tak disimpan di tempatnya. Izat, bangun... dan bak tengah hari ini! ” Puan Zefrina lipat sejadah lalu diletak di tempatnya.

“Izat, mummy panggil ni... ” Puan Zefrina goncang lembut tubuh Izat yang masih melingkar di atas katil. Dalam pelukannya, gambar Nazira rapat di dada. “Izat... Izat... hei, kenapa dengan kamu ni? Tak dengar mummy panggil ke? ” Puan Zefrina gelisah. Digoncang sedikit kuat tubuh itu namun reaksinya masih sama.

“Kita mandikan jenazah sekarang! " Kata-kata itu mematikan lamunan Puan Zefrina....

Jangan terlalu keras pada dirimu sendiri, kerana hasil akhir dari semua urusan di dunia ini sudah ditetapkan oleh Allah. Jika sesuatu ditakdirkan untuk menjauh darimu, maka ia tak akan pernah mendatangimu. Namun jika ia ditakdirkan bersamamu, maka kau tak akan bisa lari darinya...


TAMAT

Alhamdulillah, maka barakhirlah sudah cerira Novel PRINCESS Karya BIKASH NUR IDRIS...
Terima kasih pada reader² yang sudi membaca dari awal sampai akhir.. Walaupun lama sangat ditunggu² kan.. So lepasni jangan lupa baca novel terbaru author SETULUS JANJI Karya AINA EMIR... slow update... Bz memanjang skrg nie...

Love u to reader >.< ommo! Aha!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience