Bab 50

Romance Completed 19413

“Dah hantar Ira pulang? Anak dara orang tu.. bukan isteri kamu lagi! Jaga diri kamu, jaga dirinya juga.. jangan buat benda tak elok. Mummy tak mahu ada apa-apa tak elok terjadi antara kamu! ”

“Kenapa dengan mummy ni, tiba-tiba saja tak percayakan Izat. Mummy.. Izat sayangkan Ira, selagi kami tidak terikat dengan ikatan suami isteri Izat akan jaga tatasusila kita sebagai orang timur. Ira tu pun bukan mudah didekati.. sentuh sikit saja menjerit sampai cair taik telinga! ”

Puan Zefrina senyum. Terkilan juga dia kerana anak bongsunya itu tidak memahami maksud sebenarnya. “Sebenarnya Izat.. rasanya sudah sebulan kamu berkawan, apa kata kalau.. ” Dia tidak sempat habiskan kata-kata.

“Mummy.. itu masih awal lagi. Kami belum fikirkan tentang hal itu.. masih awal lagi untuk itu. Bagaimanapun itulah impian Izat, biar hubungan kami berkekalan hingga ke jinjang pelamin dan sampai ke anak cucu. "

Puan Zefrina belai rambut Izat penuh kasih. “Anak mummy dah besar.. mummy tak kisah, segalanya terpulang pada Izat. Cuma.. harapan mummy itulah gadis yang akan menjadi menantu mummy. ”

“Tentu sekali mummy! ” Izat mengucup pipi mummynya.

“Ah, sudah.. mandi pun tidak lagi! Pergi mandi lekas, karang membebel papa kamu tunggu di bawah. Mummy nak siapkan minum petang.. lekas turun? ”

Izat angguk, patuh pada arahan mummynya yang dikasihi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience