Bab 63

Romance Completed 19413

Puan Mawarni tersenyum lebar. Berbunga hatinya menyambut kedatangan menantu perempuan hari itu. Ya.. hari ini dia menerima Hanizatul sebagai menantu! Perkahwinan Naziman dan Hanizatul berjalan lancar seperti yang dirancang walaupun penuh kesederhanaan! Tiada upacara persandingan.. ini atas kehendak pasangan pengantin baru sendiri!


*********************************

Nazira masih kaku di atas katil! Bayangan petang tadi menjelma!

Hari pernikahan Naziman dan Hanizatul disambut penuh kemeriahan! Ramai yang datang, menepung tawar dan mengucap tahniah buat pasangan itu. Aiza juga datang bersama Izam, Widuri dengan abang Lordnya, Chawi dan Dannya juga Fauziah bersama buah hati kesayangannya... dan Izat!

Kau lain sekarang! Wajah kau tidak seriang dulu.. penuh kepiluan! Akukah yang bersalah? Akukah penyebabnya? Penampilan Izat jauh berbeza... namun dia tetap nampak kacak! Cuma.. wajahnya yang kacak ditutupi bulu-bulu kasar!

Ira minta maaf!

“Tahniah kerana sudah dapat kakak ipar! ” Dalam tenungan sepasang mata layu itu!

“Terima kasih! ” Hati Nazira berdebar kencang. Rasa bersalah menguasai! Lebih penting.. kasih mula bertemu, walau sudah kian lama dipendam. Rindu mula membakar hati! Dan selebihnya dia takut hatinya goyah!

“Ira cantik berkebaya! ” Izat memuji ikhlas. Benar.. Nazira kelihatan manis dan lembut dengan kebaya merah yang tersarung! Ditambah rambut yang dilepas bersahaja! Sedikit gincu saja tercalit... dan yang lain adalah kelembutan wajah yang asli!

“Terima kasih! ” Itu saja yang mampu diucap!

“Mana dia? ”

“Aaa... siapa? ”

“Yang berjaya mencuri hatimu terlebih dahulu dari aku! ”

“Ah, dia sibuk! "

“Takkan perkahwinan bakal abang ipar sendiri pun tak datang! ” Ada nada menyindir pada kata-kata yang ditutur.

Nazira diam.. tunduk merenung kaki! Sungguh dia tak tahu apa hendak dikata. Hatinya terhiris dengan kata-kata jejaka itu. Sumpah... sampai mati hanya kau di hati ini! Tapi aku tak mampu suarakan keikhlasan ini... aku tak berdaya!

“Maaf kalau Ira terasa, Izat tak bermaksud. Mmm.. nanti bila Ira kahwin tentu lebih meriahkan? ”

Nazira merenung wajah Izat. Mata bertentangan. “Ira ada kerja, maaf! ” Nazira terus berlalu. Tabahkan hatimu!

Izat, jika kau memahami derita ini! Tapi... aku tahu kau akan menangisinya kerana kau terlalu menyayangi aku, lebih dari dirimu sendiri.. lebih dari aku yang sayangkan diri ini!


******************************


“Hani, abang harap Hani tak marahkan abang!” Naziman tenung Hanizatul, gadis yang kini bergelar isterinya!

“Marahkan apa? Abang tak buat salah pun! "

“Yalah, perihal cadangan abang tu. Abang nak bawa Ira bersama.. kita akan honeymoon bertiga!"

“Hani tak kisah bang, Ira adalah seperti adik Hani. Hani faham... sebab Hani turut sayangkan Ira! Kita tak pernah bercadang untuk berbulan madu di Paria tapi kerana keinginan Ira untuk melihat Kota Paris, abang sanggup! Itu menunjukkan abang sayangkan Ira... dan Hani tahu abang pasti dapat menyayangi Hani begitu! Hani seorang yang bertuah kerana mendapat suami yang penyayang seperti abang! ”

“Abang juga bertuah kerana mendapat seorang isteri yang memahami seperti Hani! Terima kasih... abang akan kasihi dan sayangi Hani dan abang janji tak akan sia-siakan Hani. Terima kasih kerana beri Ira peluang melihat Kota Paris sebelum saat kematiannya! ” Naziman kucup dahi isterinya.

“Segalanya kerana keyakinan terhadap abang dan kasih seorang kakak pada Ira! ”

“Yalah tu! Tapi takkan kita nak habiskan masa sepanjang malam bercerita? Hah... ” Naziman senyum nakal. Mengangkat-angkat kening!

“Abang ni! " Hanizatul pukul manja dada Naziman. Naziman ketawa nakal...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience