Bab 70

Romance Completed 19413

TANGGAL 4 SEPTEMBER

Assalamualaikum...
Temanku Aiza! Nampaknya aku tidak ditakdirkan untuk menjadi pengapitmu dalam majlis perkahwinanmu nanti. Apa nak buat... Allah lebih sayangkan diri ini! Aku sendiri dapat menerimanya, aky harap kau pun begitu. Aiza... tidak pernah aku lupa mendoakan jodohmu dan Izam. Moga kalian selamat diijabkabul walau aku tidak berkesempatan untuk itu. Aku tahu kau begitu sayangkan Izam, begitu juga dia. Dia cocok denganmu... sesuai menjadi ayah buat anak-anakmu nanti.
Aiza, kau terlalu baik... teman paling baik pernah aku temui. Kaulah temanku dunia akhirat... aku sayangkan kau Aiza. Maaf... kerana merahsiakan segalanya walau kita sering berkongsi suka duka. Namun aku gembira perolehi kau sebagai temanku di dunia ini.
Aku sayangkan kau Aiza! Aku sayangkan Wid, Chawi dan Gee! Aku sayangkan kalian... berbahagialah di samping insan tersayang. Doakan aku... iringi pemergianku dengan penuh kerelaan!

Salam sayang,
Intan Nazira Ikmal
Princess ' 98


************

ISTIMEWA BUAT KELUARGA TERSAYANG!

Ditakdir Ilahi malam 4 September nyawa Intan Nazira Ikmal bercerai dari badan.
Ibu sayang... halalkan makan minum Ayang selama ini. Ayang kasihkan ibu. Ibulah yang beri peluang untuk Ayang merasai kasih seorang ibu. Ibu tidak pernah memilih kasih... walau Ayang bukan anak kandung ibu. Ayang bertuah kerena miliki ibu sebagai ibu yang mendidik dan mengasuh Ayang selama ini. Budi ibu tidak terbalas... redhakan pemergian Ayang. Ibu, Ayang sayangkan ibu...
Abah, Ayang tahu selama ini abah begitu membenci Ayang kerana menyebabkan arwah emak terkorban. Tapi sikit pun Ayang tak ambil hati.. kerana abah Ayang kasihi. Syukur Alhamdulillah.. Ayang berpeluang rasai kasih abah walai seketika cuma. Terima kasih abah!
Abang... jaga Kak Hani baik-baik tau! Mungkin setelah miliki Kak Hani kasih abang pada Ayang akan kurang. Sebab itu agaknya Ayang dijemput! Aik, gurau aje... Ayang tahu tak ada gadis lain boleh rampas kasih sayang seorang abang buat adik ini... tak gitu? Ayang sayang abang! Cup! (Ciuman manja tu..)
Akak, jaga diri, suami dan anak tu! Kerja-kerja tu memang penting tapi jangan sampai tak igat suami dan anak. Akak, Ayang kasih akak! Terima kasih... Ayang hargai pengorbanan akak selama ini.

Salam peluk cium!
Intan Nazira Ikmal.


**************

BUAT SUAMIKU TERSAYANG...

Hai sayang, mungkin waktu Izat... ops abang baca surat ini Ira tidak di samping abang lagi. Abang usah risaukan hal itu.. redha sajalah dengan takdir Ilahi.
Abang sayang, Ira pernah dengar orang kata kalau benar cinta sepasang suami isteri itu suci Insya Allah cinta itu akan menembusi pintu syurga. Kalau bgitu... jika benar cinta kita suci kita pasti akan bertemu nanti. Bersabarlah... kerana Ira tidak kesal untuk tinggalkan abang. Ini kerana Ira bahagia dapat mati sebagai isteri kepada Mohd Izat Effy! Impian Ira telah terlaksana sebelum Ira pergi buat selamanya.
Suamiku, maafkan Ira kerana menguji abang selama ini dan merahsiakan perkara ini. Ira takut abang tak dapat terima hakikat ini. Ira tahu sayang abang terlalu dalam buat Ira... Irakan nyawa abang! Tapi kalau nyawa ini sudah bercerai dari badan tak bermakna nyawa abang pun sama! Abang perlu teruskan hidup demi papa, mummy, abah dan ibu! Mereka masih perlukan abang...
Jikalau abang masih terus mahu sendirian, Ira tak dapat halang! Abang memang degil sejak dulu! Jaga mentua Ira serta abah dan ibu baik-baik. Ira pergi bang... sebelum itu, Ira sayangkan abang!

Semusim cintaku seabad lamanya buatmu!
Princess hatimu... Intan Nazira Ikmal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience