Bab 45

Romance Completed 19413

“Eh, dah datang pun princess hospital ini. Sejak kau tak ada beberapa hari ini.. heh, boring betul kami lalui hari-hari di sini." Widuri melemparkan senyum pada Nazira yang mendekati kelompok itu.

“Wah, sampai begitu sekali! ” Nazira gelak kecil. Dia menghenyekkan punggungnya di sebelah Aiza.

“Iya, sungguh.. kalau tidak masakan ramai yang bertandang ke rumah kau waktu kau tidak sihat dulu. Sampaikan buah hati pun datang! Saja tak nak beritahu.. tak guna kau Ira! ” Sampuk Chawi tersengih seperti kerang busuk.

Mata Nazira bulat. “Apa halnya ni? ”

“Dengar kata Izat datang ke rumah kau! Kamu bergaduh lagikah? ” Soal Aiza sedikit menampakkan jawapan.

“Ah, itukan perkara biasa antara kami! ”

“Dia juga yang hantarkan bunga selama ini, kan? ” Sampuk Fauziah mahu turut serta.

Nazira sekadar angguk. Sebenarnya dia malas nak jawab soalan ini tapi hati teman perlu dijaga. Tambah dah agak lama tak bersua.. takkan nak sakitkan hati mereka kut! Bukan ke mereka tengah rindukan aku tu.. Keh, keh, keh!

“Ada apa-apa soalan lagi kau orang nak tanya aku? ”

“Kau bencikan dia sangatkah? ” Soal Aiza. Kenapalah tebal sangat kebencian dia pada Izat? Apa sajalah dah mamat tu buat padanya!

“Sebab.. ” Setan tu dah reject aku! Eee, aku cekik dia baru tau! “Sebab dia buaya! Menjadikan gadis-gadis tidak bersalah sebagai mangsa buayanya! Siapa tahu aku mangsa seterusnya? Tak rela I.. ”

“Tapi Izat tu manusia, hati manusia ini boleh berubah bila-bila masa! ” Chawi seperti mahu menangkan Izat.

“Kamu semua kenapa? Asyik menangkan dia saja.. dulu dia begitu bencikan aku! Kami sering berbalah, sekarang tiba-tiba saja sudah jadi sebaik itu. Tak mungkin ada udang di balik mi! Sudahlah... aku baru baik sakit beritahulah cerita-cerita yang menarik sepanjang aku cuti, ini tidak alih-alih pasal mamat tiga suku tu juga yang kamu semua ungkitkan!” Nazira mendengus.

“Ira, kau perlu faham apa yang kami sampaikan ini. Takkan kau nak hidup keseorangan sepanjang hidup kau! Dulu bila ada orabg cuba-cuba mendekati kau tolak tepi sekarang kau dah perlukan seorang lelaki yang menyayangi kau! ” Nasihat Fauziah lembut.

“Abang aku kan ada! Apa susah! " Nazira tak ambil pusing nasihat Fauziah.

“Abang kau pun dah ada Kak Hani, takkan dia dapat sayangkan dan manjakan kau selamanya! ” Sangkal Widuri, menyokong kata-kata temannya. Aku tengok dia tu pun bukannya teruk sangat! Kalau dah sampai sanggup gadaikan nyawa sendiri demi Ira.. pasti dia benar-benar serius.

“Hoi, apa yang kamu semua ni melalut? Sama-sama rancang nak kenakan aku ya! Kalau kamu semua sudah bahagia dengan boy kamu, tak usah nak libatkan aku. Tambah dengan playboy jalanan tu! Heh! ”

“Ira.. mungkin kebencian dia telah bertukar menjadi sayang pada kau! Aku pernah terbaca.. jika kita benci terhadap seseorang itulah tandanya kita amat memerlukannya dalam hidup kita, lalu benci itu akan menjadi putik kasih sayang yang baru bersemi akan terus berbunga menjadi sayang dan akhirnya dengan perasaan benci itu juga akan berbuah menjadi cinta sejati yang tidak dapat dipisahkan lagi. Mungkin itu yang terjadi ke atas Izat, siapa tahu! "

Nazira tergelak kecil. “Amboi Aiza, siap hafal lagi! Kelas gitu! ”

“Aku serius Ira! ”

“Aku tahu.. dan aku juga serius! Jodoh di tangan Tuhan, tunggu sajalah sehingga jodoh itu memanggil aku. Lepas tu kamu semua akan puas hati, bukan? Kita tengok, siapa jodoh aku.. mungkin dia kalau dia tidak mengalag dengan kedegilan aku! ” Nazira bingkas bangun, memesan minuman dan sedikit makanan untuk mengalas perut.

“Apa maksud dia tu? Aku kurang faham.. ” Chawi tenung temannya satu persatu. Semua mereka angkat bahu, tidak dapat menangkap maksud sebenar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience