Bab 52

Romance Completed 19413

“Assalamualaikum.. ”

“Waalaikumsalam, ha Izat.. masuklah! ” Pelawa Puan Mawarni tersenyum mesra.

Pemuda itu menurut “Ira.. "

“Ada di atas tu, orang perempuan Izat.. tahu-tahu sajalah! Bersiap mengalahkan mak datin. Duduklah dulu! ”

Izat sekadar senyum mendengar celoteh bakal mertuanya. Bakal mertua.. fuh perasan awal-awal deh! Izat menghenyak punggung di atas sofa. Dia menguntum senyum pada lelaki yang leka membaca akhbar sedari tadi. Lelaki itu angguk.

Encik Ikmal lipat akhbar lalu diletak di atas meja. “Izat ya? ”

“Ya saya! ”

“Apa kerja kau? ”

“Pengurus di Syarikat Sinar Suria! ”

“Oh, syarikat itu! Sudah berapa lama kenal Nazira? ”

“Hampir dua bulan! "

“Serius dengan dia? ”

Dahi Izat berkerut. Kenapa dengan orang tua ni? Macam detektif pencen pula lagaknya! “Ya, saya serius.. dan mahukan dia sebagai isteri saya! ” Tanpa takut dan was-was dia bersuara. Memang itu tujuannya! Intan Nazira akan dijadikan isterinya yang sah.. satu hari nanti. Itu janji pada dirinya.. kerana dia tidak boleh hidup tanpa gadis itu.

Encik Ikmal tersenyum menyindir. “Lebih baik kau lupakan saja hasrat kau itu. Dia tidak sesuai menjadi isteri kau.. ”

“Apa maksud pakcik? ” Izat tambah hairan mendengar kata-kata lelaki itu, lebih tepat abah Nazira. Takkan dia tak setuju aku jadi menantu dia kut.. mampus gini! Jadi cerita Hindustan kang..

“Nazira tu anak yang tak berguna, kelahirannya telah menghancurkan keluarga yang aman damai.. memporak perandakan sebuah keluarga yang disulami hilai tawa! Dia membawa cahaya suram, lahir untuk menjahanamkan sebuah keluarga yang bahagia. Jangan sampai keluarga kau pun jadi begitu! ”

“Apa yang pakcik katakan ni? Saya tak faham! ”

Encik Ikmal tak sempat jawab bila Nazira tersembul. Pandangan Izat beralih. Memikat! Gadis itu tampak anggun dengan kurung kuning lembut, rambut yang dilepas dan wajah yang dimekap sederhana. Izat senyum, terlupa dengan soalan yang diajukan pada Encik Ikmal sebentar tadi.

“Kita pergi sekarang ya Izat! ”

Izat angguk perlahan. Dia sekadar melihat gadis itu mengucup jemari Puan Mawarni.

“Mari.. ” Nazira tarik lembut lengan baju Izat. “Pergi dulu abah. ”

“Mmm.. ”

Izat tenung Nazira, beralih pada Encik Ikmal pula.

“Ke mana?” Soal Izat setelah masuk ke dalam perut kereta.

“Ikut Izat, Ira tak kisah. ”

“Kota A'Famosa nak? ”

Nazira angkat bahi. Kereta yang dipandu Izat meluncur laju ke destinasi. Sepanjang perjalanan Izat hanya berdiam diri, tidak mengusik Nazira seperti selalu. Kalau tidak.. usik orang tak mau-mau!

“Ada yang tak kena? ” Soal Nazira hairan. Takkan merajuk lagi kut.. Nazira masih ingat rajuk Izat kerana cemburukan Doktor Fahmi tempoh hari. Jenuh dia memujuk pemuda idaman kalbu itu. Cemburunya, fuh... boleh tahan juga!

Izat diam. Sesekali dia mengerling gadis di sisinya.

“Ira ada buat salah ke? ”

Izat senyum. “Gadis kesayangan Izat tak pernah buat salah pada Izat, malah kehadirannya di sisi amat membahagiakan. Diakan princess hati ini.. tak begitu princessku? ”

“Jangan panggil Ira begitu, Ira bukan princess.. manusia biasa.. Perli orang ke? ”

“Eh, tak adalag.. betul Ira princess, princess hati ini. Salahkah Izat anggp begitu? ”

“Ada saja Izat ni! ” Nazira mendengus lembut. Izat ketawa senang, namun tidak lama!

“Izat sembunyikan sesuatu ya?”

Izat mengeluh. “Ada sesuatu yang menggangu fikiran Izat. ”

“Lauhkanlah.. mungkin Izat akan rasa lega. Ira tak suka Izat pendam apa-apa masalah seorang diri! Tak hargai Irakah? "

“Sayang, Izat tak pernah anggap begitu. Masalahnya benda itu perihal Ira! Izat takut kalau Ira tersinggung bila ditanya. ”

“Tanya saja.. jangan biar ia ganggu fikiran Izat.”

“Baiklah.. kita berhenti minum sekejap. ” Izat belok kereta ke sebuah gerai minuman. Kedua mereka turun dan mengambil tempat yang agak suram. Izat memesan dua gelas teh ais.

“Apa yang menggangu fikiran Izat? ” Soal Nazira setelah pelayan meletakkan minuman yang dipesan mereka.

“Mengenai pakcik... maksud Izat, bakal mertua Izat.. abah Ira! ”

“Ah, kalau pasal tu.. serah saja pada dia! Kenapa dengan abah? ”

“Bagaimana hubungan Ira dengan Abah..? ” Izat ketawa. Praktis siap-siap agak tak kekok nanti.

Nazira senyum. Dalam serius pun dia sempat nak nakal-nakal lagi! “Kenapa? Hubungan bagaimana maksud Izat? ”

“Ya... adakah mesra seperti Ira dengan ibu atau.. ”

“Ira faham, tak perlu teruskan! Apa yang abah cakap pada Izat? " Potong Nazira. Dia tenung tepat wajah jejaka yang dikasihi itu.

“Sesuatu yang tidak elok! Sama ada dia tidak sukakan Izat.. sehingga dia cakap begitu! ”

“No, abah tak ada sebab untuk itu. Tapi abah punya alasan untuk halang perhubungan kita. Bagi abah kelahiran Ira hanya membawa sial.. penghancur keharmonian sebuah keluarga! "

“Ira.. Izat tak faham! ”

“Baiklah, Ira berterus terang. Intan Nazira Ikmal adalah anak kandung abah, tapi bukan anak kandung ibu! ”

“Maksud Ira? ”

“Ira adalah anak yang dilahirkan hasil perkongsian hidup abah dengab isteri keduanga, ibu kandung Ira. Ira tak pernah merasai kasih sayangnya kerana dia pergi setelah melahirkan Ira ke duani ini. Hanya kerana itu Ira dianggap pembawa sial! Abah anggap Ira menyebab kematiannya. Abah terlalu kasihkan dirinya sehingga menolak takdir Ilahi, dilemparkan kesalahan pada Ira yang masih tidak tahu apa ketika itu. Abah pendek akal dalam buat keputusan, hingga mahu menghantar Ira ke rumah anak yatim. Namun syukur ada seorang wanita.. ibu tiri Ira yang Ira anggap seperti ibu kandung selama ini menghalangnya. Ibu kasihi Ira seperti anak kandung sendiri, malah lebih dari abang dan akak. Sejak kecil abah selalu saja mencari kesalahan Ira, ada saja caranya untuk dia memaki dan menghamun Ira. Ira kecil.. tahu menangis saja, ibu yang sering tenteramkan Ira dan menenangkan Ira. Selama Ira hidup belum sekali Ira tahu apa itu kasih abah.. Ira tak berpeluang merasainya, namun Ira terus mengharapkannya. Tapi kasih yang diberikan ibu, abang, akak, teman-teman menghilangkan rasa kekurangan dalam diri Ira. Ira perlu sedar ramai yang kasihkan Ira, sayangkan Ira. Ira hanya bersabar.. terus menanti kasih lelaki bergelar abah. ” Setitis mutiara jerni mencemar pipinya. Nazira kesat perlahan.

“Sabar Ira.. pati ada hikmah di sebaliknya. Kenapa Ira tak pernah beritahu Izat! Ira sembunyikan segalanya di balik kenakalan dan keriangan Ira. Abang Izam, Aiza pun tak pernah tahu! ” Sedikit kesal rasanya dia membangkitkan hal itu. Kalau dia tahu, pasti dia tidak persoalkan kerana dia benci melihat gadis kesayangannya bersedih.

“Selain Izat, tiada siapa yang tahu. Ira tak suka bebankan orang lain dengan masalah Ira.. tambahan masing-masing sudah punya masalah. Untuk apa kita tambah masalah orang? Ira tak suka! ”

“Ira memang begitu! ” Izat cuba menarik gadis itu. Nazira pantas mengelak.

“Tangan tu gatalkah? ” Nazira gigit bibir.

Izat ketawa kecil. “Tak.. cuma geram tengok hidung tu! Ira percaya tak kalau Izat kata hidung inilah yang buat rasa sayang Izat pada Ira kian tebal. Izat suka.”

“Pelik Izat ni! ” Hidung! Nazira senyum menggeleng.

“memang pelik, tapi itulah kenyataan! ”

“Suka mengarut! Ah, lupa pula nanti.. Ira ada sesuatu hendak diberikan pada Izat. ”

“Apa? ” Mata Izat bercahaya. Dia ketawa nakal.

“Gatal! Nak tak.. ”

Izat angguk. “Apa saja darimu sayang! "

“Nah! ” Nazira serahkan kaset pada Izat. Pemuda itu capai. Dia angkat kening seolah mahukan jawapan. “Ada sajak-sajak ciptaan Ira yang Ira lagukan. Dengarlah, siap nyanyi lagi! ”

“Ira pandai main gitar, kan? Aiza cakap.. Sedapkah suara Ira? Takit-takut bila pasang saja hujan turun bagai nak rak! ”

“Excuse me! Tolong sikit! Bila Izat dengar sure terpukau punya! ”

“Izat dah lama terpukau! ”

Nazira senyum. “Izat memang begini! ”

Izat ketawa kecil. “Betul sayang! Sumpah! ” Kau yang pertama dan kau yang terakhir. Pergimu bermakna terhenti nafasku!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience