BAB 32

Romance Completed 19413

Puan Zefrina, Puan Mawarni, Izam dan Aiza saling berpandangan. Kau bagaimana yang dimaksudkan mereka?

“Hairan saya, ke mana saja saya pergi awak ada! Awak ekori saya ke?” Sindir Nazira bercekak pinggang.

Taulah pinggang tu ramping, tak payah nak tayang-tayang! Sikit pun aku tak tergoda. “Saya ingatkan awak yang ekori saya! Manalah saya ada masa nak layan perempuan gila macam awak, buang masa saya saja!” Izat mencebik. Saja mahu sakitkan hati Nazira.

“Amboi, sedapnya mulut! Hei, awak tu yang gila nak tuduh kita pula!" Nazira mencerun marah. Geram sungguh dia dituduh begitu. Sudahlah semalam.. ee, aku cekik kau baru tau!

“Hei cik adik, awak ingat awak tu cun sangatkah? Ada cita-cita nak jadi isteri saya! Heh, cermin muka awak tu dulu!"

“Oi mamat tiga suku! Kalau tak kerana ajakan mummy awak, gesaan ibu saya.. saya tak ke sini tau! Kalau saya tahu nak jumpa awak lagi saya tak ingin! Dahlah tiga suku, gila, crazy, badigol, biol, sewel!” Nazira sebut saja apa yang terkeluar dari bibirnya.

Eh minah ni, over pulak dia! “Awak tak sekolahkah, hah? "

“Kalau saya tak sekolah.. saya tak jadi nurse, sebab kepakaran sayalah, saya tahu awak ni dah biol otaknya.. tiga suku! Akai ada.. letak kat bontot ke? ”

Minah tak guna! Serabai saja dia kutuk aku! “Kalau dah sekolah takkan tak tahu maksud benda yang awak sebut tadi semuanya sama! ”

“Saya tahulah.. tak payah nak mengajar ajaran sesat awak tu! Kalau dah sampai begitu saya kata pada awak maknanya penyakit gila awak tu sudah tak ada ubatnya.. tahap serius paling maksima!"

“Awak dah melampau! Jangan harap saya nak jadikan awak isteri saya! Jangan mimpi!" Izat mendengus marah.

“Dalam mimpi.. dalam Kenyataan pun saya tak mahu bersuamikan orang tiga suku seperti awak! Lagipun muka macam awak bersepah di Kota Melaka ni!” Nazira terus keluar meninggalkan yang lain termanggu tak tahu hujung pangkal.

“Perempuan tak guna! Macam tu punya perempuan mummy nak jadikan menantu, heh!” Izat turut berlalu meninggalkan mereka penuh tanda tanya.

Puan Zefrina, Puan Mawarni, Izam dan Aiza hanya mampu membisu, sekadar jadi pemerhati sedari tadi. “Apa yang dah jadi Rina? Kenapa dahsyat sangat mereka bergaduh? ”

“Iyalah.. aku pun tak faham!" Puan Zefrina tercengang.

Apahal teruk sangat Izat da Ira bertelagah? Perempuan gila! Mamat tiga suku! Ikut sedap mulut saja mereka berperang! Mungkinkah Ira.. gadis di hospital yang Izat ceritakan selama ini? Jadi benarlah apa yang aku sangkakan selama ini! Ira gadis itu! Masya-Allah! “Izam rasa.. Iralah gadis yang selama ini Izat bencikan itu!”

“Maksud Izam? Tak ada peluanglah mummy dan Auntie Wani untuk berbesan!" Ada rasa hampa dalam kata-kata itu.

“Aku berharap sangat rancanga kita menjadi Rina tapi lepas tengok gaya mereka berdua tadi.. aku dah berpatah arang!” Puan Mawarni lepaskan keluhan.

“Mungkin kita masih boleh usahakan makcik." Ujar Aiza tiba-tiba. Tiga pasang mata membulat menatap wajah bujur sireh itu.

“Macam mana kalau kita pergi berkelah minggu hadapan? ”

“Ibu, ibu nak pulang atau tidak? Ayang nak balik..” Pekik Nazira dari perkarangan rumah. Tersentak seketika Puan Mawarni mendengar suara Nazira yang lantang!

“Ayang, kejap sayang.. ibu datang. Rina, aku balik dululah! Takut pula kalau buda Ira tu meradang! Kalau ada apa-apa kau call saja aku malam ini. Assalamualaikum..” Puan Mawarni pantas keluar.

“Ha Aiza, kenapa nak pergi berkelah minggu hadapan? ” Puan Zefrina mengulang soalan temannya sebentar tadi.

“Begini... kita ajak mereka keluar dan cuba rapat-rapatkan mereka. Siapa tahu keindahan alam Ilahi akan melembutkan hati mereka. ”

“Tapi payahlah rasanya. Tengoklah mereka bergaduh tadi, seram Izam tengok. Macam-macam disembur! "

“Kita cubalah dulu, ombak di pantai lagikan berubah.. inikan pula manusia biasa seperti Ira dan Izat tu!" Aiza masih belum puas.

“Bagus juga cadangan Aiza tu. Kita kena cuba dulu, siapa tahu hasilnya membanggakan. ” Puan Zefrina angguk setuju.

Diam seketika. Masing-masing melayan perasaan. Sesekali mata nakal Izam menjamah rakus wajah Aiza. Gadis itu pula hanya tertunduk malu diperlakukan begitu. Mak oi.. dia punya malu, ini belum kahwin.. kalau udahlah.. genolah agaknya!

Kenapalah kedua mereka bertemu dengan cara begitu? Agaknya itu permulaan jodoh mereka.. mungkin sudag tertulis di azali begitu! Minta-mintalah jodoh mereka tak kemana, taklah bergaduh macam tadi lagi. Kecut perut aku tengok! Puan Zefrina mengalih pandang pada wajah Izam. Budak ni, tak habis-habis tenung si Aiza tu.. yang gadis itu pula hanya tunduk memanjang! Bagaimanalah kalau kedua mereka ini berkahwin kelak? Eh, yang aku duduk sini buat apa? Menggangu mereka saja! Dia bangkit berlalu meninggalkan pasangan merpati itu.

Izam melabuh punggung di sisi Aiza bila mummy sudah berlalu. Ke mana mummy pergi? Mungkin mummy bagi peluang pada aku? Faham benar dia dengan sikap mummy yang sporting habis tu! “Pandai Aiza bagi idea!”

“Hei, tengok oranglah.. " Aiza senyum.

Mak oi! Senyuman inilah yang memikat aku pada pandangan pertama! Dia ingat lagi, waktu itu dia baru beberapa hari pulang dari Pulau Pinang setelah permohonannya tukar ke kota bersejarah ini diterima. Dia melihat gadis itu buat pertama kalinya ketika dia sedang membasuh kereta Perdana Hitam kesayangannya. Waktu itu hatinya menggamitnya agar berpaling ke rumah sebelah. Serentak itu matanya bertaut dengan mata Aiza yang memang sedari tadi mencuri pandang padanya. Agak lama mata mereka bertaut dan akhirnya gadis itu menghilang ke dalam rumah. Sebelum menghilang dia sempat melemparkan senyuman yang bermain di fikirannya sehingga dia merindui wajah da senyuman itu.

“Izam.. " Aiza memandang dari sisi.

“Ya." Tersentak seketika Izam.

“Ada yang tak kena? ”

“Tak.. cuma Izam rasa sayang Izam pada Aiza makin tebal! " Izam mencubit pipi Aiza. Terjerit kecil gadis itu. “Jom kita keluar ke mana-mana, Izam bosanlah! Lagipun filen tadikan sudah habis!”

“Filem... Filem apa? "

“Tragedu Oktober tadi tulah! Hero dah masik bilik.. bebel! Heroin pula dah balik rumah mak, geram! " Izam ketawa.

“Tak baik cakap begitu! Patutnya doakanlah mereka ada jodoh. "

“Aiza nak diusik setiap hari oleh Ira, kah? Bila dah jadi isteri Izam.. Ira pun jadi adik ipar, tenti terkulat-kulat Aiza diusik Izat dan Ira yang sama-sama kaki usik tu! ”

“Ada saja.. sekejap, biar Aiza kemaskan meja ini dulu. Lepas tu kita keluar ke mana saja Izam nak pergi.” Aiza bangkit mengemas meja yang masih berisi saki baki air oren tadi dan kuih muih yang tidak dijamah.

“Izam tolong! Izamkab pakwe mithali! "

Aiza mencebik. “Perasan! ”

Sorry guys baru update.. Beberapa hari ni bz sikit.. Memandang kemrin tak update.. So ni hari ni Mawar update 3 capture..
Macam mana novel ni best tak.. Komen² ya kalau best.. Thanks ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience