Bab 56

Romance Completed 19413

Izat melompat keluar dari kereta. Dia meluru ke pintu rumah Nazira. Diketuk bertalu-talu.

“Eh, Izat.. kenapa ni? ” Soal Puan Mawarni. Dia sedikit terperanjat dengan kedatangan pemuda itu. Dah tu... peliklah muka dia, macam orang nak pecah rumah saja gayanya!

“Ira mana, makcik? ”

“Ada di atas.. ” Puan Mawarni tidak sempat menghabiskan kata-kata bila Izat sudah bingkas memanjat anak tangga dan meluru ke bilik anak gadisnya.

Izat terus pulas tombol dan mengunci semula pintu setelah mengelus diri masuk.

Nazira yang sedang asyik membaca novel ‘Perjalanan Masa' terus bangkit dari katil. “Izat, apa you buat di sini? Kenapa tutup pintu tu? ”

“Arghh, tak payah nak persoalkan pintu itu. Izat nak tahu kenapa Izat mesti lepaskan Ira setelah Ira berjaya Izat miliki? ”

“Jangan jadi bodoh Izat, Izat boleh cari ramai gadis yang seribu kali cantik dari Ira! ”

“Tapi Ira, Izat tak pernah pandang itu semua.. yang Izat tahu Izat cintakan Ira dan tak boleh hidup tanpamu! ”

“Izat, tak baik begini! ” Nazira menjauh bila Izat mendekatinya. Dia dapat merasakan ada yang tak kena pada pemuda itu.

“Izat mahu pastikan Ira jadi milik Izat! "

“Jangan Izat! Ira tak mungkin jadi milik Izat! ”

“Tapi Izat akan pastikannya, tiada siapa yang mahukan buah yang sudah ditebuk tupai! ” Izat buka butang bajunya satu persatu.

Gulp! Nazira telan liur. Kenapalah dengan mamat ni? Agaknya Lex Luthor dah rasuk dia tak.. dan dalam keterpaksaanlah Lois berjaga-jaga. Help.. Superman, help! Acho... ini realiti, bukan fantasia bulan madu!

Izat semakin mendekati. Dia raih gadis itu ke dalam pelukan. Penuh kerasukan dia mencium tubuh itu. Nazira sedaya mungkin cuba meronta. Kini dia sudah berada di atas katil. Rimas rasanya ditindih tubuh sasa itu.

“Izat, tolong.. kalau Izat sayangkan Ira! ”

Izat berhenti! Dia merenung wajah Nazira. Ada air mata yang bertakung! Perlahan pandangannya melekap pada dadanya yang sedikit terbuka. “Kenapa.. ”

“Buktikan kasih Izat pada Ira! ” Nazira bingkas sarungkan butang baju.

Izat terduduk di atas katil. Dia merauo wajahnya, penuh kekesalan! Sebagai bukti.. air matanya menitis. “Izat minta maaf Ira, maafkan Izat.. ” Izat genggam jemari Nazira. Dicium lembut.

Nazira sekadar membiarkan. “Izat, Ira tak pandai menipu. Sekalipun Izat rampas kewanitaan Ira... Ira tetap tidak akan jadi milik Izat. Mungkin kita merancang untuk bersatu tetapi ketetapan azali tidak mengizinkan kita. Izat.. Intan Nazira Ikmal tidak dilahirkan untuk Mohd Izat Effy! ”

“Tapi kenapa? Izat benar-benar sayangkan Ira dan tak sanggup kehilanganmu! "

“Tapi Ira tak pernah sayangkan Izat lebih dari seorang kawan! Izat belum boleh dianggap kekasih dalam hidup Ira, dan Ira sendiri tak mahu anggap begitu. Ira tak mahu beri harapan pada Izat.. pada ibu dan Makcik Rina. Lepaskan Ira.. "

“Tapi... ”

“Tolong Izat... ”

Izat mengeluh. “Kalau Izat pinta sesuatu dari Ira boleg Ira tunaikan? "

“Apa? ”

“Jangan lupakan Izat, kenang Izat selalu.. segala kenangan ini. Andai Ira sudah ada pilihan hati lain.. Izat doakan Ira bahagia di samping insan itu. ” Izat terus berlalu.

Nazira sudah tersedu sedan. Dia capai patung Garfield kesayangannya. Maaf.. hanya itu dipinta olehku!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience