BAB 33

Romance Completed 19413

Jari jemari Nazira lincah mengelap pinggan mangkuk yang telah dicuci. Sesekali dia mengerling ibunya yang sedang mengemas meja. “Ibu marahkan Ayangkah sebab kelakuan Ayang petang tadi? ”

“Ibu tak marah sayang, itu hak Ayang.. cuma ibu rasa sedikit terkilan. Itu saja.." Puan Mawarni mencapai penyapu di sisi pintu. Dia mula menyapu ruang dapur yang sedikit kotor setelah keluarga selesai makan malam.

“Abah pulang pukul berapa ibu? " Nazira mengalih topik perbualan. Tak mahu dia suasana diselubungi kesuraman hanya kerana.. mamat tiga suku tadi!

“Entahlah, tapi katanya lewat.. tak perlu tunggu dia pulang! "

Nazira sekadar angguk. Dia menyusun pinggan mangkuk di rak berhati-hati. Pecah kang, mesti kena dengar ceramah panjang ibu! “Ibu, Ayang nak tengok tv ya!” Puan Mawarni angguk. Nazira berlari pantas ke ruang tamu. Dia melompag ke atas sofa sehingga tertindih paha Naziman yang asyik menonton Buletin Utama.

“Adoi sayang.. sakit kaki abang! Apa yang tak sabar sangat ni? Macam mana tadi.. seronok jumpa bakal suami? ”

“Eee, kalau bersuamikan lelaki tu baik Ayang tak kahwin! Ayang tak suka langsung jantu itu! Benci.. adakah patut dia..” Kata-kata Nazira terhenti. Ops, takkan nak cakap kut.. malu saya!

“Dia apa? "

“Dia... dia.. dia kaya Ayang gila! Ingat otak dia tu betul sangat! ” Sumpah Nazira geram. Kalau ikutkan hati aku, mahu saja aku cekik-cekik dia biar mampus!

“Jangan begitu Ayang, takut lama-lama nanti berkenan pula!" Usik Nazimab apabila wajah adiknya tambah mencuka.

“Eee... sorry! Dah, tukar NTV7.. Ayang nak tengok cerita Jiran!"

Naziman menurut permintaan adiknya. Tahu sangat dengan adiknya yang gemar menonton drama Jiran dan Jodoh!

“Apa yang ibu dengar bising sangat, hah? Ayang.. berapa kalu ibu nak pesan jangan lompat atas sofa tu! "

“Bukan Ayang yang lompat!"
“Habis tu siapa? "

“Begini ibu, tadi kaki Ayang terangkat.. tiba-tiba saja Ayang tengok Ayang dah ada atas sofa nih! Nazira sengih. Naziman ketawa perlahan mendengar kata-kata gadis itu. Ada saja cara nak bagi alasan, walaupun tak berapa nak logik!

“Nanti ibu potong kaki tu, jahat sungguh dia! "

“Aaa.. tak nak! " Nazira pantas memeluk Naziman. Pemuda itu tarik hidung mancung milik Nazira. Terjerit gadis itu mengaduh kesakitan.

“Kring.. kring.. " Telefon di sudut meja berteriak Puan Mawarni tekedek-kedek mencapai gagang. “Hello.. Assalamualaikum! ”

“Waalaikumsalam, Wani.. aku ni.. Rina!"

“Hah kau, aku ingatkan kau tak call tadi."

“Aku kena pastikan line clear dulu! "

“Betul tu, sekejap ya.” Puan Mawarni tegup gagang. “Ayang, pergi masuk bilik." Arahnya pada Nazira yang leka menonton televisyen.

“Tapo ibu...” Nazira kurang setuju. Orang nak tangok gambarlah!

“Tak ada tapi-tapi, pergi! "

“Pergi Ayang, tak baik bantah kata-kata ibu. Abang tapekan rancangan Jiran dan Jodoh tu, ok?" Naziman memujuk. Gadis itu angguk perlahan. Siapalah yanh call tu sampai aku kena masuk bilik! Cit, tak boleh tengok orang senang! Tak apalah.. boleh juga aku solat Isyak dulu.. tak ada yang luak!

Nazira melangkah perlahan ke bilik air. Wuduk diambil sesempurnanya! Setelah selesai berdoa, dia mencapai telekung di sudut katil. Ibu.. aduh, kenapa ni? Dia memicit-micit perlahan kepalanya yang tiba-tiba berdenyut. Ops, itulah.. tidur lewar lagi! Dia sudah biasa dengan hal itu! Tidurnya kadang-kadang memang tidak mencukupi sehinggakan sering pening kepala dan muntah! Tapi ubatnya mudah saja.. telan Panadol sebiji habislah!

Nazira capai Panadol di dalam laci lalu meneguk air yang memang disediakan di atas meja tulisnya. Dia ni payah sikit.. malam-malam selalu terjaga sebab dahaga. Kerana itulah ibunya siap sediakan sejag air di atas meja. Nazira senyum! Eh, mengelamun panjang pula aku.. kering pula air sembahyang aku! Pantas dia beristigfar dan memulakan solat Isyak dengan penuh khusyuk dan sepenuh hati diserahkan padaNya.

#Next chapter malam baru Mawar update ya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience