Bab 62

Romance Completed 19413

“Abahnya, saya ada sesuatu hendak dikatakan! ” Puan Mawarni merenung suaminya yang asyik menonton Buletin Utama itu.

Encik Ikmal mengalih pandang pada Puan Mawarni. “Apa yang ibunya nak katakan? ”

“Mengenai Ayang! ”

Encik Ikmal mendengus keras. “Pasal budak tak guna tu! Hah, kenapa dengan dia.. nak kawin dengan budak Izat tukah? ”

Puan Mawarni mengetap bibir tahan geram. Dia geleng.

“Heh, kalau dia nak kawin dengan budak Izat tu pun saya tak kisah. Lebih aman hidup saya kalau budak tak guna tu tak ada! ”

“Abahnya, awak tahu tak Ayang tu siapa? Dia anak awak, anak kandung awak! ” Suara Puan Mawarni mula meninggi.

“Hei ibunya, yang awak tengking-tengking saya ni kenapa? Ibunya tahu tak, pasal budak tak guna tulah arwah emaknya meninggal dulu. Sejak kelahiran dia, keluarga kita jadi porak peranda! Budak tu tak berguna... menyusahkan orang saja!"

“Dulu abahnya yang tergila-gila sangat nak kahwin dengan arwah emaknya! Saya tak pernah halang tapi abahnya tak pernah memahami bagaimana terlukanya hati saya bila bermadu. Saya sangkakan saya akan membenci anak yang akan dilahirkan arwahnya, tapi kelembutan wajah Ayang membuatkan hati saya damai... hilang segala benci, punah segala dendam! Abahnya, Ayang mewarisi kelembutan arwah emaknya.. tidakkah abahnya sedar? Lagipun.. dia tidak pernah menyusahkan abahnya dan tidak akan cuba menyusahkan abahnya! ”

“Apa yang ibunya katakan ni? ” Encik Ikmal sedikit hairan dengan kata-kata isterinya.

“Abahnya, saya pohon.. kasihanilah Ayang! Dia perlukan kasih sayang abahnya. Saya tahu dan faham isi hatinya walaupun dia tak pernah suarakannya. Saya seorang ibu, walau tidak jadi wanita bertuah yang melahirkannya tapi saya rasa bertuah kerana berpeluang besarkannya. Abahnya... tolonglah kasihani Ayang! ” Pinta Puan Mawarni menahan esak.

“Kenapa ni... selalunya ibunya tak begini! ” Encik Ikmal tambah hairan. Memang isterinya selalu menasihatinya perihal anak gadisnya itu tapi sekejap saja.. tidak sebanyak ini! Tapi sekarang.. ada kelainan pada tiap kata yang keluar dari bibir itu.

“Hidup Ayang tidak lama, dia akan tinggalkan kita abahnya. Dia sakit... dia hanya akan hidup untuk sebulan saja lagi! Tolonglah sayangi dia buat seketika sebelum pemergiannya buat selamanya. Izinkanlah dia merasai kasih awak! Tolonglah... ” Puan Mawarni memohon. Peha suaminya dipaut. Air mata seorang ibu tidak dapat tertahan lagi... terus mengalir membasahi pipi. Hati ibu mana tidak pilu mengenangkan anak gadisnya akan pergi.. pergi untuk selamanya!

Encik Ikmal tenung isterinya. Bulat mata.. tapi dia masih kurang percaya. Dia senyum. “Awak sengaja ada-adakan cerita ya! Ibunya mahu saya kasihi dan sayangi budak tak guna tu? ”

“Abahnya, saya kesal dengan sikap awak! Entah bilalah awak akan sedar akan kesilapan awak hanya mementingkan diri tu! Mungkin ini pembalasan Allah buat keluarga kita... dia mahukan Ayang kerana tidak mengecap kadih abahnya. Tapi abahnya akan menyesal.. kerana apa yang saya katakan tadi adalah benar! Ayang akan tinggalkan kita! Mungkin waktu itu abahnya akan tersenyum puas, senyumlah sepuasnya.. Ayang anak saya! Saya akan kasihi dia hingga ke saat akhirnya tapi abahnya.. awak akan menyesal! Awak akan sesal tak sudah! ” Puan Mawarni bingkas memanjat tangga, meninggalkan suaminya yang tercengang!

Encik Ikmal terjelepok di atas sofa, Benarkah apa yang isteri aku katakan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience