BAB 7

Romance Completed 19413

Nazira menarik sebuah kerusi lalu duduk. Begitu juga abangnya. Dia pantas capai keripap lalu dikunyah rakus. Puan Mawarni sekadar menggeleng. “Ayang, cuba duduk elok-elok sikit, tak baik duduk terkangkang begitu waktu makan. Sudah berapa kali ibu larang.”

“Yes madam!” Nazira silang kaki sopan.

“Kenapa dengan lutut Ayang tu?” Soal Puan Mawarni baru menyedari lutuk anaknya sedikit terluka. Naziman turut menjenguk. Gadis itu menyelak sedikit seluar short Hawaii yang dipakai. Dia sengih.

“Sikit saja ibu, Ayang dah bubuh ubat di hospital tadi.” Terang Nazira.

“Macam mana boleh luka?” Soal Naziman setelah menghirup kopi O yang disediakan ibunya.

“Dah nak luka..” Jawab Nazira selamba. Naziman merenung Nazira. Terkena pisau tadi, tengah sibuk-sibuk tak sedar pula terkena. Ayang perasan bila member Ayang tegur yang kaki Ayang berdarah. ”

“Lain kali hati-hati sikit." Nasihat Puan Mawarni agak risau dengan anak gadisnya yang sedikit lalai itu.

“Baiklah ibu.. mulai hari ini saya Intan Nazira Ikmal berjanji akan lebih berhati-hati lagi ketika menjalankan tugas-tugas saya." Nazira angkat tangan seolah-olah bersumpah. Naziman dan Puan Mawarni ketawa kwcil.

“Ibu.. jadi ke ibu pergi rumah Auntie Zaharah?” Soal Nazira setelah agak lama mereka dibungkam kebisuan. Ibunya angguk memberi jawapan.

“Abang dah tahukah ibu?” Nazira separuh berbisik. Naziman merenung gadis itu penuh tanda tanya.

“Belum, ibu belum beritahu. Ha abang.. ibu nak abang ambil cuti lusa, ibu nak ajak ke rumah Auntie Zaharah.”

“Untuk apa ibu?” Soal Naziman biar pun dia tahu maksud sebenar ibunya. Ini tak lain nak kenalkan aku dengan anak gadis Auntie Zaharahlah tu! Ibu ni, ada saja rancangan dia nak kenalkan aku dengan anak dara orang. Sekejap Auntie Faridah, kemudian Auntie Karimah ha sekarang alih-alih Auntie Zaharah!

“Yelah.. anak gadis Auntie Faridah kau tolak dengan alasan badan dia berisi sangat, takut banyak makan! Anak Auntie Karimah pula mesra sangat takut pulak kata kau. Sekarang ibu nak dengar pula alasan kau tentang anak gadis Auntie Zaharah.”

“Ibu.. kenapa dengan ibu ni? Bukankah abang dah kata yang abang tak mahu kahwin lagi. Abang mahu mantapkan kerjaya abang dulu.” Naziman memberi alasan.

“Itulah yang ibu dengar dari dulu. Ibu teringin timang cucu, merasa ada menantu perempuan. Ibu tak paksa abang kahwin dengan gadis itu.. tengok dulu kalau abang berkenan ikat tali pertunangan. Bila abang dah bersedia barulah langsungkan perkahwinan.” Puan Mawarni kelihatan mengharap.

Naziman mengeluh. Dia sebenarnya malas hendak fikirkan hal itu buat masa ini tapi ibunya begitu mengharap.

Nazira merenung wajag abangnya yang dilanda kebuntuhan itu. “Tengok saja abang, ibu tak paksa abang terima. Ya abang.." Pujuk Nazira.

“Ya abang.. gadis itu baik budaknya. Baru tamat pengajian di ITM dalam bidang perbankan. Dia bekerja di Mybank. Gadis cantik, manis, lemah lembut pula. Dia juga taat pada perintah agama... bertudung litup dan pemalu orangnya. Abang tengok ya.. ” Puan Mawarni terus memujuk sambil tersenyum melirik.

Naziman tenung ibunya dan beralih pula pada Nazira. Gadis itu mendekati Naziman lalu memaut manja bahu abangnga. “Ayang tahu abang akan pilihkan kakak ipar yang terbaik untuk Ayang. Ikut sajalah.. siapa tahu jodoh abang di sana.”

Naziman melepas keluhan panjang seraya mengangguk. “Abang ikut saja kehendak ibu. Lusa abang akan minta cuti.” Suaranya bersetuju akhir sekali.

Tiba-tiba kedengaran bunyi enjin kereta dimatikan di garaj. Nazira panjanglan leher menjenguk ke luar. Abah dah balik! “Ayang ada kerja.. Ayang naik dulu ya ibu.”

“Duduk Ayang!" Arah Naziman menghalang.

“Tapi.. ”

“Duduk!” Suara Naziman sedikit keras sehinggakan Nazira terpaksa akur. Gadis itu meneguk sedikit air yang masih bersisa.

Encik Ikmal yang baru pulang terus ke dapur Puan Mawarni mengambil beg di tangan suaminya. Disediakan minuman buat suaminya itu. “Ibunya tak minum sama?”

“Saya dah minum dengan abang dan Ayang, abahnya minumlah dulu. Makanlah karipap yang saya buat. " mesra sekali layanan Puan Mawarni. Sesekali dia menjeling ke arah Nazira yang tunduk membisu. Keluhan dilepaskan bersama angin lalu.

“Tak alalah.. nanti saya makan, nak naik ke atas. Di sini saya rasa panas!” Encik Ikmal terus berlalu. Sempat juga dia menjeling Nazira yang duduk di sebelah anak terunanya nan seorang.

Nazira angkat kepala, menampakkan matanya yang sudah bertakung. Air mata itu sedari tadi menanti masa untuk menyentuh pipi. Naziman genggam jemari adiknya. Dikucup mesra dahi gadis itu. “Sabar Ayang.. ”

Nazira seka air mata yang sudah menjengah pipi. Tiada gunanya air mata ini jika tidak pernah difahami! “Ayang naik dulu.. ” Nazira melangkah longlai ke biliknya.

“Abang hairan dengan sikap abah tu ibu. Tak pernahkah dia kasihankan Ayang? Kasihan gadis itu.. begitu mengharapkan kehadiran abah dalam dirinya.” Luah Naziman mengasihani nasib yang menimpa diri adik kesayangannya.

“Ibu tak tahu apa lagi yang harus dilakukan untuk mengubah sikap abah kau tu. Ibu kasihan pada Ayang.. sejak kecil dia mendambakan kasih abah tapi hampa walaupun telah 22 tahun berlalu.” Puan Mawarni seperti melepaskan keluhan dengan sikap suaminya itu.

Nazira lempar tubuh ke atas katil. Hatinya sedikit terasa kata-kata abahnya. Dia hairan kenapa abahnya masih tidak dapat menerima hakikat yang telah menimpa. Di sebaliknya keceriaan yang terpancar di wajahnya itu tersembunyi kedukaan yang sukar difami oleh sesiapa pun! Memang dia nakal, memang dia manha. ceria dan riang ke sana ke mari tapi di sebalik itu hatinya di cengkam kerinduan.. dia dahaga akan kasih seoranv lelaki bergelar abah. Dia tidak pernah mengecap kasih itu kerana abahya bukan seperti abah orang lain yang menyayangi anaknya.

Nazira memeluk erat patung Garfield yang dihadiahkan abangnga. Apakah aku yang bersalah sehingga begitu tebal kebencian abah terhadap aku! Dia sedar kebencian abahnya itu kerana salahnya dilahirkan ke dunia ilahi ini. Dia bersalah kerana kelahirannya telah mengorbankan diri ibu kandungnya. Dia merupakan anak isteri kedua abah. Abah begitu menyayangi arwah emaknya sehingga menuding kesalahan ke arahnya sedangkan waktu itu dia tidak tahu apa-apa.

Kalaulah ketika itu dia boleh berfikir pasti dia akan pilih emaknya biar dia yang terkorban. Dia rela! Tapi itu tidak terjadi.. Allah lebih menyayangi emaknya dan mahu dia menikmati hidup sementara di dunia ini. Satu keluhan panjang dilepaskan. Aku pasrah dengan takdirmu, Ilahi. Biarlah aku memendam segala kepahitan ini, biar aku tanggung derita ini! Cuma harapan yang aku sandarkan padaMu.. berilah aku peluang mengecapi kasih abah walau seketika!

Puan Mawarni memulas tombol. Pintu terkuak. “Boleh ibu masuk?”

Nazira panggung kepala merenung ibunya. Dia angguk. Wanita itu mendekatinya. Jemari gadis itu digenggam erat. “Sudahlah Ayang.. tak perlu Ayang fikirkan semua ini. Abah kau memang begitu.. tapi ibu yakin suatu hari nanti dia akan berubah. Sabar ya sayang..” Puan Mawarni membelai rambut Nazira yang panjang mengurai. Gadis itu memeluk erat ibu tirinya itu. Hatinya terasa sedikit tenteram di pangkuan ibunya. Wanita itu sudah dianggap seperti ibu kandungnya sendiri. Dialah ibu, dialah abah! Terima kasih ibu..

Puan Mawarni membelai kasih anak gadisnya. Entah kenapa dia begitu menyayangi gadis itu, lebih dari anak kandungnya sendiri! Memang pada mulanya dia begitu bencikan ibu Nazira kerana menganggap wanita itu telah menggoda suaminya. Namun kematian arwah ibu Nazira menyedarkannya akan kesilapan dirinya. Sejak pertama kali merenung wajah Nazira, hati seorang ibu menjadi damai. Kenakalannya dari kecil hingga kini tidak pernah berubah.. malah bertambah nakal! Ya Allah, Kau bukakanlah hati suamiku. Izinkanlah gadis ini merasai kasih sayang seorang ayah. Amin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience