Bab 69

Romance Completed 19413

Tambatan janji dimeterai! Takdir Ilahi akhirnya kalian ditemukan!

“Assalamualaikum.. " Salam sebelah kiri itu mengakhiri solat jemaah Isyak sepasang suami isteri.. yang bari diijabkabulkan.

Nazira raih jemari Izat lalu dicium penuh kasih sesudah selesai memanjatkan doa ke hadrat Ilahi.. memberinya peluang untuk terus beribadat dan masih memberi kesempatan untuk terus bernafas di dunia ini.

“Kenapa sayang? " Izat rangkul Nazira dalam pelukan bila gadis itu kelihatan longlai.

“Sakit bang.. ” Nazira pegang kepala yang terus berdenyut sedari tadi. Dia cuba senyum agar tidak terbetik kerisauan di hati Izat, yang kini sudah sah menjadi suaminya.

“Sabar sayang! Mari abang pangku Ira ke katil." Izat angkat perlahan tubuh lampai itu. Diletak di atas katil. Dia mengelus rambut Nazira, penuh kasih. “Sakit lagi sayang? ” Kalau boleh aku mahu berada di tempatmu, menanggung segala penderitaan yang kau lalui ini... isteriku sayang! Ira, kau terlalu banyak menderita... tapi kau tabah menghadapi segalanya. Segalanya kau sembunyikan di balik senyuman dan kenakalanmu. Kau hebat sayang.. terlalu hebat! Perlukah kau pergi... tinggalkan aku sendirian?

“Abang... Ira nak tengok keindahan malam ini. Ira nak keluar... ” Rengek Nazira manja, penuh mengharap.

“Yalah sayang! ” Izat cuba bantu Nazira yang mahu bangun. Namun gadis itu menolak lembut.

“Ira masih mampu abang! ” Dia sekadar memaut lengan Izat dan terus keluar dari bilik iti.. dahulunya bilik Izat, tapi kini milik mereka berdua!

“Kenapa Izat? ” Soal Puan Zefrina setelah terpandangkan Izat dan Nazira, menantu yang dikasihinya. Encik Shafie, Encik Ikmal dan Puan Mawarni mengalih pandang pada suami isteri itu.

“Ira nak keluar mummy, sedut kesegaran malam.. nikmati keindahan malam! "

“Pergilah, tapi hati-hati Izat, Isteri kau tu tak sihat sangat... ” Terserlah kebimbangan dalam kata-kata yang ditutur Encik Shafie.

“Papa, kalau ajal sudah mahu menjemput... Ira terima! Namun Ira bahagia pergi sebagai isteri kepada Abang Izat. ”

Kedua mereka keluar... mengambil angin di kerusi yang sudah tersedia di perkarangan rumah. Nazira letak kepala di dada bidang itu.

“Abang bahagia malam ini sayang! Intan Nazira sudah menjadi isteri abang yang sah. " Izat peluk kemas tubuh lampai itu. Terasa kedinginan malam mencucuk namun hilang di balik kehangatan tubuh Nazira. Gadis itu pulak tidak bantah diperlakukan begitu, kerana kini dia sudah dimiliki jejaka itu.

“Mula tu... pelik untuk Ira bahasakan diri Izat abang! Namun ibu kata kita perlu panggil suami kita begitu sebagai tanda hormat dan sayang padanya. "

“Abang lagi seronok! ” Izat kucup dahu Nazira. Gadis itu sekadar senyum namun seketika cuma. “Kenapa, ada yang tidak kena? "

“Maafkan Ira... Ira tak mampu jalankan tanggungjawab sebagai isteri. "

“Mahkota Itu milikmu sayang! Abang mahu kesucian itu terus bersamamu... tidak pudar! ”

“Ira harap abang tak akan tangisi pemergian Ira! "

“Abang tak mampu berjanji, takut hanya menjadi janji sepi... kosong! Abang akan cuba... abang redha kau pergi sayang, tapi abang tak akan buang dirimu kerana hanya itu yang tinggal untuk abang teruskan hidup nanti! Jangan rampas itu dari abang! "

“Abang masih muda, mampu mencari yang lain... ”

Izat letak jari telunjuk di sepasang bibir pucat itu. Tidak mahu bibir itu meneruskan bicara. “Kalau sayang milik abang, abang jua milik sayang! Jangan pinta atau harap abang dimiliki orang lain! "

“Tapi... ”

“Abang jujur sayang, tak pernah terlintas di hati ini untuk mencari pengganti kerana hanya Ira yang kekal mendiami hati ini. "

“Abang... ” Air mata membasahi pipi.

Izat kesat mutiara jernih. “Air mata ini tidak perlu setelah Ira jadi isteri abang! Biar hanya senyuman dan kegembiraan bersama Ira. ”

Nazira angguk. Dipeluk erat pemuda itu. Nazira lempar pandang ke langit. Malam gelap... hanya dihiasi cahaya bulan. Bintang-bintang seperti merajuk... sembunyikan diri! “Bulan penuh! Cantik sungguh malam ini... rasanya mahu terus di sini, di samping abang. Syukur padaMu Tuhan kerana beri aku peluang ini. Abang sekalipun Ira mati... Ira gembira kerana mati sebagai isteri abang! "

“Jangan bicarakan hal itu! "

“Habis tu... mengenai apa? ”

Izat tenung wajah gadis yang begitu dicintainya. Dia gembira, walau wajah itu kelihatan pucat... namun masih ceria dan senyum manis itu tidak lekang dari bibir itu. “Ok... Ira nak ke mana untuk honeymoon? Masih dengan cadangan ke kota Paris? Atau ke tempat lain... abang akan bawa sayang ke mana saja! Asal kita dapat bersama... bahagia berdua! Sudah lama abang harapkan keadaan begini. Di samping Ira sentiasa... bahagia bersama! Tentu mummy dan papa gembira kerana sudah dapat Izat sebagai menantu, menantu mithalilah katakan! Mujur abang Izam tak marah... langkah bendul! Dah jodoh kita terdahulu dari mereka. Sayang, kenapa diam? ” Izat sentuh wajah Nazira.

“Ira... ” Wajah itu masih mampu tersenyum bahagia... walau nadinya sudah lama terhenti! Ira...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience