Bab 36

Romance Completed 19413

“Hei, macam mana dengan pengintipan kamu kelmarin? ” Soal Fauziah sesudah saja Nazira dan Chawi letak punggung.

“Amboi, punggung aku tak panas lagi pun dah ada soalan! Berjalan dengan lancar sekali. Idea sapa.. ” Nazira angkat-angkat kening.

“Lancarlah.. kau tinggalkan aku seorang, kau blah begitu saja! ” Chawi mendengus.

Nazira sengih. “Kenapa, tak baik lagikah? ”

“Dah baik! Walaupun kau tinggalkan aku, aku ucapkan berbanyak-banyak terima kasih sebab idea kau tu yang bernas lagi berkesan itu. ”

“Tengok oranglah.. ”

“Siapa gadis itu? ” Soal Aiza malas nak layan Nazira yang tersengih meleret. Riaklah tu! Kembang saja hidung dia tu!

“Itu kawannya masa dia study di Jepun dulu. Gadis itu datang ke Malaysia sebab nak melawat keindahan tanah air kita. Sebagai kenalan dia jadilah pemandu pelancong. Tambahan pula gadis itu bukan datang seorang.. dengan tunangnya! ” Terang Chawi panjang lebar.

“Patutlah kelmarin aku tengok mata dia sepet bukan main, minah Jepun rupanya! "

“Nampaknya kalau kita ada masalah, bolehlah rujuk pakar kaunseling kita ni. Tak begitu Ira? ” Widuri menjeling Nazira.

“Boleh saja.. tapi sebagai kaunselor aku hanya dapat bagi idea dan cara untuk atasi masalah saja, bukan menyelesaikannya. ”

“Sudahlah tu.. nanti makin meleret pula, dah lambat ni! ” Ajak Chawi.

Kelima-lima gadis itu bangkit. Terus beredar untuk meneruskan tanggungjawab sebagai jururawat yang berdedikasi. Nazira kerut dahi tiba-tiba. Perlahan kepalanya disentuh.

“Kenapa Ira? ” Soal Aiza. Hairan melihat Nazira yang tiba-tiba saja memicit kepalanya. Budak ni bukannya sihat sangat, sering juga pening kepala sebab tak cukup tidur!

“Tak ada apa, biasa saja! ”

“Kau tidur lewat lagi ya! Apa kau buat semalam, hah? ”

“Biasalah, karang surat cinta berkajang-kajang! ”

Aiza senyum. Tahu maksud surat cinta yang dikatakan gadis itu.. tak lain tak bukan cipta sajak-sajak untuk dilagukan. Dia tahu Nazira berbakat dalam penulisan sajak dan akhirnya sajak-sajak itu diolah menjadi lagu. Nazira pandai main gitar.. itu yang pasti! Malahan gitar itu dibeli dengan wang simpanannya sendiri setelah habis SPM dulu kerana begitu meminati bidang seni itu. “Untuk siapa? Setahu aku kau belum berpunya! ”

“Karang siap-siap! ” Nazira ketawa. Kepalanya yang terasa berdenyut tadi sudah lega!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience