BAB 13

Romance Completed 19413

Izam melangkah pantas ke wad kanak-kanak. Dia perlu memastikan keadaan pesakit-pesakitnya. Payah kalau benda tak elok berlaku, dia pula akan disalahkan!

“Selamat pagi doktor. ” Ujar beberapa orang jururawat yang melintasi Izam.

“Selamat pagi! ” Izam senyum ramah membalas sapaan mereka.

Setelah tiba di wad kanak-kanak dilihat seorang jururawat sedang memujuk seorang kanak-kanak agar memakan ubat. Diamati gadis itu. Kau rupanya. Perlahan-lahan gadis itu dihampiri. Dia tersenyum melihat gelagat gadis itu memujuk kanak-kanak tersebut. “Ada apa tu Aiza? ” Tersembuk soalan itu dari bibirnya.

Aiza pantas paling. “Ah.. Izam, terperanjat Aiza! ” Gadis itu mengurut dada.

Izam sengih. “Maaf.. Izam tak bermaksud. Ada apa-apa masalah kah?”

“Budak ni, dia berkeras tak mahu makan ubat. ” Aiza kembali merenung anak kecil di hadapannya. “Makanlah dik.. sikit saja.” Dia terus memujuk.

Anak kecil itu menggeleng. “Tak mahu, ubat tu pahit!”

“Tak.. ubat ini tidak pahit kalau adik makan sikit. Makan ya.. ”

Anak kecil itu masih menggeleng kedegilan. Aiza tarik nafas. Payah benar nak pujuk dia! “Sikit saja dik.. kalau adik tak makan adik tak akan baik. Bila tak baik, ha.. adik kena duduk di hospital lebih lama. Adik tak nak pergi sekolah jumpa kawan-kawankah? Adik nak doktor ni cucuk punggung adik ya!” Di dalam pujukan Aiza mengugut agar anak kecil itu sedikit gentar.

Kanak-kanak itu merenung Aiza, beralih pada Izam dan kemudian Aiza. “Adik nak pergi sekolah, adik tak mahu doktor tu cucuk adik! ”

“Kalau begitu makan ubat ni ya. ” Aiza menghulur ubat tersebut pada anak kecil itu. Dia mencapai lalu ditelan dan terus teguk air yang diberi Aiza. Fuh.. lepas satu bala!
Pandai dia memujuk, kalau jadi ibu pada anak-anak aku.. bagus nih! Ish, macam mana dia nak jadi ibu anak-anak aku kalau aku tak tackle dia lagi! Kena mula pasang umpan dulu, bila pancing dah kena.. barulah aku ambil jadi isteri. Jauh aku berangan! Izam sengih. Izam pantas mengekori Aiza yang sudah berlalu.

“Pandai Aiza pujuk budak tu ya! ” Ujar Izam setelah beriringan dengan gadis itu. Aiza sekadar tersenyum tanpa sebarang jawapan.

“Mmm.. sebenarnya Izam nak ajak Aiza lunch sekali hari ini, boleh? ”

Gadis itu masih menguntum senyum.

“Macam mana? ”

“Boleh.. tapi kenalah ajak Ira sekali sebab Aiza dah janji nak lunch dengan dia hari ini. ”

Ish.. Ira! Minah tu nanti menggangu saja! Mulut dia tu, berceloteh sepanjang masa! Tapi kalau aku kata tidak, mesti dia tak nak! Ikut sajalah.. lagipun Ira dah tahu, nak malu apa! “Baiklah.. ”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience