Bab 38

Romance Completed 19413

Izat duduk berteleku di atas katil sesudah menunaikan solat Isyak. Izat ketawa kecil mengingatkan peristiwa petang tadi. Nak kenakan aku.. akhirnya terkena sendiri. Ok juga orangnya ya! Izat senyum meleret.

“Jauh menung! Ingatkan siapa ni? ” Izam tepuk bahu adiknya.

“Bila masuk? Tak perasan pun! ”

“Orang tu tengah menung panjang! Ingatkan apa tadi? ”

“Seseorang! ”

“Siapa? Lelaki atau perempuan? ”

“Perempuan.. ” Tulus dia bersuara.

“Are you sure? Izat jarang ingatkan perempuan.. kerana benci atau sayang? "

“Dua-dua! ” Izat tenung wajah Izam. “Abang kenal.. ”

“Siapa? ”

“Wajah keibuan, lembut dan terasa damai hati bila melihatnya.. matanya bundar, tersembunyi seribu erti di dasarnya.. bibirnya merah basah, asli kenikmatan merenungnya.. kulitnya sawo matang, bersih dan halus.. hidungnya, paling menarik! Rasa nak gigit-gigit! ”

“Izat.. biar betul! Ira.. are you sure? ”

“Yes big brother, I love her! ”

“Izat... abang tak berapa nak percayalah! Mungkinkah ini helah Izat untuk kenakan Ira, sebab dia dah malukan Izat! ”

Izat angkat bahu. “Yang pasti Izat tewas padanya sejak pertama kali menemuinya. Selama ini memang Izat pernah berfikir untuk berdamai, tapi mulut dia tu.. eee.. rasa nak cabai! Lancanf sangat mulut tu! Alih-alih makin tebal sayang bila makin cuba dicambah kebencian! Hairan, kan! ” Izat ketawa perlahan.

“Well.. Izat dah cambah kebencian dalam diri Ira! Macam mana nak tawan hati dia? Satu lagi.. abanag tak berapa yakinlah dengan Izat, ingat.. kalau Izat cuba permainkan Ira, abang sendiri akan debik Izat. Ingat! "

“Trust me big brother! ” Izat peluk bantal. Kan bagus kalau aku peluk Ira, princess hati ini! Aku benar-benar tewas, nyata I.Q dia lebih tinggi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience