BAB 25

Romance Completed 19413

Nazira buka pintu almari pakaian yang penuh berisi. Dia mencapai sehelai jeans dan T-shirt Nike. Disarung ke tubuh! Rambutnya diikat longgar. Wajahnya yang bersih tanpa jerawat disapu sedikit bedak kompak! Nazira sengih merenung diri di dalam cermin. Menawan juga aku ni ya! Tak sedar pula selama ni! Ramai yang kata wajahnya cantik semula jadi, penuh kelembutan, keibuan dan sentiasa berseri! Beg sandangnya digalas lalu segera turun.

“Nak pergi sekarangkah, Ayang?” Soal Puan Mawarni merenung anak gadisnga yang sudah berdiri di sebelah. Gadis itu mengangguk. Poket seluar diraba-raba seperti mencari sesuatu.

“Apa yang Ayang cari tu? "

“Kunci kereta Ayang! Ayang letak di mana ya? Ibu nampak tak?" Dia menyelongkar beg sandangnya. Osh, mana aku letak ni!

“Kalau letak di tempat lain, cari di tempat lain.. sampai bila pun tak jumpa! Itu, di atas meja di depan tu.” Puan Mawarni menjuih bibir ke arah meja yang dimaksudkan.

“Nasib baik ibi ada, kalau tidak.. heh sah tak jumpa!” Nazira teguk sedikit teh di dalam cawan. “Ayang pergi ya ibu, nanti ternanti-nanti pula Widuri!" Nazira mengucup pipi ibunya. Salam diberi lalu dia segera berlari keluar setelah mencapai kunci kereta.

“Waalaikumsalam.. " Puan Mawarni menggeleng dengan telatah anak gadisnya itu. Asyik berlari saja tahunya! Kalau jatuu nanti siapa yang susah? Aku dan keluarga aku juga!

Nazira pandu laju Charade Auranya ke Yaohan. Mampus aku kalau wid marah! Janji pukul berapa, sekarang pukul berapa? Nazira pantas keluar dari perut setelah enjin dimatikan. Dari jauh dia dapat melihat Widuri sedang setia menanti di pintu masuk. Gadis itu didekati. Amboi, masamnya! “Dah lama tunggu? ”

“Dah berjanggut pun!” Widuri bersuara marah. Mana taknya, janji pukul berapa, sekarang ni pukul berapa? Buat teruk aku saja terpacak macam tiang letrik di sini!

Nazira meraba dagu gadis itu. “Tak ada janggut pun!” Akal nakalnya masih tidak hilang biarpun dia tahu Widuri benar-benar marah. Satu cubitan singgah di lengannya sehinggakan terjerit kecil dia.

“Aku tengah marah pun kau nak main-main lagi?” Widuri mendengus geram. Orang tengah marah cubalah pujuk sedikit, ini tidak.. jirus minyak lagi!

“Kau nak marah, marahlah.. aku nak buat apa! Tapi aku ada satu cara nak hilangkan kemarahan kau tu.. nanti aku belanja lau makan, ok? Lagipun.. muka kau ni bila marah nampak buruklah! " Nazira masih mahu mengusik.

Widuri tenung wajah Nazira. Berkerut wajahnya! Akhirnya tawa yang ditahan tersembur jua! Buruk sangatkah wajah aku bila marah? “Kau ni Ira.. selalunya bila aku nak marahkan kau mesti tak jadi. Kesian tengok muka sekupang kau tu!”

“Iye ke? Atau.. kau takut wajah kau terus buruk?”

“Sudahlah tu, kau bukannya boleh dilayan sangat.. makin menjadi! Aku tak nak terlacak macam orang bodoh lagi di sini.. rasanya orang semua was-was tengok aku dengan pakcik jaga tu! Tak tau yang mana satu guard!”

Nazira ketawa. Kedua mereka beriringan ke perut pusat membeli belah itu. Widuri yang beria-ia sangat mengajaknya ke sini.. sebab ada tawaran istimewa katanya. Dia pun malas nak bertekak, terus saja setuju dengan gadis itu. Lagipun dia memang ada benda sikit yang hendak dibeli! Satu demi satu tempat mereka singgah. Dan yang banyak membeli tentulah Widuri, kaki shopping nombor satu. Kalau boleh satu pasaraya dia nak borong!

“Hei Wid, cukuplah tu.. tangan aku dah penuh dengan barang kau saja tahu tak!" Nazira menjerit kecil.

“Yalah, yalah.. aku pergi bayarlah. Mari kita ke kaunter!” Widuri menghukur wang sebanyak mana yang tertera di mesin kira.

“Jom.. kita pergi makan!" Ajak Nazira. Dia membibit sedikit barang-barang Widuri. Kesian melihat temannya itu terkial-kial seperti cicak tertelan kapur!

“Kau belanja?"

“Aku dah janji! ”

Mereka terus ke Pearl Cafe. Apa yang perlu, dipesan.

“Kau ni Wid, cubalah ubah tabiat kau yang boros tu! Teruk nanti.. aku rasa kau ni kalau boleh semua benda kau nak beli!"

“Aku tahu Ira.. aku dah cuba tapi tak boleh. Aku pantang nampak benda yang menarik, murah dan.. entahlah! Asal berkenan sikit saja aku terus beli. Entah bilalah aku boleh kawal diri aku!"

Nazira angkat bahu. “Mujurlah si Faizal tu anak orang kaya.. kalau tidak, aku tak tahulah!"

“Hai, takkan jealous kut!"

Nazira mencebik. Buang masa saja aku nak jealous! Dah rezeki kau dapat pakwe handsome yang kaya.. nak buat apa! “Lepas ni balik terus ya, atau kau nak ke mana-mana lagi?" Soal Nazira sedikit menyindir.

“Hai, sindir orang ker? Aku rasa aku tak ke mana-mana.. nak balik terus! Kau pula?"

“Mmm.. jumpa pakwe!"

Widuri senyum. Dia tahu temannya itu sekadar bergurau. “Takkan itu pun nak marah? Kalau kau ada pakwe mesti tak teman aku punya... buat datelah waktu-waktu begini!”

“Eleh, kau suruh aku temankan pun pasal Faizal sibuk. Kalau tidak jangan harap nak cari aku!" Wajah Nazira kelihatan serius dengan kata-katanya.

“Janganlah begini Ira, aku..” Widuri terasa bersalah. Takut dia kalau dituduh cuba mempermainkan Nazira. Sungguh doa tidak berniat langsung! Memang pada mulanya dia mengajak Faizal, tapi pemuda itu sibuk dengan urusan kerjanya. Akhirnga dia mengajak Nazira menemaninya. Dia takut kalau tindakannya itu membuat Nazira berasa jauh hati.

“Hai, kau ingat aku seriuskah Wid! Aku mian-main saja.. tak ambil hati langsung!" Nazira kenyit mata nakal. Seronok dia lihat wajah Widuri yang sedikit pucat itu. Nazira mengalih pandangan bila terasa bahunya disentuh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience