BAB 23

Horror & Thriller Completed 32488

Dengan rupa dan gaya maskulin sementelah lagi Razif bakal seorang doktor ketika itu cukup membuatkan Razif digilai pelajar perempuan.

Jefri juga tidak kurang hebatnya. Dengan tubuh tinggi lampai, berbadan tegap dan berkulit sawo matang, Jefri mempunyai peminat perempuannya yang tersendiri. Malah ada juga di kalangan pelajar lelaki yang ingin mendampingi Jefri. Jefri awal-awal lagi menolak! Dia tidak mahu terlibat dalam hubungan songsang! Memang gila bila mendengar pengakuan seorang kenalan Jefri yang inginkan Jefri menjadi teman tidur!

Danish senyum sendiri. Dia jeling lagi Zamrul yang masih lagi tunduk. Agaknya dia sudah buntu dengan nota yang diterima tadi. Zamrul, lelaki yang berkulit kuning langsat dan mempunyai misai nipis, nampak berkarisma bila mengenakan sut jaket kulit dengan tali leher. Gadis mana yang tidak meleleh melihat ketampanan Zamrul yang petah berkata-kata. Zamrul bijak berpidato dalam bahasa Inggeris dan menang di peringkat universiti. Itu kelebihan Zamrul.

“Danish..macam mana ni?” Zamrul mula mendongak. Dia tepuk bahu Danish yang mengelamun dari tadi.

“Apa kau tanya?” Danish sengih.

“Berangan pula kau ni! Aku dah buntu ni. Apa yang harus aku buat?” Zamrul menekup muka sambil menundukkan wajah yang sudah sugul dan serabut.

“Entahlah, aku pun dah bingung ni.” Danish mula bersandar di sofa.

Zamrul mendongak semula. Dia panndang Danish yang sudah putus asa. Ayat dalam nota itu mula mengingatkannya semula kehidupan mereka di kampus dulu. Danish di sebelah diperhatikan seketika. Danish antara kawan rapat yang sama-sama belajar di universiti dulu. Danish yang paling suka kacau pelajar perempuan. Selamba sahaja dia memeluk dan mencium pelajar perempuan ketika itu. Yalah, lelaki sekacak Danish, perempuan mana yang tolak! Bukan setakat itu sahaja, setiap kali mereka keluar dan berseronok di pusat hiburan, Danishlah yang terlebih dulu mendapat perempuan berbanding mereka yang lain. Lain sangat dengan Shuib, pelajar perubatan sama dengan Razif. Shuib lebih berhati-hati bila bersama perempuan. Mungkin Shuib banyak belajar tentang ilmu penyakit dan jangkitan terutama penyakit kelamin. Jadi dia lebih tahu semua itu. Mungkin atas sebab itu Shuib lebih berhati-hati. Namun mereka tetap seronok dan berhibur sehingga larut malam setiap kali habis kelas. Masing-masing anak orang berada. Apa nak hairan?

Zamrul melepaskan keluhan panjang. Zaman gila-gila ketika menuntut dulu masih terbawa-bawa sehingga ke hari ini setelah lebih dua tahun bekerja. Cuma, perjumpaan mereka mula terbatas setelah masing-masing sibuk dengan kerjaya. Jarang berjumpa dan berseronok seperti dulu.

“Apa yang kau mengeluh tu?”

Zamrul menoleh. Rupanya Danish sedang memerhatikannya dari tadi.

“Tak ada...aku teringat zaman gila-gila kita dulu.” Zamrul senyum hambar.

Danish turut angguk. Ingatkan dia seorang sahaja yang sedang memikirkan hal itu tadi, rupanya Zamrul juga turut putar semula kisah keseronokan di kampus dulu.

“Rul, kau rasa semua yang berlaku ni ada kaitan ke dengan perempuan tu?” Danish mula serius. Apa yang disebut oleh Zamrul tadi membuatnya teringat satu kejadian di sebuah kampung di hulu Perak. Ketika itu mereka berlima mengikuti progam kebajikan masyarakat dengan adanya anak dan keluarga angkat.

“Entahlah..aku pun tak sure.” Zamrul masih sugul.

Zamrul pandang Danish yang turut sugul dan bingung. Pertanyaan Danish tadi cukup membuatkannya tercari-cari jawapan atas semua yang berlaku kepada Razif dan Jefri. Masih segar di ingatan, kenangan mereka berlima mengikuti progam kemasyarakatan di sebuah kmapung yang agak terpencil di Hulu Perak. Pelajar diberi keluarga angkat masing-masing termasuklah mereka berlima. Razif pula sudah mula mengusik dan menggoda anak gadis keluarga angkatnya. Memang tidak dinafikan Razif menjadi anak emas dalam keluarga angkat itu. Razif dilayan seperti anak raja. Malah Razif juga turut diberi kelonggaran untuk berjumpa dan keluar ke mana-mana dengan anak gadis mereka. Yalah, siapa yang tidak menolak bila lelaki seperti Razif yang kaya, kacak dan bakal doktor! Mak bapa mana yang tidak menolak jika mendapat menantu seperti Razif. Keluarga angkat Razif tidak kisah walau kemana Razif bawa anak gadis mereka pergi. Selalunya Razif akan berbual mesra di tepi sungai di hujung kampung itu.

Zamrul senyum sendiri. Masih terbayang di ruang mata, Razif melayan gadis itu dengan penuh mesra. Dia tahu Razif hanya berlakon. Razif hanya nak main-mainkan perasaan gadis itu. Dia kenal sangat dengan sikap Razif. Tidak pernah serius dalam setiap hubungan dengan perempuan. Di kampus saja, berapa ramai pelajar perempuan yang tergila-gilakan Razi dan itu semua hanya untuk main-main dan berseronok. Jadi dia tahu kesudahan cerita cinta kilat Razif dengan gadis itu ketika itu.

“Apa yang kau fikir? Senyum sorang-sorang?” Danish tepuk bahu Zamrul yang sudah mengelamun jauh.

...bersambung

Bab akan datang:

Apakah yang difikirkan Zamrul dalam ingatannya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience