BAB 36

Horror & Thriller Completed 32488

“Dan malam semalam, aku bermimpi, dalam mimpi tu, dia beritahu aku, dia nampak seorang perempuan cantik pakai baju kebaya merah yang datang dari kepulan asap. Masa tu dia macam dipukau. Lepas tulah dia dibunuh perempuan tu. Perempuan tu cekik dan cakar mukanya sehingga hancur. Lehernya juga turut digigit dengan gigi tajam. Sebab tu darah memenuhi di lantai dan terpercik ke dinding. Memang mengerikan masa aku tengok. Aku tak nak percaya semua tu tapi bila melihat sendiri keadaan Zamrul ketika itu aku rasa ada benarnya. Muka Zamrul habis bercalar dan berdarah. Mata pula tersembul dan lidah terjelir.” Sambung Danish yang kemudiannya melepaskan pandangannya ke arah kubur Zamrul. Danial dilihat masih menenangkan ayah Zamrul.

“Oh....” Shuib menekup muka.

“Aku dah insaf Shuib. Aku rasa baik kau dekatkan diri pada Allah. Aku rasa semua ni kerja jin dan syaitan. Mungkin perempuan itu yang hantar semua ni untuk membalas dendam pada kita. Dengan cara sihir macam ni, sudah tentu pihak polis tidak menuduh sesiapa. Jadi kes ni dianggap kes bunuh diri.” Danish pandang Shuib yang sudah mula tunduk.

“Sekarang ni, tinggal kita berdua saja. Abang aku selalu beri nasihat kat aku. Jin dan syaitan akan kalah jika kita taat perintah Allah dan selalu beramal ibadah. Apa yang kita buat dulu adalah dosa besar Shuib. Kita lupa siapa kita. Kita lupa siapa pencipta kita. Kita leka dengan keseronokan dunia. Bila jadi macam ni, baru aku tahu bahawa kuasa Allah itu Maha Besar. Mungkin Dia nak bagi kita peringatan atas setiap dosa yang telah kita lakukan dulu terutama dosa kita pada perempuan tu. Mungkin selama ini kita seronok melakukan dosa itu sebab Allah tidak balas dan perempuan yang rosak di tangan kita itu tidak buat apa-apa sebab mereka juga rela tubuh mereka disentuh tapi kita lupa tidak semua perempuan macam tu. Sekarang ni kita umpama buku bertemu ruas. Perempuan itu simpan dendam pada kita senyap-senyap. Mungkin dia yang buat semua ni. Mungkin dia gunakan khidmat bomoh untuk membalas dendam pada kita berlima.” Danish mengesat air mata yang mula tumpah. Dia sendiri merasa takut sebenarnya. Kalau musuh yang nyata senang boleh ditumpaskan atau lapor sahaja pada pihak polis tetapi kalau ilmu sihir macam ini, tidak ada senjata lain yang boleh digunakan melainkan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dan mengharapkan pertolongan Allah.

Shuib hanya diam dari tadi. Cuba menghadam apa yang dikatakan oleh Danish. Ternyata Danish sudah banyak berubah. Kalau dulu Danish hanya ketawa bila menyentuh soal ibadah termasuklah mereka yang lain. Seolah ibadah itu hanya untuk ustaz dan orang alim sahaja sedangakan ibadah itu dituntut kepada semua hamba Allah yang sudah akil baligh.

“Jadi aku ingat, aku nak ajak kau ke Kampung Keladi tu semula dan cari perempuan tu. Kalau boleh kita minta maaf pada dia dan keluarga dia. Masih belum terlambat lagi aku rasa. Elok kita buat macam tu selagi masih bernyawa ni. Kalau selepas itu Allah ambil nyawa kita, kita sudah pun minta maaf dan bertaubat.” Danish pandang Shuib yang masih serba salah.

“Tapi kau berani ke berdepan dengan perempuan tu dan keluarga dia?” Shuib menelan liur berkali-kali.

“Berani atau tak itu perkara kedua. Sekarang kita kena minta maaf. Lebih baik dihukum di dunia ni dari kita dihukum di akhirat kelak. Aku redha.” Wajah Danish sudah sugul. Dia betul-betul menyesal.

“Senanglah aku cakap tapi realitinya kau sedar tak, kita mungkin akan dipukul oleh keluarga perempuan tu nanti. Kalau satu kampung yang bantai kita, macam mana??” Shuib sudah menyinga.

“Habis tu kau nak biarkan saja. Kau nak mati macam Razif, Jef dan Zamrul tu??” Danish berang. Nyata Shuib masih tidak berubah. Nama saja doktor tetapi perangai masih seperti dulu, suka merosakkan anak dara orang! Minggu lepas baharu sahaja Shuib beritahunya yang dia sudah tidur dengan perempuan yang diminatinya dulu semasa di kampus. Begitu bangga Shuib bercerita seolah benda itu perkara biasa. Memang tak dinafikan dulu dia juga seperti Shuib, tidak ada rasa berdosa dan bersalah langsung tetapi setelah dia benar-benar bertaubat, dia mula merasa jijik dan marah bila menyentuh soal itu.

“Kita jumpa bomoh juga. Kalau perempuan tu boleh buat kita guna bomoh, kita balas balik la! Perempuan macam tu kena ajar sikit! Kita pun boleh guna ilmu sihir ni!” Shuib mula bersemangat mengusulkan cadangan.

...bersambung

Bab akan datang:

Adakah Danish akan berjumpa dengan perempuan itu sendiri?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience