BAB 47

Horror & Thriller Completed 32488

“Kita singgah R&R sekejap.” Danial berhentikan keretanya di sebuah kawasan rehat Tapah.

“Weh! Mengelamun je! Kita singgah di sini dulu. Solat dan makan. Lepas tu bertolak balik.” Sekali lagi Danial tepuk bahu Danish yang dari tadi asyik mengelamun.

Usai solat dan menikmati makanan tengahari di kawasan rehat dan rawat itu, mereka meneruskan perjalanan semula menuju ke Kuala Lumpur.

*********

Sudah seminggu berlalu selepas dia pulang dari Kampung Keladi. Selama itu juga tiada khabar berita dari Shuib. Danish jeling skrin telefonnya yang berdering kuat.

“Hmm..panjang umur Shuib ni.” Danish senyum. Dia segera menjawab panggilan dari Shuib. Lama mereka berbual di telefon. Sesekali kening Danish berkerut.

“Dia nak ajak aku pergi mana pula?” Danish garu kepala. Dia pandang kalendar. Esok hari Ahad.

Danish mula mengemas meja pejabat. Jarum jam sudah hampir pukul lima setengah petang. Hari ini sehari suntuk dia dan Danial menghadiri mesyuarat bersama papa. Niat di hati, dia ingin bertemu tunangnya selepas habis kerja nanti. Selama bertunang, belum pernah dia keluar bersama Irene. Masing-masing sibuk dengan hal masing-masing.

Danish melangkah ke pintu lif. Sementara menunggu pintu lif terbuka, dia mula menghubungi Irene. Tiba di tingkat bawah, Danish segera menapak ke tempat letak kereta sambil bersembang dengan Irene di talian telefon. Matanya tertancap pada susuk tubuh seorang perempuan yang cukup dikenalinya. Jantungnya berdegup kencang. Mukanya mula pucat. Dia segera ringkaskan perbualannya dengan Irene dan mula menapak ke arah perempuan itu yang kelihatan sedang menunggu seseorang di bawah pokok Tanjung.

Belum sempat dia sampai ke tempat perempuan itu, perempuan itu dilihat sudah menaiki kereta Pesona jingga meninggalkan kawasan itu. Sempat dia perhatikan siapa pemandu kereta itu. Nampak seperti lelaki.

“Aku kena siasat.” Danish segera mencatat nombor plat kereta pesona jingga tadi di atas tangannya.

Dia meluru ke keretanya dan cuba mengekori kereta tadi. Tidak sempat dia mengikuti kereta itu yang sudah hilang di simpang jalan. Keretanya berhenti di bahu jalan. Masih berfikir arah mana kereta tadi sudah pergi.

“Haih...hilang la pula..” Danish garu kepala.

Keretanya membelok semula ke jalan lain. Dia sudah berjanji dengan Irene tadi.

PULANG dari bertemu Irene tadi, Danish terus pulang ke rumah. Esok Shuib ingin mengajaknya ke suatu tempat. Dia melangkah malas ke bilik. Sempat jenguk bilik Danial yang terbuka sedikit.

“Hmm...tak balik lagi ke. Ke pergi dating?” Danish senyum. Dia menyambung langkahnya ke biik dan mula membersihkan diri, mandi dan mengambil wudhuk. Tadi sempat dia berjemaah solat maghrib di masjid selepas berjumpa Irene.

Usai solat, Danish mula berzikir dan baca Quran. Sejak kejadian itu semua, dia sudah mula istiqamah mendekatkan diri kepada Allah. Sejak itulah jiwanya terasa tenang walaupun kadangkala terasa sebak dan sedih mengenangkan semua yang berlaku. Quran diletakkan di atas rak semula setelah selesai membaca.

Danish mula baring di atas katil . Otaknya ligat memikirkan perempuan yang dijumpainya tadi di bawah pokok. Memang dia pasti itulah perempuan yang menjadi mangsa perkosa dulu di sungai itu. Dari gaya lenggok dan kulit putih perempuan itu, dia yakin dan pasti.

“Jadi maknanya dia masih hidup dan tinggal tidak jauh dari sini. Siapa pula lelaki yang bersama dia tadi?” Danish mengiring pula ke kiri. Otaknya masih ligat berfikir. Selagi dia tidak bertemu perempuan itu, selagi itulah dia tidak akan pernah tenteram dan maafkan dirinya sendiri. Rasa menyesal mula menguasai diri. Teringat masa kejadian di sungai itu dulu, hanya setakat itu yang dia mampu buat.

Telefon berdering lagi. Danish capai telefon bimbitnya dari atas meja.

“Yes dude! Aku ikut. Kau jangan bimbang. Janji kau tak bawa aku pergi kelab lagi! Aku dah taubat!” Danish sengih. Shuib beria mengingatkannya tentang hal itu.

Lampu bilik ditutup. Dia perlu tidur awal. Kalau diizinkan Allah, dia teringin bangun sepertiga malam untuk bertahajjud. Terasa manisnya beribadah bila sudah bertaubat. Mungkin itulah dirasakan oleh setiap mereka yang diberi hidayah oleh Allah untuk kembali ke pangkal jalan. Benarlah hidayah itu milik Allah. Danish mula pejamkan mata selepas membaca ayat kursi dan tiga Qul.

Kereta dipandu menuju ke arah Sabak Bernam. Danish pandang Shuib yang masih menumpukan perhatian pada pemanduannya. Matanya beralih pula pada sekitar jalan.

“Eh, kau nak masuk kampung apa ni Shuib?” Danish masih perhatikan sekeliling. Dari jalan besar tadi, kereta Shuib sudah mula memasuki jalan kecil sehingga ke lorong kecil.

“Kau ikut je. Aku yang drive!” Shuib jeling Danish seketika dan kemudian beralih ke arah depan jalan.

Danish masih memerhati sekitar kawasan di situ. Tiada lagi bangunan kedai dan rumah teres sebaliknya hanya ada hutan kecil dengan bunyi unggas sana sini.

...bersambung

Bab akan datang:

Kemanakah Shuib ingin membawa Danish?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience