BAB 41

Horror & Thriller Completed 32488

“Saya ingatkan dia sudah bertaubat tetapi tidak. Sebaliknya dia lebih rancak buat kerja maksiat tu. Satu hari kami terima panggilan dari keluarganya. Bergegas kami sekeluarga pergi ke hospital. Samapi di sana, keluarga bekas tunang saya sudah lama menunggu di situ. Rupanya bekas tunang saya itu sudah meninggal. Saya berkeras untuk melihat wajah bekas tunang saya untuk kali terakhir tetapi dihalang oleh semua orang. Saya berkeras juga. Akhirnya saya dibenarkan melihat jenazah arwah. Sebaik saja saya lihat jenazah tu, saya meraung menangis. Tak sanggup saya melihat jenazahnya..” Irene tunduk. Dia cuba kawal perasaan. Memang setiap kali terkenangkan kejadian itu, dia tidak dapat menahan sedih. Air mata yang tumpah disapu lagi.

“Err..bagaimana keadaan arwah?” Danish semakin penasaran. Apa yang difikir saat ini mungkin arwah juga menerima nasib yang sama dengan kawan-kawannya yang lain.

“Mayatnya seperti dibakar, rentung dan berasap tetapi apa yang paling saya sedih sekali, dia meninggal dalam keadaan melakukan perkara terkutuk itu. Mayat dia dan perempuan itu melekat dan tidak boleh dipisahkan. Perempuan itu juga turut rentung. Tak tahulah saya mereka tu rentung kerana balasan Allah atau ada orang yang cuba bakar. Saya hanya berdoa yang terbaik untuk dia. Sebulan saya tak lena tidur dan berkurung dalam bilik. Saya jadi sasau seketika. Mama dan papa saya cuba menghnatar saya ke pusat rawatan di hospital tapi saya bukan gila. Saya hanya tak boleh terima semua itu. Fikiran saya terganggu. Satu hari saya terima panggilan dari seorang perempuan yang tak dikenali. Dia mengaku yang dia buat bekas tunang saya jadi macam tu. Rupanya dia menggunakan bomoh siam untuk membalas dendam pada bekas tunang saya yang telah merosakkannya dulu. Perempaun itu berdendam. Dia menghantar sihir kepada bekas tunang saya. Lepas tu hidup saya semakin kacau. Saya jadi hilang akal.” Irene tunduk. Malu sebenarnya bila bercerita hal itu.

“Oh..” Danish menekup muka.

Irene pandang Danish yang sudah tunduk di sebelah Danial. Riak Danish seperti orang ketakutan dan penuh penyesalan.

“Maafkan saya...saya turut simpati pada awak. Jadi itu rupanya sebab mengapa awak jadi macam tu dulu..” Danial mengangguk-angguk faham. Kini segalanya sudah terjawab. Siasatannya dulu hanya sekerat jalan.

“Saya dengar awak suka juga tulis novel, saya tak kisah kalau awak nak ambil kisah saya untuk novel awak tu.” Irene mula senyum. Matanya melirik pada Danish. Itukah bakal suaminya nanti?

“Eh, mana ada. Saya wartawan biasa je dulu. Sekarang ni saya dah tak jadi wartawan dah. Saya sudah kerja di syarikat papa saya di Mutiara Damansara.” Danial melemparkan senyuman.

“Oh...” Irene turut membalsa senyuman Danial.

“Hmm...saya masuk ke dalam dulu. Awak berboraklah dengan calon suami awak ni.” Danial bimgkas bangun dan beri peluang kepada Danish dan Irene berbual di situ.

“Oh ya,nama awak Irene, awak kacukan ke?” Danial berpaling semula pada Irene. Teringat perbualannya dengan Johari dulu mengenai siapa Irene sebenarnya.

“Kenapa?” Irene menoleh dan mendongak ke arah Danial yang sudah berdiri.

“Tak adalah...saya tengok awak ni tak macam Melayu tulen.” Danial sengih.

“Hmm...mama saya orang Cina dan papa saya orang Melayu campur Belanda. Mungkin sebab tu kut saya ni tak macam Melayu sangat. Nama pun dah lain kan?” Irene turut sengih.

Danial senyum. Dia menapak masuk ke dalam rumah.

Danish dan Irene mula berborak dan berbual kisah hidup masing-masing. Dari hal belajar hinggalah kepada minat dan kehidupan masa kini.

“Awak.. sebenarnya saya bukan seorang lelaki yang baik seperti yang awak harapkan. Maaf, saya terpaksa berterus terang. Saya akan jujur dengan awak. Saya tak mahu nanti awak menyesal bernikah dengan saya. Kehidupan saya sebenarnya lebih kurang sama dengan bekas tunang awak tu.” Danish akhir mengaku di depan Irene.

Irene membuntang. Dia pandang Danish di sebelahnya. Ada riak sugul di wajah lelaki itu.

“Saya dulu seorang kaki perempuan dan juga suka minum. Saya tak hiraukan halal haram tetapi selepas kematian kawan saya seorang demi seorang saya mula terfikir, kehidupan yang saya lalui selama ini adalah mengikut kata nafsu semata-mata. Saya lupa pada kuasa Allah. Saya lupa segalanya. Alhamdulillah, saya ada seorang abang yang cukup memahami dan membawa saya kembali semula ke jalan Allah. Apa yang berlaku pada kawan rapat saya itu adalah satu peringatan buat saya sebenarnya.” Danish turut berterus terang.

“Alhamdulillah..” Irene mula senyum.

Danish menoleh. Nampaknya gadis itu tidak kisah semua itu. Dari riak gadis itu, jelas dia boleh menerimanya dengan hati terbuka.

“Awak tak menyesal nikah dengan saya jika kita ada jodoh?” Danish pandang Irene tidak berkelip.

Irene hanya geleng.

...bersambung

Bab akan datang:

Adakah ini bermakna Irene bersedia untuk dinikahi bersama Danish?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience