BAB 25

Horror & Thriller Completed 32488

“Bagus. Mulai minggu depan, Danial akan mula bekerja sepenuh masa di syarikat kita. Papa nak Danish dan Danial sama-sama mengendalikan kerja dan projek yang baharu kita dapat. Papa kekurangan pekerja yang mahir dalam bidang ni. Jadi, Danish kena bekerjasama dengan Danial nanti.” Datuk Lukman senyum lebar. Lega bila Danial setuju bekerja sepenuh masa di pejabat.

“Ya Danish. Abang akan mula kerja minggu depan. Jadi apa-apa yang abang perlu tahu, kau serahkan fail sahaja. Nanti abang periksa dokumen tu semua.” Danial mengiakan kata papa.

Danish lega. Bukan lega kerana Danial sudah mula bekerja di pejabat tetapi lega kerana bukan soal kes kematian misteri Razif dan Jefri. Dia sudah penat berdolak dalik.

“Tapi...macam mana dengan kerja abang tu? Wartawan tu?” Danish pula risau mengenai siasatan yang dia suruh Danial lakukan dulu terhadap nota yang diberi Zamrul.

“Oh..itu abang dah bagi surat resign tapi abang masih boleh jadi part timer kat sana jika diperlukan.” Danial sengih.

Danish mula lega. Bermakna siasatan itu masih berjalan.

Datuk Lukman mula minta diri untuk ke bilik. Danish hanya memerhati papa menapak naik ke tingkat atas. Bila kelibat papa sudah hilang dari pandangan, dia mula duduk di sebelah Danial.

“Bang..macam mana siasatan tu? Ada apa-apa perkembangan tak?” Muka Danish sudah serius.

“Abang masih siasat tapi abang rasa elok Zamrul tu berhati-hati. Kita tak tahu apa yang perempuan tu boleh buat. Abang rasa perempuan tu tahu gerak geri korang semua. Cuma satu yang abang masih tertanya-tanya. Kenapa kau dan kawan-kawan kau saja yang menjadi tumpuan perempuan tu?” Danial pandang Danish tidak berkelip.

“Ma..maksud abang?” Danish menelan liur.

“Kau jangan nak sorokkan apa-apa dari abang. Dulu lagi abang dan papa dah syak ada sesuatu yang tak kena. Jangan sampai nasi sudah menjadi bubur. Abang tak nak kau mati macam kawan kau yang lain tu. Sekarang ni dia target Zamrul. Lepas tu, mungkin kau atau Shuib. Cuba beritahu abang apa sebenarnya yang korang dah buat?” Danial masih tidak putus asa mengorek cerita sebenar dari Danish.

Danish diam seketika. Lemah bila timbul soal itu. Dia sudah berjanji dengan mereka yang lain. Rahsia itu tidak akan terbongkar dari mulut dia orang sendiri.

“Kalau kau masih diam macam ni, macam mana abang nak tolong?” Danial sudah mula putus asa.

Danish masih diam. Dia jadi serba salah.

“Kau tak kasihan ke kat Zamrul. Dia sudah terima nota ugut tu. Dan abang pasti tak lama lagi kau akan terima panggilan dari perempuan misteri itu yang mengatakan benda yang sama seperti apa yang berlaku pada Razif dan Jefri. Kau nak ke jadi macam tu??” Suara Danial sudah tegas.

Danish masih tunduk. Kalau dia ajak abangnya pergi jumpa bomoh, sudah tentu segala rahsianya selama ini akan terbongkar. Dan kalau dia ajak pula abangnya ke Kampung Keladi bersama, sudah tentu juga abangnya akan tahu siapa gadis itu dan apa yang terjadi pada gadis itu.

“Err..entahlah bang. Tak apalah..nanti saya fikirkan macam mana.” Danish mula bangun. Dia menapak lemah ke bilik.

Danial masih di ruang tamu. Sikap Danish tadi cukup membuatkan hatinya merasa geram. Danish seperti tidak mahu bekerjasama bila ditanya soal itu.

“Tak apa..aku akan tahu juga rahsia tu.” Danial pandnag ke tingkat atas. Dia juga mula bangun dan melangkah ke tingkat atas menuju ke biliknya. Sudah dua hari dia bermalam di rumah orang tuanya. Mulai minggu depan juga, dia terpaksa berpindah ke rumah ini atas arahan papa. Rumah pangsa miliknya di Sri Intan itu terpaksalah juga diberi sewa kepada orang lain.

Esok dia ada janjitemu dengan Irina. Sudah hampir sebulan dia tidak berjumpa dengan gadis itu. Mungkin novel yang dihasilkan oleh Irina sudah hampir siap. Bermakna dia boleh mula masuk meminang gadis putih kuning itu. Danial senyum lebar. Hilang rasa resah dan geramnya bila teringat gadis idamannya. Tadi semasa berbincang di runag tamu, ingin saja dia beritahu khabar itu pada papa tetapi dia sendiri masih belum pasti dengan Irina yang minta tangguh hanya kerana novel itu belum siap sepenuhnya. Ah! Alasan yang tak logik langsung pada fikirannya. Atau..mungkinkah Irina sudah ada lelaki lain yang lebih menarik danlebih kacak darinya??

Malam itu, mereka sekeluarga mula menikmati makan malam bersama. Papa dan mama asyik tersenyum dari tadi. Danial jeling Danish yang menguis-nguis nasi dari tadi. Mungkin tidak ada selera. Yalah, sudah dua orang kawan rapatnya meninggal. Matanya beralih pula pada mama dan papa.

...bersambung

Bab akan datang:

Apakah yang difikirkan Danish hingga kelihatan seperti tidak selera untuk makan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience