BAB 12

Horror & Thriller Completed 32488

“Danish!” Danial lihat Danish yang sudah terduduk di atas jalan tar menuju ke arah belakang kondo. Dia mula menyelit di celah orang ramai yang berkerumun di situ. Tangan Danish ditarik perlahan. Danish dilihat masih menekup muka, menangis dan meraung.

“Apa dah jadi?” Danial pandang pada beberapa orang yang bercakap sesama sendiri.

“Bang, ada orang bunuh diri. Tu! Nampaknya dia terjun dari tingkat sebelas.” Seorang lelaki yang memakai jaket hitam dan memegang topi keledar menuding ke arah seorang lelaki yang berlumuran darah yang sudah terbaring di atas jalan tar dan kemudian menuding pula ke arah bangunan.

Danial terbeliak melihat lelaki yang sudah tertiarap di situ berlumuran darah dengan kepalanya pecah. Tersembul otak keluar dari tempurung kepala. Tidak sanggup dia melihat lama-lama. Dia segera mendapatkan Danish yang sudah meraung di tepi kereta.

“Danish...itu ke kawan Danish...Jefri?” Danial cuba bertanya. Inginkan kepastian.

Danish hanya mengangguk lemah. Dia masih menangis di tepi kereta.

“Ya Allah...” Danial turut terkedu. Jadi apa yang diberitahu perempuan itu adalah benar belaka! Bermakna juga perempuan itu tahu semua kejadian itu akan berlaku.

Danial mula menenangkan Danish yang sudah hilang arah. Danish dilihat sudah lemah terduduk di situ. Dia pandang ke arah pondok pengawal. Sebuah kereta polis sudah mula sampai. Mungkin pengawal itu yang menghubungi pihak polis. Danial berpaling pula ke arah mayat Jefri yang masih tertiarap di atas jalan tar. Semakin ramai orang mengerumuni mayat Jefri.

Polis mula membuat tali rentang dan menghalang orang ramai dari mendekati mangsa. Danial tarik tangan Danish dan menyuruh Danish duduk dalam kereta sementara dia ke tempat mayat Jefri tadi. Sempat dia perkenalkan diri kepada pihak polis dan dia mula mengambil beberapa keping gambar tempat kejadian.

Malam itu juga mayat Jefri dibawa ke rumah mayat di hospital berdekatan. Beberapa orang di situ turut ditanya oleh pihak polis apa yang sebenarnyan berlaku. Danial mula menghampiri seseorang yang begitu beria menjawab soalan polis tadi.

“Err..maaf dik. Adik tahu ke apa yang berlaku sebenarnya?” Danial menghampiri lelaki itu.

“Abang ni siapa?” Lelaki itu seperti teragak-agak menjawab.

“Abang wartawan. Abang memang bekerjasama dengan pihak polis.” Danial tunjukkan kad kuasanya.

Lelaki itu angguk-angguk. Dia mula cerita apa yang dia lihat sebelum Jefri terdampar di atas jalan tar itu. Danial mula mencatat semua keterangan lelaki tadi. Sesekali keningnya berkerut mendengar penjelasan lelaki tadi.

“Terima kasih.” Danial mula berjabat dengan lelaki itu. Dia kembali ke kereta.

Danish dilihat masih sugul di dalam kereta. Dia mula menghidupkan enjin dan kereta dipandu perlahan meninggalkan kawasan kondominium itu. Keretanya membelok ke arah hospital.

“Kita nak ke mana ni?” Danish pandang keluar tingkap.

“Hospital.”

“Buat apa?” Danish jeling Danial yang sudah mula keluar dari kereta.

“Mayat Jefri tu dibawa ke sini. Kau tak nak tengok ke?” Danial berkerut kening.

“Abang...saya rasa saya tak sanggup melihat mayat dia. Really..please let’s go home..” Danish masih membatu di tepi kereta.

“Nevermind. Kalau kau tak nak pergi tengok, biar abang saja yang pergi. Kau tunggu je kat sini.” Danial menapak ke bilik mayat.

Danish masih di tepi kereta. Dia sebenarnya serba salah. Memang dia tidak sanggup melihat keadaan Jefri yang sudah pecah kepala. Tadi masa mula-mula dia tengok keadaan Jefri, dia sudah muntah. Terus kepala jadi pening. Dia terduduk di tepi kereta. Selepas itu, dia terus hubungi Danial.

Lama Danish menunggu Danial di situ. Mundar mandir di tepi kereta. Sesekali dia lihat jam di pergelangan tangan. Hampir satu pagi. Dia pandang sekeliling. Meremang bulu roma bila melihat kawasan di sekitar hospital itu sunyi dan sepi. Terasa angin bertiup agak kuat dari sebelah kiri. Danish menoleh. Pokok-pokok yang agak rendang di situ mula meliuk lentuk daun dan rantingnya bila ditiup angin. Bunyi cengkerik dan unggas yang datang dari arah pokok-pokok itu jelas di telinganya.

“Eii...seram pulak aku duduk sorang-sorang kat sini..” Danish segera menapak ke ruang legar di bahagian unit kecemasan. Di situ lampu sentiasa menyala. Agak cerah berbanding tempat lain.

Danish senyum sebaik melihat Danial sudah menapak keluar dari arah bilik mayat. Mereka berdua mula menaiki kereta semula.

DANIAL masih memerhati gambar yang diambil di kondominium dan juga di bilik mayat malam tadi. Tak sangka apa yang dikatakan oleh perempuan misteri yang menghubungi Danish itu adalah benar. Buntu memikirkan siapa perempuan itu sebenarnya. Malam tadi selepas pulang dari kondominium itu, Danish berkurung dalam bilik. Risau juga melihat keadaan Danish yang sudah lemah semangat.

...bersambung

Bab akan datang:

Siapakah perempuan misteri yang menghubungi Danish itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience