BAB 39

Horror & Thriller Completed 32488

Jangan difikirkan sangat semua tu. Yang pergi tetap pergi. Kita yang masih hidup ni mesti teruskan hidup. Janji tidak terkeluar dari landasan. Cuma papa hairan, rasanya semua yang meninggal tu kawan rapat Danish kan?” Datuk Lukman pandnag tepat ke mata danish.

Danish sudah menggelabah. Dia hanya angguk.

“Hmm....pelik. Seorang demi seorang kawan Danish meninggal. Macam ada sesuatu yang tak kena.” Datuk Lukman mengusap dagu.

Danish jeling Danial di sebelah papa. Dia beri isyarat supaya Danial tidak menceritakan apa-apa pada papa. Danial faham jelingan Danish.

“Oh ya! Mama pesan tadi, balik rumah awal sikit. Malam nanti ada tamu nak datang.” Datuk Lukman bingkas bangun.

“Siapa?” Danish dan Danial serentak bertanya. Mereka turut bangun.

“Bakal isteri Danish. Hari tu kan tak jadi mereka datang rumah kita. Jadi, malam nanti, mereka sekeluarga akan datang ke rumah kita untuk makan malam sekali. Danish dan Danial kena ada sekali. Jangan ke mana-mana pula malam nanti. Papa dah book korang berdua!” Datuk Lukman melemparkan senyuman lebar sebelum berlalu pergi dair bilik Danish.

“Oh ya satu lagi! Sekejap lagi ada mesyuarat dengan klien dari Jepun. Papa nak kamu berdua hadir sekali di bilik mesyuarat satu. Ingat! Tepat jam tiga petang! Jangan lambat!” Datuk Lukman berpaling semula sebelum melangakh keluar dari bilik Danish.

Danish dan Danial mengangguk serentak.

Danish henyak tubuh di kerusi semula. Fikirannya semakin serabut. Sudahlah dia pening dengan semua kejadian yang berlaku, sekarang ditambah lagi dengan soal calon isteri!

“Nampaknya kau dulu yang bernikah!” Danial usik kembarnya.

Danish hanya menjeling. Dia sudah pening. “Pasal hal tadi, kita sambung lain kali. Kepala saya dah pening.”

“Hmm..baiklah. Bila kita nak pergi ke Kampung Keladi tu?” Danial masih panndang danish yang sudah menekup muka.

“Hari Ahad ni.” Danish mendongak semula.

“Ok!” Danial mula minta diri untuk ke biliknya.

DATIN ZAHARAH tersenyum lebar melihat tetamu sudah pun sampai di laman rumah. Tetamu mula dijemput masuk. Dia menoleh pula ke arah anak-anak bujangnya yang masih melangut di sofa di ruang tamu.

“Jemputlah!” datin Zaharah tersenyum di muka pintu.

Datuk Lukman juga turut menyambut tetamu yang datang. Mereka semua duduk di sofa di ruang tamu berbual seketika sebelum ke ruang dapur.

“Apa khabar Datuk Firdaus? Sihat?” Datuk Lukman mulakan bicara.

“Alhamdulillah..sihat. Datuk pula?” Datuk Firdaus senyum.

“Alhamdulillah..terima kasih kerana sudi datang.” Datuk Lukman masih senyum. Matanya melirik pada isterinya di sebelah. Kemudian beralih pula pada kedua anak kembarnya.

“Kenalkan ni anak-anak bujang saya, Danial dan Danish.” Datuk Lukman mula kenalkan kedua anak bujangnya kepada Datuk Firdaus dan Datin Evelyn.

Danish dan Danial masih diam dan hanya mendengar kedua orang mereka berbual. Danial dari tadi tidak lepas memandang gadis manis yang bertudung lilit itu dengan blaus dan skirt kembang warna ungu. Sungguh cantik! Gadis itu hanya tunduk dari tadi. Lama wajah itu diperhatikan. Wajah itu mengingatkannya pada seorang gadis di kampusnya dulu.

Danish juga tidak lepas memandang gadis di sebelah kenalan mama itu. Matanya liar memandang segenap tubuh gadis itu. Memang sungguh menarik dan langsing. Dia mula menelan liur. Terasa naluri lelakinya mula bergetar. Cepat-cepat dia beristighfar. Dia sudah berjanji pada dirinya sendiri. Perkara itu tidak akan berlaku sebelum bernikah, sebelum gadis itu halal padanya.

“Oh ya, ni ke Irene?” Datin Zaharah mula bertanya pada Datin Evelyn.

“Ya..inilah anak gadis kami, Irene.” Datin Evelyn menyuruh anak gadisnya bersalam dengan datin Zaharah. Tangan mula berjabat.

Danial tercengang. Irene??

“Err..maafkan saya. Awak ni student sains di UM dulu kan?” Danial terus bertanya.

Irene terus mendongak. Matanya tepat memandang Danial. Membuntang! Dia menelan liur. Malu sebenarnya pada lelaki itu. Dia tahu lelaki itulah yang ingin mengetahui kisah hidupnya dulu yang penuh kepahitan sehingga dia menjadi hilang arah dan hilang pertimbangan ketika itu.

“Betul ke awak ni Irene?” Sekali lagi Danial mengulangi soalannya.

Datuk Firdaus dan Datin Evelyn masing-masing turut tercengang.

“Danial kenal ke anak kami?” Datin Evelyn mula bertanya. Danial dilihat seperti sudah kenal dengan anak gadisnya.

“Err...saya dulu student UM. Saya ada terlibat dalam penerbitan majalah di universiti. Kalau tak silap saya, saya pernah jumpa anak Datin dulu.” Danial senyum kelat. Dia juga tidak pasti adakah gadis di depannya kini adalah gadis yang sama. Nama mereka sudah sama!

“Ya..saya Irene, student sains di UM. Saya tahu awak yang jadi wartawan untuk majalah UNIK kan?” Akhirnya Irene bersuara.

Danial senyum. Jadi betullah apa yang dia sangka tadi. Gadis itu adalah gadis yang sama yang pernah dia temuramah dulu untuk majalah universiti. Akhirnya dia dapat berjumpa juga dengan gadis itu. Selama ini gadis itu masih menjadi misteri buatnya.

...bersambung

Bab akan datang:

Kemanakah selama ini Irene hilang?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience