BAB 44

Horror & Thriller Completed 32488

“Rumah ketiga dari sebelah kanan tu. Sebelah rumah yang sedang buat kenduri tu.” Jari Danish menuding ke arah rumah yang ditanya oleh Danial tadi.

Danial mengangguk. Mereka berdua mula keluar dari perut kereta. Masih tercegat di tepi kereta memerhati keadaan kampung di situ.

Danial senyum bila ternampak salah seorang penduduk di situ sudah tersenyum dan berjalan ke arah mereka.

“Encik berdua ni nak jumpa siapa? Rasanya bukan orang kampung ni kan?” Lelaki bersongkok dan berbaju melayu serta berkain pelikat itu mula menegur.

“Ya, kami baru sampai. Kami ingat nak jumpa ketua kampung di sini.” Danial berbahasa.

“Sayalah ketua kampung di sini. Ada apa nak jumpa saya?”

“Oh ya ke? Jadi pakcik ni ketua kampung di sini lah ya?” Danial mula senyum lebar.

Lelaki itu angguk.

“Err...siapa nama pakcik?”

“Saya Salahuddin Hassan. Orang sini panggil Tok Ketua. Anak ni siapa?”

“Saya Danial dan ini adik saya Danish.” Danial mula kenalkan diri. Ketua kampung tadi mula mengajak ke rumahnya.

“Jadi rumah ni rumah tok ketua la ya? Nak buat kenduri ke?” Danial jeling penduduk kampung yang sibuk mengupas bawang dan ada yang menyiang ikan dan daging.

“Ha’ah, anak perempuan tok nak bertunang esok. Eh, nanti jemputlah sekali. Tidur di rumah pakcik saja.” Tok Ketua mula mengajak kedua anak muda itu bermalam di rumahnya.

Danial jeling Danish.

“Err..tok, rumah sebelah ni ada orang lagi tak?” Danish mula bertanya perihal keluarga angkat Razif dulu.

“Kenapa?”

“Err...saja. Dulu kawan saya pernah jadi anak angkat keluarga tu. Masa program kemasyarakatan dulu.” Danish melempar senyuman kelat. Dalam hati hanya Allah yang tahu yang dia sekarang berdebar-debar.

“Program kemasyarakatan?” Tok Ketua berkerut kening.

“Ya....program tu dianjurkan oleh UUM. Pakcik ingat tak?” Danish pandang ketua kampung itu tak berkelip. Mengharapkan orang tua ingat semua itu.

“Oh ya! Tapi itu sudah empat tahun dulu. Kenapa?” Tanya Tok Ketua lagi.

“Err..sebenarnya kami datang ni nak jumpa mereka tu. Mereka ada kat rumah tak?” Danial pula mencelah.

Tok Ketua mula diam. Dia pandang Danial dan Danish silih berganti. Dia kemudian tunduk memikirkan apa yang telah terjadi.

“Kenapa tok?” Danish sudah mula gelisah. Riak Tok Ketua seolah ada satu perkara buruk telah berlaku di kampung itu dan juga berlaku pada keluarga angkat Razif.

“Sebenarnya mereka sekeluarga sudah lama berpindah. Tok pun tak tahu ke mana.” Tok Ketua mula berterus terang.

“Pindah? Kenapa mereka pindah tok?” Danish semakin resah. Harapannya hancur berkecai.

“Entahlah..mungkin sebab kejadian empat tahun dulu tu.” Tok Ketua menutur lemah.

Danish dan Danial tercengang. Danish jeling abangnya. Matanya beralih pula pada Tok Ketua tadi yang masih menundukkan wajah. Dia tidak berani bertanyakan hal itu lebih lanjut.

“Selepas kejadian tu, mereka mula menyisihkan diri dari penduduk kampung ni. Kami penduduk kampung ni tak pernah menganggap mereka hina atau memulaukan mereka. Kami sudah lama hidup sekampung. Jadi apa jua masalah yang menimpa kami cuba selesaikan bersama tetapi mereka nekad juga berpindah dari sini. Mereka malu selepas kejadian tu. Tentu Danish masih ingatkan? Kejadian tu berlaku semasa program kemsyarakatan tu. Anak gadis mereka diperkosa beramai-ramai di tepi sungai. Puas ayah budak tu tanya siapa yang punya angkara, budak tu hanya diam membisu. Sehinggalah berita mula tersebar di seluruh kampung. Mereka mula merasa malu dan tidak bergaul dengan penduduk kampung yang lain. Dua bulan kemudian, anak gadis mereka disahkan mengandung. Budak tu diseksa teruk oleh ayahnya. Lama kelamaan kerana tak sanggup menanggung malu, ayah dan mak budak tu bunuh diri. Budak perempuan tu pula melarikan diri dari kampung ni. Sebulan selepas budak perempuan tu pergi, abang dia balik dari Kuala Lumpur. Kami beritahu yang adiknya telah melarikan diri. Sejak itu rumah itu tinggal kosong.” Suara Tok Ketua lemah.

Danish terdiam. Dia menekup muka. Begitu terseksa hidup gadis itu selama ini.

Danial pula tercengang mendengar cerita dari Tok Ketua itu. Sudah jelas apa yang berlaku itu satu kerja jahat! Ibu bapa mana yang tidak malu dan marah bila anak gadis sendiri diperlakukan begitu di kampung sendiri.

“Tok tahu ke siapa yang buat semua tu? Maksud saya...yang perkosa budak perempuan tu?” Danial cuba mencari kepastian. Matanya melirik pada Danish yang sudah tunduk menekup muka. Dari cerita Danish tadi, dia sudah dapat mengagak, Danish dan kawan-kawannyalah yang bertanggungjawab atas semua tu!

...bersambung

Bab akan datang:

Adakah Danish akan mencari sedaya upaya gadis tersebut? Bagaimana mereka mahu mencari semula gaidis itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience