BAB 53

Horror & Thriller Completed 32488

Shuib gelisah. Tangkal hitam itu sudah tidak berfungsi lagi. Terasa lehernya dicekik dengan kuat. Keretanya mula hilang kawalan. Perempuan itu tadi mula mencakar dan cuba mencungkil matanya. Kali ini Shuib tidak dapat mengawal kereta sepenuhnya. Laju sahaja keretanya merempuah penghadang besi dan terus terjunam jatuh.

Danish terhenyak di kerusi. Berita yang baharu saja diterima tadi dari pihak polis cukup membuatkannya rasa gelisah dan tertanya-tanya. Dia pandang jam. Sembilan pagi. Dia segera menghantar teks mesej kepada Danial. Tadi Danial masih di dalam bilik mesyuarat.

Meja dikemaskan sedikit sebelum melangkah keluar dari bilik pejabatnya. Dia perlu ke hospital untuk pengecaman mayat. Panggilan dari pihak polis tadi menyuruhnya hadir di sebuah hospital.

“Danish! What’s wrong?” Danial muncul di muka pintu bilik pejabat Danish.

“Tadi saya terima panggilan telefon dari polis. Dia suruh saya ke hospital untuk pengecaman mayat. Katanya saya mungkin mengenali mangsa. Polis dapat nombor telefon saya dari telefon bimbit mangsa yang masih ada dalam poket baju mangsa.” Danish menjelaskan apa yang diterangkan oleh polis tadi.

“Mangsa? Siapa?” Danial berkerut kening.

Danish hanya menjongket bahu. Dia segera mengajak Danial menemaninya ke hospital. Mereka berdua mula menaiki kereta menuju ke hospital Kuala Lumpur.

Tiba di hospital, mereka meluru ke bilik mayat. Pihak polis sudah sedia menunggu di situ bersama beberapa orang lain.

“Err... encik saya Danish yang encik hubungi tadi.” Danish segera perkenalkan diri sebaik sampai di bilik mayat.

“Encik Danish Hakim Lukman?” Sekali lagi polis bermisai nipis itu bertanya untuk memastikan orang yang sama yang dihubunginya tadi.

Danish angguk.

Polis itu mengajak Danish masuk ke bilik mayat dan mengarahkan pekerja di situ membuka plastik hitam yang menutupi mangsa. Danial hanya jeling Danish yang masih terpinga-pinga dan tertanya-tanya. Mereka hanya mengikut pekerja tadi masuk ke sebuah bilik lain. Bilik yang menempatkan mangsa yang mati kemalangan kalau mengikut pada tulisan di pintu masuk tadi. Sebaik melangkah masuk, bau busuk mula menyucuk hidung.

“Siapa yang mati?” Sekali lagi Danial bertanya pada Danish. Berbisik ke telinga.

“Tak tahu..kita tengok dulu mayat tu.” Danish pandang pada mayat di depannya yang masih bertutup dengan plastik hitam.

Sebaik plastik itu diangkat dari mayat itu, Danish terus berpaling ke arah lain. Tidak sangup melihat keadaan mayat yang sudah hampir reput dengan ulat memenuhi setiap rongga mayat. Mata sudah tercabut. Wajah dan leher mangsa terdapat kesan dicalar dengan teruk. Di bahagian dada pula, terdapat kesan tusukan sesuatu yang agak tajam. Bau busuk semakin menusuk. Dia jeling Danial yang sudah menekup hidung. Polis tadi yang berdiri di sebelahnya pula turut menekup hidung. Matanya beralih pula pada mayat tadi.

“Encik kenal tak mangsa?” Polis bermisai nipis itu mula bertanya.

“Tak berapa kenal encik tapi kalau dari pakaiannya tu saya rasa saya kenal mangsa ni.” Danish perhatikan betul-betul baju dan seluar yang sudah koyak rabak. Baju kemeja T belang-belang warna coklat dan seluar jeans itu memang dipakai oleh Shuib dua hari lepas semasa dia berjumpa Shuib di sebuah restoran.

“Danish, siapa?” Bisik Danial lagi. Dia juga turut memerhati keadaan mayat yang sudah berulat dan badan mangsa banyak luka seperti luka ditusuk benda yang agak tajam.

“Ya Allah!”

Danial pantas menoleh ke arah Danish yang sudah pucat. Danish dilihat sudah menggigil.

“Encik kenal ke?” Polis tadi turut bertanya. Muka Danish dilihat sudah pucat lesi.

“Ya. Dia kawan saya, Shuib Zakaria. Bila encik jumpa mangsa ni?” Danish menelan liur berkali-kali. Air mata mula menitis di pipinya.

“Dua hari lepas di dalam gaung menuju ke kawasan taman perumahan di Taman Melawati. Kami mendapat aduan orang ramai yang lalu lalang di situ. Mereka tercium bau busuk. Bila pihak kami pergi ke sana, memang ada sebuah kereta terhumban ke dalam gaung tu. Pasukan penyelamat datang membawa naik kereta dan kami dapati mangsa sudah tercampak ke atas pokok buluh.” Terang polis itu setelah Danish mengatakan dia mengenali mangsa.

“Kau yakin ke?” Danial turut terkedu.

“Saya yakin bang. Baju inilah yang dipakai Shuib masa kali terakhir saya jumpa dia. Selepas kami berjumpa, dia ada ajak saya pergi ke kelab malam tapi saya menolak. Err..encik ada jumpa apa-apa tak pada mangsa, maksud saya barangan milik mangsa?” Danish pandang pula polis tadi yang mula mencatat keterangan yang diberikan oleh Danish.

“Ada.” Polis itu menunjukkan satu plastik cerah yang penuh dengan barang mangsa kepada Danish.

Danish meneliti barang milik Shuib. Terdapat telefon bimbit, jam tangan dan juga dompet.

...bersambung

Bab akan datang:

Apakah yang akan dilakukan Danish untuk mengelak daripada menjadi mangsa seterusnya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience