BAB 55

Horror & Thriller Completed 32488

“Entahlah bang. Saya sebenarnya yang minta tangguh. Saya rasa Irene tu terlalu sempurna untuk saya yang banyak dosa ni. Irene tu gadis yang baik. Dia layak memiliki lelaki yang jauh lebih baik dari saya.” Danish mula rasa serba salah. Sejak kali pertama bertemu Irene lagi, hatinya sudah berbelah bahagi.

“Danish, itulah jodoh namanya. Mungkin Allah nak beri jodoh macam tu supaya kau tu tak terus hanyut dalam dunia maksiat. Ada isteri yang baik menemani dan sama-sama mencari keredhaan Allah.”

Danish diam. Rasa seperti sudah terbalik. Sepatutnya seorang suami yang membimbing isteri tetapi dalam kehidupannya nanti bersama Irene, dia merasakan dirinya yang akan dibimbing Irene nanti.

“Oh ya bang, saya pernah terserempak dengan budak perempuan dari Kampung Keladi tu dulu. Saya jumpa dia dekat dengan pejabat kita, di tempat letak kereta. Tak sempat saya nak kejar, dia dah masuk ke dalam kereta masa tu.” Danish terpaksa ceritakan kejadian itu kepada Danial. Dia perlu berjumpa dengan perempuan itu juga!

“Ya? Betul ke atau hanya ilusi kau je?” Danial sengih.

“Betul la bang! Saya masih ingat sampai sekarang wajah dan lenggok dia berjalan! Memang itulah budak perempuan yang sama!” Danish berkata dengan penuh yakin.

“Hmm...maknanya dia tak jauh dari tempat ni.” Danial mengusap dagu.

Telefon Danial berdering kuat. Dia lihat di skrin telefon. Johari yang menghubunginya. Sudah agak lama dia tidak berjumpa kawan satu universiti dan satu kelas dulu.

Danish pula hanya memandang riak Danial yang sudah berlainan seperti ada sesuatu yang tidak kena.

“Kenapa bang?” Danish terus bertanya sebaik Danial selesai bersembang.

“Kawan abang..dia terlantar sakit di hospital. Sudah seminggu dia meracau. Tadi nurse yang telefon abang. Bila masa pula dia sakit? Kenapa baru sekarang dia nak bagi tahu? Hish!Dah seminggu kat hospital baharu nak beritahu semua tu” Danial mula bergegas keluar dari bilik Danish. Dia cepat-cepat bersiap.

TIBA di hospital, Danial bergegas pula ke wad lima yang menempatkan pesakit lelaki. Dia terus mencari katil nombor tiga. Perlahan dia menapak ke arah katil itu. Memang Johari sudah terlantar di atas katil seorang diri.

“Joe..kau kenapa ni? Kenapa kau tak beritahu aku yang kau sakit macam ni?” Danial mendekati Johari yang sudah lemah. Ada kesan lebam di seluruh badan Johari.

Johari pandang Danial dengan riak bersahaja. Dia mula mengukir senyum walaupun payah untuknya melemparkan senyuman itu.

“Danial..aku rasa aku tak lama hidup. Aku yang suruh nurse callkau tadi. Aku nak kau baca yasin untuk aku.” Perlahan Johari menutur. Tersekat-sekat.

“Apa yang kau cakap ni? Kau sakit apa?” Danial mula tidak mengerti. Kata-kata Johari tadi sudah terasa pelik. Selama ini Johari tidak pernah jatuh sakit apa lagi demam tapi Johari yang terbaring di atas katil sekarang ini sudah berlainan. Agak kurus dan lemah denga kesan lebam di seluruh badan.

“Aku nak beritahu kau sesuatu. Sebelum tu, aku nak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan segala makan dan minum aku selama kita berkawan dan maafkan aku jika selama ini aku ada menyakiti hati kau.” Suara Johari masih tersekat-sekat. Seolah ada sesuatu di dalam tenggoroknya.

“Tapi kenapa? Boleh tak kau jangan cakap yang bukan-bukan?” Danial pegang tangan Johari. Terasa sejuk.

“Aku kena beritahu kau juga hal ni. Boleh datang dekat dengan aku?” Johari suruh Danial dekat dengannya.

Sebaik Danial merapati Johari, Johari mula berbisik ke telinga Danial. Apa yang berlaku selama ini diluahkan kepada Danial.

Danial terkedu dan terpaku. Pengakuan Johari tadi cukup membuat jantungnya berdegup kuat. Terasa hendak luruh! Suara azan asar jelas kedengaran dari arah masjid berdekatan.

“Danial, tolong aku ke bilik air. Aku nak solat asar. Mungkin ini solat terakhir aku.” Pinta Johari kepada Danial yang masih terpinga-pinga.

Danial hanya mengangguk. Dia pegang Johari dan memapahnya ke bilik air. Selesai berwudhuk, Danial temankan Johari menunaikan solat asar bersama. Danial mula sebak mendengar rintihan Johari dalam doa yang begitu panjang. Usai berdoa, Johari dilihat menunaikan pula solat sunat.

“Danial, aku harap sangat kau tunaikan janji aku. Aku harap sangat, kau sudi ambil adik aku sebagai isteri kau yang sah dan jaga dia kerana dia tiada sesiapa lagi di dunia ni.” Sekali lagi Johari memohon pertolongan Danial.

“Dahlah.Sekarang ni kau kena fikir kesihatan kau tu. Dah, mari aku papah kau ke katil semula.” Danial senyum walaupun segala kata-kata Johari tadi cukup membuatnya terkesima.

...bersambung

Bab akan datang:

Adakah Danial akan meneruskan niatnya untuk berkahwin dengan Irina?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience