BAB 38

Horror & Thriller Completed 32488

Danish terkejut. Jadi memang benar apa yang dilihat pada malam itu. Bukan hanya ilusi. Danial juga turut melihat kepulan asap itu pada malam kejadian itu. Dia mula resah. Bermakna apa yang disangka selama ini ternyata benar belaka.

“Abang...saya nak ajak abang ke Kampung Keladi esok. Saya dah tak ada masa..” Dengan pandangan sayu, Danish pandang abangnya di depan yang sudah tunduk.

“Kampung Keladi? Kat mana?” Danial mendongak.

“Hulu Perak. Apa yang berlaku semua ni ada kaitan dengan tempat tu. Saya perlu ke sana secepat mungkin. Tolong saya..” Sekali lagi Danish mengharapkan bantuan abang kembarnya.

“Boleh tapi sebelum tu, beritahu abang apa sebenarnya yang telah berlaku?”Danial memandang tajam ke arah danish. Dari dulu dia nak tahu rahsia yang disimpan selama ini oleh Danish dan kawan-kawannya yang lain.

Danish meraup muka. Dia sandar di kerusi. Sebuah keluhan panjang dilepaskan seketika. Matanya kembali menatap Danial yang masih tidak mengalih dari memandanganya.

“Abang tahu kan kehidupan saya dulu macam mana. Semuanya bermula semasa di kampus. Kami berlima memang rapat walaupun berlainan bidang kursus. Kami tinggal satu kolej. Segala aktiviti kolej dan universiti seboleh mungkin kami akan join bersama. Kami lepak bersama dan berseronok bersama. You know what I mean. Ada satu program yang dianjurkan pihak kolej. Masa tu kami di tahun dua pengajian. Program tu memerlukan pelajar menetap dan diberi keluarga angkat di Kampung Keladi. Progam kemasyarakatan tu diadakan selama dua minggu di sana. Jadi kami mendapat keluarga angkat masing-masing. Dalam ramai pelajar itu, kami berlima mendapat perhatian terutama Razif. Razif selalu mendapat pujian dan penghormatan dari penduduk kampung sebab Razif cukup pakej, kacak, bijak, kaya dan bakal doktor. Kebetulan keluarga angkat Razif mempunyai seorang anak gadis yang cantik. Masa tu gadis itu bercuti sebulan di kampungnya. Jadi dia ada semasa progam kemasyarakatan tu. Keluarga angkat Razif cukup suka pada Razif. Jadi Razif dibenarkan berkawan dengan anak gadis mereka. Di hujung kampung tu ada sebuah sungai dan air terjun. Setiap petang kami berlima akan mandi situ dan Razif pula suka ajak gadis itu mandi bersama walaupun kadang-kadang gadis tu tak ikut. Dua hari sebelum program tamat, Razif sekali lagi mengajak gadis itu mandi di sungai. Kami yang lain turut sama mandi di sungai tu buat kali terakhir. Dan pada hari itulah segalanya berlaku.” Danish terhenti kata-katanya. Tak sanggup dia meneruskan kata-kata seterusnya.

“Apa yang berlaku?” Danial pula penasaran.

“Razif...dia..dia..”

“Wah! Bincang apa ni? Serius nampak?”

Serentak Danish dan Danial berpaling ke arah pintu. Papa sudah tersenyum di situ. Danish pandang pula Danial yang juga sudah berubah riak.

“Psss..papa dengar ke tadi?” Bisik Danish pada Danial.

Danial jongket bahu.

Datuk Lukman menapak mendekati kedua anak bujang kembarnya yang rancak berbual. Dia turut melabuhkan punggung di sebelah Danial.

“Rancak berbual? Boleh kongsi dengan papa?” Datuk Lukman senyum lebar. Gembira melihat Danial sudah mula bekerja di syarikat itu. Sudah lama dia ingin melihat kedua anak bujangnya membantunya menguruskan semua projek yang dikendalikan oleh syarikatnya.

“Err..borak biasa je papa. Papa dari mana ni?” Danial cepat-cepat menjawab. Dia jeling Danish yang sudah menggelabah.

“Papa baru habis jumpa klien tadi. Kita dah dapat projek besar tau!” Bangga Datuk Lukman memberitahu berita gembira itu kepada anak-anaknya.

“Ya? Apa dia papa?” Danial mula ceria. Dia senyum lebar.

Danish pula masih diam. Benaknya masih memikirkan apa yang dikatakannya tadi. Bimbang papa mendengar setiap apa yang diluahkan sebentar tadi kepada Danial.

“Kita dapat projek pembinaan jambatan di Kuala Selangor.” Datuk Lukman tersenyum lebar.

Danial turut senyum. Matanya melirik pada Danish yang masih diam dari tadi. Tentu Danish masih memikirkan hal tadi. Belum sempat Danish menghabiskan ceritanya, papa sudah terpacak di muka pintu. Tentu terbantut mood mamat tu!

“Hmm.. papa gembira bila tengok anak-anak papa sudah bekerjasama di pejabat ni. Selama ni Danish seorang saja yang menguruskan projek ni semua. Jadi papa nak Danish dan Danial sama-sama menguruskan semua projek terutama projek yang besar. Kalau tak cukup orang, beritahu papa. Kita boleh hire orang lagi.” Datuk Lukman tepuk bahu Danial di sebelahnya.

“InsyaAllah papa. Kami akan buat yang terbaik untuk syarikat ni.” Danial senyum. Sekali lagi matanya melirik pada Danish.

“Danish macam mana? Dah okey?” Datuk Lukman pandang Danish yang dari tadi masih diam membisu.

“ Err..maksud papa?” Danish berkerut kening.

“Dah okey ke emosi tu? Papa dengar tiap malam Danish mengigau?

...bersambung

Bab akan datang:

Apakah yang telah dilakukan oleh Razif terhadap gadis itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience