BAB 46

Horror & Thriller Completed 32488

Razif panggil gadis itu mendekatinya. Kami lihat Razif dan gadis tu begitu enak menjamu selera dan kemudian mandi bersama. Kami teruskan mandi. Leka mandi kami tak sedar, Razif dan gadis itu sudah tiada. Melilau kami mencari. Jefri laung panggil nama Razif. Selepas tu kami dengar gadis tu menjerit kuat dari celah batu tu. Jefri bergegas ke arah suara gadis tu menjerit. Dia kemudian datang semula ke tempat kami mandi. Dia bisik ke telinga Zamrul dan Shuib. Mereka bertiga mula ketawa. Saya hairan. Tak faham. Bila saya tanya kenapa gadis tu menjerit,Jefri kata tak ada apa-apa. Saya meneruskan mandi di situ tanpa hiraukan mereka yang masih ketawa. Lepas tu saya perasan seorang demi seorang pergi ke tempat tu. Balik je ke dalam air, muka masing-masing tersenyum lebar. Saya tanya Razif, dia bisik ke telinga saya. Saya terkejut dan saya beri amaran padanya kerana saya tahu di kawasan macam ni tak boleh buat sesuka hati. Tambah lagi kampung yang jauh di pedalaman macam ni. Mereka tak hiraukan amaran saya. Mereka tetap melakukannya bergilir-gilir.” Danish terhenti seketika.

“Habis tu kau pun turut sama buat kerja terkutuk tu?” Danial mula geram. Geram mendengar certia dari Danish yang begitu tega melakukan perkara terkutuk itu pada seorang gadis lemah.

“Saya rasa tak sedap hati. Saya pergi ke tempat batu besar tu juga. Tiba di situ, saya lihat budak perempuan tu sedang meronta-ronta ingin lepaskan diri walaupun masa tu Jefri begitu rakus merogol budak perempuan tu. Rayuan dan rontaan perempuan tu langsung tidak dihiraukan. Yang lain pula hanya ketawa melihat perlakuan Jefri. Mereka berempat bergilir-gilir merogol budak perempuan tu. Saya terkedu. Perempuan tu ditampar dan ditendang bila dia cuba ingin lepaskan diri. Saya tak sanggup melihat. Bila saya buka mata, dia sudah pengsan. Saya pandang pula Razif, Jefri, Zamrul dan Shuib. Mereka masih ketawa. Mula tu saya juga nak merasa tubuh budak perempuan tu bila acapkali diajak Razif. Siapa yang tak naik nafsu bila melihat tubuh bogel di depan mata tapi saya masih teragak-agak. Saya lihat sekeliling. Hari semakin gelap. Saya jadi takut. Razif dan mereka yang lain sudah beredar dari situ dan mandi semula. Saya mula dekat dengan budak perempuan tu dan..” Kata-kata Danish terhenti bila nama mereka dipanggil Tok Ketua yang sudah berdiri di tepi sungai untuk makan tengahari.

“Err...kita sambung lain kali. Tok ketua dah panggil tu.” Danish bingkas bangun.

Danial turut mengikut Danish menghampiri Tok Ketua dan sama-sama berjalan menuju ke rumah lelaki itu semula.

Tengahari itu mereka berdua terpaksa makan tengahari di rumah Tok Ketua. Usai menjamu selera, mereka berjemaah zuhur di masjid berdekatan. Danial dan Danish mula menolong orang kampung menjayakan majlis kenduri pertunangan anak Tok Ketua. Di sebleah malam pula, mereka berdua sibuk pula membantu orang kampung mengacau gulai kawah dan mengambil kayu api di dalam stor di belakang rumah Tok ketua. Malam itu mereka berdua bermalam di rumah Tok Ketua.

Pagi esoknya, usai majlis pertunangan, Danish dan Danial mula minta diri untuk pulang. Banyak bekalan yang diberi kepada mereka untuk dibawa pulang. Jagung, pisang, nangka semua ada. Kalau boleh semua buah nak diberikan kepada mereka.

“Danish, abang tengok penduduk Kampung Keladi tu baik-baik belaka. Ramah dan tak sombong.” Danial jeling Danish di sebelah yang melemparkan pandangannya ke luar tingkap. Keretanya dipandu perlahan meninggalkan Kampung Keladi menuju ke jalan besar semula.

Danish masih diam. Fikirannya masih pada budak perempuan itu yang sudah menghilangkan diri dari kampung itu.

“Abang cakap dengan hantu ke apa?” Danial jeling lagi. Dari tadi lagi Danish hanya diam membisu.

“Abang, saya tak sedap hati la. Perempuan tu dah hilang. Macam mana saya nak minta maaf?” Danish mula berpaling ke arah Danial yang sedang memandu kereta.

“Hmm..memang payah. Kita pun tak tahu nak cari kat mana lagi perempuan tu. Entah hidup entah mati. Benda tu dah empat tahun berlalu. Berdoalah pada Allah agar dipermudahkan niat kita. Sekarang ni kita balik KL dulu. Esok dah kerja.” Danial senyum.

Danish diam semula. Benaknya masih sarat dengan perempuan malang itu. Masih terbayang bagaimana gadis itu mula tersedar dari pengsan ketika dia mendekati tubuh perempuan itu yang terbaring tanpa seurat benang. Perempuan itu menjerit-jerit macam kena histeria. Masa itulah perempuan itu dipeluk untuk mententeramkan dia dari menjerit, melolong dan meraung di situ. Baju yang dipakainya ditanggalkan dan dia menutup tubuh perempuan itu. Entah kenapa, perempuan itu merangkul tubuhnya semakin erat. Bagai tak nak dilepaskan. Perempuan itu merelakan tubuhnya disentuh. Berkali dia menolak tapi perempuan itu seperti ingin dirinya disentuh. Serba salah masa tu.

...bersambung

Bab akan datang:

Bagaimanakah kehidupan perempuan itu sekarang? Dapatkan Danish menebus kesilapan kawan-kawannya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience