BAB 19

Horror & Thriller Completed 32488

“Rina.. kita dah kenal hampir setahun. Abang rasa, tiba masanya abang masuk meminang. Macam mana?” Danial mula serius. Dia tidak sanggup kehilangan gadis manis itu dan tidak mahu gadis itu terlepas ke tangan orang lain.

“Meminang? Cepatnya? Kan kita baharu je kenal. Rina pun tak kenal lagi keluarga abang. “ Irina berjalan beriring dengan Danial. Matanya melirik pada barangan yang dijual di deretan kedai di pusat beli belah itu..

“Abang bukan apa...tak elok kita macam ni selalu. Kalau dah nikah nanti, nak keluar macam ni selalu pun dah halal untuk kita. Tak ada orang mengata.” Danial memujuk.

“Berilah Rina masa dulu bang. Rina nak siapkan novel Rina dulu. Lepas tu, kita nikah. Deal?” Irina melemparkan senyuman manja.

“Bila novel tu nak siap?”

“Sekarang ni Rina tengah kumpul bahan cerita. Setakat ni dah hampir separuh novel tu siap. Rasanya dalam sebulan dua lagi siaplah. Abang tunggu je la..” Irina buat-buat manja.

Danial sengih. Haih...ni yang lemah ni bila Irina bermanja macam tu. Lemah bila berhadapan dengan sikap perempuan yang merengek manja begitu. Terpaksalah mengalah. Ikut sahaja rentak gadis itu. Alah, sebulan dua lagi bukannya lama. Pejam celik je!

“Selain dari abang, mana Rina dapat bahan semua tu?” Danial mula ubah topik.

“Adalah! Kawan Rina kan ramai! Ada yang ada pengalaman sendiri. Jadi, Rina ambillah sedikit. Cedok sana, cedok sini.” Riak Irina sudah mula teruja bila menyentuh soal novel terbaharunya.

Danial mengangguk-angguk.

“Oh ya, pasal kes doktor muda dulu tu, Rina ada masukkan juga babak tu dalam novel Rina dan pasal kes bunuh diri akauntan tu pun, Rina ada masukkan sekali.” Irina berkata selamba. Dia memang teruja bila mendapat tahu kes itu. Itu semua menjadi inspirasi dan cabaran untuknya mengarang novel bergenre thriller misteri.

“Ya?” Danial pantas memandang Irina yang sudah tersenyum lebar.

Irina hanya mengangguk.

“Hmm...boleh abang baca?”

“Mana boleh! Nanti tak ada surprise la!” Irina cubit lengan danial.

“Abang bukan apa...mana tahu Rina tambah macam-macam nanti. Macam benda mistik ke sebab kematian mereka tu kan masih menjadi tanda tanya! Rina ada buat cerita penyelesaiannnya ke?” Danial mula berminat. Sebelum ini dia tidak ambil kisah langsung mengenai novel karya Irina, apalagi novel cinta. Memang tak pernah nak ambil tahu, membaca atau membeli. Malah nama pena gadis itu pun dia tidak pernah ambil tahu. Baginya itu kerjaya Irina dan dia hanya menyokong dari belakang.

“Mana boleh beritahu! Kan surprise!” Irina masih berdegil tidak mahu mendedahkan jalan cerita novelnya.

Danial senyum hambar. Serius pulak minah ni!

Puas merayap di pusat beli belah itu, mereka berdua mula pulang ke rumah dengan kereta masing-masing. Memang selama berkawan, mereka tidak pernah berkongsi kereta. Irina lebih senang memandu sendiri ke tempat yang dijanjikan. Itu kehendak Irina sendiri. Kadang-kadang Danial terfikir juga dengan sikap Irina yang jauh berbeza dengan gadis lain. Jika dah ada hubungan seperti itu, selalunya perempuan suka dijemput dan dihantar oleh kekasih hati tetapi Irina pula lain.

Dua minggu berlalu,malam itu, usai solat Isyak, Danial mula menyambung meneliti gambar yang diambil di rumah usang dulu. Nota yang diterima dibaca lagi. Nota itu dibandingkan pula dengan nota yang diterima oleh Johari.

“Hairan... gaya bahasa seakan sama tetapi motif macam lain. Nota aku ni, macam pembunuhan tu dah berlaku tapi nota Joe pula..akan berlaku. Siapa agaknya dia ni?” Berkerut kening Danial memikirkan semua itu.

Semuanya dirasakan masih menjadi tanda tanya. Ikutkan hati dia tak nak percaya pada maklumat dalam nota yang entah dari siapa tetapi maklumat dari orang sama juga diterima dahulu dan maklumat itu ternyata benar. Pembunuhan doktor muda itu dan akauntan itu adalah benar-benar berlaku. Itu juga yang diberitahu oleh danish. Panggilan dari perempuan itu yang membuatkan Danish gementar dan gelisah. Dan sekarang ini dia menjadi tempat rujukan polis untuk mengetahui kes pembunuhan seperti itu. Aduh! Pening bila memikirkan apa yang berlaku dalam hidupnya. Minatnya pada bidang penyiasatan ini sudah menjadi semakin rumit. Sehingga ke hari ini, nota yang diterima tidak pernah diberitahu kepada sesiapa kecuali Johari. Semalam, Johari pula menerima nota seperti itu.

Danial belek pula album yang menyimpan keratan akhbar kematian Doktor Razif dan akauntan, Jefri yang telah mati dibunuh secara misteri dan kedua-duanya merupakan sahabat baik Danish. Sampai saat ini, masih tiada jalan penyudahnya. Pihak polis pula masih tidak menemui sebarang petunjuk siapa pembunuh sebenar Dr. Razif dan Jefri.

...bersambung

Bab akan datang:

Bagaimana cara untuk Danial menyiasat pemberi maklumat misteri itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience