BAB 7

Horror & Thriller Completed 32488

“Ada apa abang datang ni?” Danish pandang wajah abangnya yang sudah serius.

“Abang nak tanya sikit. Kenapa tak beritahu abang yang kau kenal Dr. Razif tu?” Suara Danial sudah tegas.

“Maksud abang?” Danish pura-pura tidak faham.

“Siapa Dr. Razif tu pada kau sebenarnya?”

Danish mula berubah riak. Jemarinya dimain-mainkan seketika.

“Jawab! Siapa Dr. Razif tu?” Suara Danial semakin tinggi.

“Dia..dia kawan satu universiti dulu dengan saya...” Danish mula berterus terang. Takut bila ditengking abang kembarnya.

“Jadi selama ni kau memang kenal dengan Dr. Razif tu? Sebab tulah kau ada kat klinik Dr. Razif masa malam kejadian tu?” Danial inginkan kepastian dari Danish.

Danish hanya mengangguk. Tidak berani menatap muka Danial yang sudah menyinga.

Danial pula sudah bingung. Apa yang disiasat selama ini ternyata benar. Kematian Dr. Razif ada kaitan dengan Danish dan kawan-kawannya yang lain.

“Tiga orang lagi tu, kenal juga dengan Dr. Razif?”

Danish angguk lagi.

Danial menekup muka. Kali ini dia yakin, Danish dan kawan-kawannya akan menjadi mangsa seterusnya. Jelas dari nota yang diterima dulu dan nota yang dijumpai di tempat kejadian adalah dari orang yang sama yang ingin membalas dendam.

“Kau tahu tak, semua tu adalah kerana nak balas dendam!” Danial mengetap bibir.

Pantas Danish mendongak dan berpaling ke arah Danial. Mukanya sudah berkerut melihat riak Danial. Mana abang aku tahu? Atau..dia sudah tahu rahsia tu???

“Kenapa diam?”

“Err...apa maksud abang?” Danish menelan liur. Dalam hatinya mengharapkan abangnya tidak tahu pasal rahsia yang disimpan kukuh selama ini.

“Abang pergi jumpa keluarga Dr. Razif semalam. Abang kena buat siasatan untuk bahan berita sebab abang rasa kematian Razif tu sangat pelik. Mustahil seorang yang berpelajaran tinggi macam Dr. Razif tu ingin merobek perutnya sendiri dengan gunting! Jadi abang syak mesti ada pembunuh yang masih bersembunyi di luar sana. Atau mungkin juga Razif dirasuk atau dipukau. Tak mustahil itu semua. Dan apa yang abang sangka itu memang benar.” Danial pandang Danish yang masih memandangnya dari tadi.

“Apa yang benar?”

“Keluarga Dr. Razif tidak puas hati dengan siasatan kematian anaknya. Mereka mula mencari alternatif lain. Mereka berjumpa seorang ustaz yang juga pengamal perubatan tradisional. Menurut ustaz tu, memang benar Razif dirasuk ketika dia menikam perutnya sendiri. Ustaz tu pergi sendiri ke klinik Razif. Dari situ dia dapat merasa, ada satu bayangan yang datang menghampiri Razif dan menyuruh Razif membunuh diri. Razif cuba menghalang tangannya sendiri dari merodok perutnya tapi kuasa bayangan tu lebih kuat menolak tangan Razif ke arah perut.” Danial mula bercerita apa yang diberitahu oleh ayah Razif.

Danish mula ketawa. Gila! Memang betul-betul tak masuk akal!

“Kenapa ketawa?”

“Abang percaya semua tu? Semua tu bull shit!! Mana ada benda mistik zaman moden sekarang ni bang! I don’t believe it! It’s so ridiculous!!” Danish ketawa lagi.

“Wait!Abang belum habis lagi! Bayangan yang datang ke arah Razif tu adalah bayangan seorang perempuan yang ingin membalas dendam!” Danial menambah.

Danish terdiam. Perempuan nak balas dendam?? Dia menelan liur berkali-kali. Tak mungkin perempuan tu!

“Kenapa diam?” Danial mula merasa ada sesuatu yang tidak kena dengan Danish dan kawan-kawannya. Ada sesuatu yang disorokkan selama ini.

“Err..tak..tak ada apa. Cuma pelik, takkan semudah itu ayah Razif dan abang boleh percaya benda karut macam tu?” Danish sengaja berkata macam itu. Sebenarnya dia juga mula merasa sesuatu yang tak kena pada kematian Razif. Tiada bukti yang Razif dibunuh!

“Terpulang! Dalam quran pun ada menyebut jin dan syaitan ni! Sekarang ni itulah cara yang paling halus yang digunakan untuk membalas dendam atau mengkhianati orang. Guna bomoh dan ilmu sihir. Kau kena ingat, ilmu sihir sudah wujud di zaman nabi Musa a.s lagi!” Danial geleng. Memang dia tahu sejak kecil Danish tidak suka dan mudah percaya pada benda-benda mistik macam itu.

“Ni..bila kau nak berubah? Abang tengok kau ni dah semakin liat nak solat. Don’t tell me that you drink!” Danial sudah menyinga.

“Hish! Mana ada!” Danish jeling Danial. Menyibuk saja dia ni! Memang selama ini dia cuai dalam hal agama. Masa di universiti dulu pun, minuman setanitu sudah jadi macam air sejuk. Apalagi perkara haram yang lain.

“Kau jangan Danish! Mama dan papa dah bagi kita ilmu agama. Kau tak ingat ke kita pernah belajar di sekolah pondok dulu?” Danial semakin menyinga bila melihat riak Danish yang hanya selamba sahaja tadi.

Danish hanya senyum. Entahlah hatinya mula menjadi keras sejak mula-mula belajar meneguk minuman setan itu bersama kawan-kawannya yang lain.

...bersambung

Bab akan datang:

Siapakah bayangan perempuan yang ingin membalas dendam itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience