BAB 15

Horror & Thriller Completed 32488

Sejak keluar dari universiti mereka berdua jarang berjumpa. Dulu mereka mengambil kursus yang sama, kejuruteraan elektik. Joe pula aktif dalam sukan dan ko kurikulum yang lain termasuk ROTU yang melayakkan Joe digelar Leftenan Muda Johari Osman. Begitu bangga ibu dan ayah Joe waktu itu. Namun Joe lebih berminat menjadi seorang jurutera projek di sebuah syarikat ternama di ibu kota. Selayaknya Joe memegang jawatan itu setelah berhempas pulas belajar dan bersengkang mata semata-mata untuk mendapat gred yang tinggi. Kini Joe boleh berbangga dengan jawatan sebagai jurutera projek yang sudahpun bergelar Ir. Johari Osman!

“Macam mana kerja kau?” Danial mula bertanya soal kerja.

“Ok je, sekarang ni aku kena handle projek besar di Hulu Langat. Jadi, aku sibuk sikit. Selalunya masa gini aku sibuk di tapak projek tapi disebabkan aku nak jumpa kau, aku tolak tepi dulu kerja aku tu!” Joe teguk teh tarik yang masih berasap. Dia melemparkan senyuman lebar.

Danial turut sengih. Dia mengangguk-angguk.

“Kau macam mana?” Johari sandar di kerusi. Sempat dia jeling ke arah pelayan restoran. Mi goreng yang dipesan tadi masih belum tiba.

“Aku macam nilah. Kerja macam aku ni tak tentu masa. Aku kena cari bahan berita untuk diterbitkan. Kerja ni bukan mudah. Silap haribulan, aku boleh terjebak dalam dunia jenayah.” Danial ketawa seketika.

“Kenapa kau minat sangat nak jadi wartawan?” Johari betulkan duduknya di kerusi.

Danial diam seketika. Dia teguk kopi o panas perlahan-lahan. Apa yang ditanya oleh Joe tadi memang sukar untuknya menjawab. Sepatutnya dia bekerja sebagai jurutera sama seperti Joe kerana bidang itu yang diambil dulu semasa di universiti. Setelah habis saja belajar, dia mencuba nasib memohon kerja sebagai wartawan di sebuah syarikat komunikasi dan media masssa. Alhamdulillah, dia diterima dan ditawarkan sebagai wartawan sementara di bahagian jenayah.

“Entahlah... kau kan tahu yang aku dulu suka buat kerja siasatan ni. Masa di universiti dulu pun, sudah banyak aku sumbangkan karya aku hasil dari siasatan dan gambar yang aku dapat untuk majalah UNIK universiti kita dulu. Tak sangka pula, dengan pengalaman sedikit tu, aku diterima juga sebagai wartawan ni.” Danial senyum bila mengingati kehidupan di kampusnya dulu. Ke hulu ke hilir dengan kamera dan sebuah nota kecil yang sentiasa ada di dalam poket. Jadi, apa sahaja yang berlaku di sekitarnya akan dirakam dan ditulis. Segalanya cukup terperinci!

Johari anguk-anguk. Dia memang tahu itu minat Danial sejak di universiti lagi.

“Kau sepatutnya jadi polis la Danial!” Johari menambah lagi. Dia sudah ketawa mengekek.

“Entahlah..agaknya aku ni suka benda siasat ni. Kau ingat tak masa kita di tahun tiga, kita siasat kes siswi yang gila tu!” Danial sengih.

“Siswi gila?” Johari berkerut kening.

“Alah..student sains yang kusut masai rambutnya tu! Dia kan jadi sasau sekejap selepas habis je exam semester akhir tu.” Danial cuba mengingatkan Danial.

“Oh...aku ingat. Student sains yang pakai baju kurung berkedut seribu tu! Masa tu aku tolong kau siasat budak tu! Hmm...dia buat apa sekarang ni eik? Dah okey ke dia?” Johari angguk-angguk.

“Entah. Mungkin dah kerja kut. Apa yang aku dengar, walaupun dia macam tu tapi dia lulus exam semester akhir.” Danial turut senyum. Dulu dia tak pernah tahu kewujudan gadis itu di kampus. Tambah lagi gadis itu berlainan fakulti. Ambil bidang yang berlainan dengannya. Dia kenal pun atas sebab nak kena siasat dan buat liputan tentang gadis itu untuk disiarkan dalam majalah UNIK. Masa itu, sudah heboh satu kampus mengenai kisah gadis itu yang menjadi gila tiba-tiba. Kecoh pula bila gadis itu muncul di dewan kuliah dengan rambut menggerbang dan baju tak semenggah.

“Hmm..baguslah macam tu. Mungkin masa dia gila sekejap tu, dia diserang histeria. Yalah..masa exam akhir kan selalunya tension sikit!” Johari pula cuba mengingati kisah gadis itu yang menurut cerita kawan-kawan sekelas gadis itu, gadis itu tiba-tiba kena serang histeria tetapi dari cerita sebenarnya, gadis itu dikhianati dan ditinggalkan tunang. Masa dia dan Danial menyiasat hal itu, keadaan gadis itu sudah teruk. Muka sentiasa berconteng sana sini. Rambut mengerbang macam rambut afro! Baju pula tidak pernah bertukar. Gadis itu tidak kisah apa orang sekeliling kata padanya Dia lebih suka buat hal sendiri dan yang paling tak sangka, gadis itu berjaya menamatkan pengajiannya. Itu yang paling dia hormat pada gadis itu.

“Kau masih ingat nama dia?” Danial pandang Johari yang sudah mengelamun panjang,.

“Hmm...apa tak ingatnya. Nama dia Irene kan?” Johari sengih lagi.

...bersambung

Bab akan datang:

Adakah Danial akan memberitahu Joe apa yang sedang disiasatnya sekarang?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience