BAB 33

Horror & Thriller Completed 32488

Tiba di balai polis, Danish dan Danial mula memberi keterangan apa yang telah berlaku tadi dari awal mereka tiba sehinggalah mereka menapak masuk ke bilik utama rumah itu.

“Keterangan encik berdua ni kami akan jadikan bahan bukti nanti. Kalau ada apa-apa yang kami perlu tahu, kami akan panggil lagi. Jangan ke mana-mana.” Seorang anggota polis yang mengambil keterangan Danish dan danial tadi mula berpesan.

“Err..boleh tak kami tengok jenazah kawan kami di bilik mayat?” Danial minta izin.

Anggota polis itu mengangguk. “Tapi sekejap saja kerana kes ni masih dalam siasatan.”

Danish dan Danial mula minta diri. Sepanjang perjalanan ke hospital, mereka berdua hanya diam membisu. Hanya suara dari corong radio sahaja yang memenuhi ruang dalam kereta. Masing-masing dengan telahan sendiri.

Danial jeling Danish di sebelah yang masih sebak dan sugul. Dia mengalihkan pandangannya ke arah jalan depan semula. Otak ligat memikirkan kematian Zamrul tadi. Suara menjerit yang begitu kuat dari bilik Zamrul begitu nyaring dan menakutkan. Sebelum menapak masuk ke bilik Zamrul tadi, dia terasa ada sesuatu yang menerpa pipinya. Terasa seperti angin lembut dihembus ke pipi. Dia melihat ke arah angin yang menerpa tadi yang datang dari tingkap ruang tamu. Ada kepulan asap menghala keluar dari rumah Zamrul. Dia jeling Danish yang masih tunduk. Pandangannya beralih lagi ke arah depan jalan. Bingung dengan semua yang terjadi malam itu. Kematian Zamrul juga seperti Razif dan Jefri. Penuh misteri dan mistik. Kepulan asap itu yang membuatnya percaya pada semua itu. Bau kemenyan yang memenuhi rumah Zamrul itu juga adalah tanda semua itu ada kaitan dengan perkara mistik. Dia perlu desak Dansih untuk menceritakan apa yang sebenarnya berlaku.

Keretanya membelok masuk ke arah hospital yang tidak jauh dari balai polis. Setelah kereta diparkir di tempat letak kereta, Danial dan danish mula menapak ke bilik mayat. Danish pula tidak sanggup melihat jenazah Zamrul.

“Kau nak ikut ke tak?” Danial sudah geram.

“Abang pergilah. Saya tunggu di sini saja.” Danish duduk di bangku depan ruang masuk menghala ke bilik mayat. Lampu jalan yang terang menerangi segenap ruang di situ.

Danial mengangguk faham. Dulu pun Danish tidak mengikutnya melihat jenazah Jefri. Dia melangkah masuk ke bilik mayat. Ada seorang sahaja pekerja di situ.

“Saya kawan si mati. Boleh saya tengok buat kali terakhir?” Danial bertanya pekerja di situ yang sudah memakai apron plastik warna putih.

Pekerja itu hanya mengangguk. Dia segera tarik salah satu kabinet yang menempatkan mayat. Mayat itu ditarik keluar. Danial menapak perlahan ke arah jenazah Zamrul. Dia beranikan diri melihat keadaan jenazah Zamrul. Sempat dia jeling pekerja hospital tadi yang juga turut berpaling ke arah lain. Mungkin lelaki itu juga tidak sanggup melihat keadaan jenazah Zamrul yang sungguh mengerikan. Danial masih memerhati jenazah Zamrul. Dia segera mengambil beberapa keping gambar. Kamera memang sentiasa dibawa ke mana-mana pun.

“Err..encik ni wartawan ke?”

Danial menoleh. Dia senyum. “Tak..dulu saya pernah kerja sebagai wartawan.”

Lelaki itu anguk-angguk.

Danial masih memerhati keadaan jenazah Zamrul. Mata Zamrul tersembul keluar. Leher pula ada kesan kena cekik. Ada kesan lubang di leher Zamrul. Mungkin ditusuk dengan benda tajam. Muka Zamrul pula sudah jauh berubah. Tidak ada rupa Zamrul yang asal kerana penuh dengan kesan cakar yang agak dalam sehingga keluar isi dan kulit memang tersiat-siat. Lidah terjelir keluar sehingga ke dada. Memang jelas Zamrul dicekik dan dicakar! Danial mengucap panjang. Dia mula menghadiahkan al Fatihah untuk arwah.

Sebelum keluar dari bilik mayat itu, lelaki itu sempat beritahu Danial sesuatu. Danial mula berkerut kening.

“Ni.. saya jumpa ni dalam poket seluar si mati.” Lelaki itu menghulurkan sekeping nota kepada Danial.

Danial mula membelek dan membaca apa yang tertulis di atas kertas sekeping itu yang sudah berlipat. Keningnya berkerut lagi. Ayat yang tertulis di dalam nota itu yang menyebabkan dia begitu tergamam. Dia segera minta diri dan keluar dari bilik mayat.

Danial menghampiri Danish yang masih menunggunya di bangku di luar bilik mayat tadi. Dia turut melabuhkan punggung di sebelah Danish yang masih tunduk.

“Danish...kita balik. Dah pukul dua pagi ni..” Danial mendongak ke langit. Tiada satu bintang pun di atas sana. Angin malam yang sejuk begitu terasa. Dia pandang sekeliling. Suasana di situ begitu sunyi sepi.

“Saya takut..mungkin lepas ni giliran saya..” Danish menekup muka.

“Sudahlah..mari, kita balik dulu..” Danial sekali lagi papah tubuh Danish yang sudah lemah dan longlai.

Mereka mula meninggalkan kawasan hospital menuju ke rumah mereka semula.

...bersambung

Bab akan datang:

Adakah Danish juga akan dipukau dan akhirnya dibunuh?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience