BAB 24

Horror & Thriller Completed 32488

“Aku teringat masa kita pergi kampung Keladi dulu tu. Tadikan kau tanya pasal gadis tu..” Zamrul jeling Danish yang masih bersandar malas di sofa.

“Oh...yang kau senyum tu kenapa?” Danish mula sengih.

“Aku teringat kisah cinta kilat Razif dengan gadis tu. Danish..kau rasa gadis tu kenal lagi tak kat kita?” Zamrul mula gelisah bila teringat kejadian di tepi sungai di kampung Keladi dulu.

“Entahlah...itukan dah empat tahun dulu. Tak mungkin dia kenal kita dan jumpa kita.” Danish cuba sedapkan hati sendri. Dia juga sebenarnya bimbang jika gadis itu mula menuntut bela.

“Salah kita juga Danish..kita ikut sangat nafsu masa tu.” Zamrul sekali lagi menekup muka. Masih terbayang gadis itu merayu-rayu minta dilepaskan.

“Kau jangan buat menyesal pula Rul. Benda dah jadi. Siapa yang tak naik nafsu kalau dia mandi dengan baju nipis macam tu, dah tu, Razif yang mulakan dulu. Mentang-mentanglah perempuan tu makwe celup dia..” Danish sengih lagi.

“Bro, aku serius ni. Kau tak terfikir ke yang satu hari nanti dia akan menuntut bela?” Zamrul mula mendongak.

“Maksud kau?”

“Yalah..kau tengok. Razif dan Jefri sudah mati. Kau tak rasa ke kematian mereka tu macam lebih kurang sama. Dirasuk dan dipukau dan kemudian bunuh diri. Aku tak rasa mereka tu nak bunuh diri sebab tekanan kerja!Tak logik langsung! Seminggu sebelum Razif meninggal, aku ada jumpa dia. Dia mengaku yang dia bahagia dengan kerjaya dia tu dan dia ada beritahu aku tentang hal pertunangannya.”

“Bertunang?” Danish terkejut.

Zamrul angguk.

“Dia sebenarnya dah nak bertunang. Gadis tu pula pilihan orang tuanya. Dia setuju sahaja. Tapi seminggu selepas tu, aku dapat berita yang dia bunuh diri. Dan alasan bunuh diri tu, sebab tekanan kerja. Aku tak percaya! Mesti ada sebab lain. Nota yang polis jumpa tu, mungkin itu satu klu untuk beritahu yang Razif tu jadi mangsa bunuh sebenarnya.” Zamrul tak puas hati. Segala siasatan polis mengenaikematian Razif dulu dirasakan tidak menyeluruh dan tidak lama kemudian kes itu ditutup. Sama juga dengan kes Jefri, kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh diri. Padahal sudah jelas nota yang dijumpaidalam poket baju Jefri itu berbaur dendam.” Suara Zamrul mula berubah tona. Dia mula geram dengan apa yang telah terjadi.

“Kalau betulperempuan tu nak menuntut bela atau dendam kat kita, kenapa baru sekarang? Kenapa dulu dia tak tunaikan dendamnya tu? Sudah empat tahun beb!” Danish pandang Zamrul tidak berkelip. Kenyataan Zamrul tentang kematian Razif dan Jefri tadi sedikit sebanyak menganggu fikirannya, Memang benar, masih ada yang belum selesai.

“Macam nilah. Apa kata kita biarkan dulu perkara ni. Kita tunggu berita dari abang aku dulu. Lepas tu, kita cari jalan sendiri. Kita siasat sendiri hal ni. Macam mana?” Danish mula menyusul cadangan.

Zamrul mengangguk setuju. Dia mula minta diri.

Danish pula menyambung kerjanya semula. Dia perlu siapkan kerjanya hari itu juga. Tadi sebelum dia melangkah masuk ke bilik pejabatanya semula, papa sudah berpesan kepadanya. Dia perlu pulang awal ke rumah.

*****

KERETA BMW diparkir di halaman rumah. Danish jeling kereta Mercedes hitam milik ayahnya yang sudah tersadai di garaj. Dia pandang pula kereta Toyota kelabu milik abangnya turut tersadai di sebelah Mercedes hitam itu.

Danish melangkah malas ke ruang tamu. Entah apa yang mereka akan tanya lagi nanti. Walau ditengking sekalipun, dia tidak akan membuka rahsia itu. Itu rahsia yang terpaksa disimpan dan mereka berlima sudah berjanji tidak akan membuka rahsia itu sewenangnya demi keselamatan masing-masing. Namun rahsia itu jugalah yang menjadi punca kematian Razif dan Jefri. Mungkin kerana rahsia itu juga menyebabkan kehidupan mereka mula menjadi kucar kacir.

Langkah Danish terhenti sebaik terpandang wajah papa dan abang yang sudah sedia menunggunya di set sofa di ruang tamu yang luas itu. Dia menyambung langkah dan duduk di depan abang dan papa.

“Ada apa suruh Danish balik awal?” Danish bersandar malas di sofa.

Datuk Lukman hanya melihat tingkah danish yang sudah hambar lagaknya. Seolah tiada apa yang pelik berlaku sebelum ini. Padahal sudah dua orang kawan rapatnya meninggal dalam jangka masa tidak sampai dua bulan.

“Kerja yang papa suruh buat tu dah siap?” Datuk Lukman mulakan mukadimah urusan kerja.

Danish menjeling. Apa hal papa aku ni? Soal kerja pula ditanya masa di rumah. Mana peraturan yang dia buat dulu? Soal kerja tidak boleh dibawa ke rumah dan soal rumah tidak boleh dibawa ke tempat kerja!

“Dah..” Danish jawab juga. Malas nak bertekak.

...bersambung

Bab akan datang:

Mengapakah tiba-tiba Datuk Lukman bertanyakan urusan kerja terhadap Danish?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience