BAB 56

Horror & Thriller Completed 32488

Balik dari hospital, Danial berehat di dalam bilik. Dia merebahkan tubuhnya atas katil. Mata menala ke siling. Berat rasanya untuk dia menerima semua perkhabaran itu. Johari tiba-tiba jatuh sakit. Sakit yang sukar diubati. Sempat dia bertanya kepada doktor yang merawat Johari. Doktor juga tidak dapat mengesan jenis penyakit yang dihidapi Johari. Dari pengakuan Johari itu tadi, mungkin itu juga kesan dari tindakannya yang menggunakan kuasa mistik untuk membalas dendam. Apa yang menjadi persoalannya, nasib Danish. Tadi, Johari tidak memberitahunya apa-apa tentang Danish.

“Tak sangka kau Joe. Kau rupanya yang punya angkara.” Danial kesal atas apa yang berlaku. Tidak pernah terlintas di fikirannya semua itu adalah angkara Johari, kawan baiknya sendiri. Dari pengakuan Johari tadi, jelas riak Johari tadi dia sangat berdendam dengan semua perogol adiknya.

“Jadi rupanya selama ini adik Joe yang menjadi mangsa rogol tu. Yang mana satu adik dia. Haih..macam mana ni? Aku dah ada Irina. Apa yang harus aku buat?” Danial mula pening kepala. Dia seluk poket seluar. Sekeping sampul surat dibuka perlahan. Tadi sempat Johari memberinya sampul itu kepadanya. Menurut Johari, semua maklumat berkenaan adiknya ada di dalam sampul itu.

Perlahan Danial buka sampul yang diberikan oleh Johari tadi. Sepucuk surat dengan dua halaman itu dibaca perlahan-lahan. Tanpa sedar, air matanya mengalir laju ke pipi. Apa yang tertulis dalam surat itu jelas menerangkan kejadian itu.

“Abang....kenapa ni?” Danish mendekati Danial yang sudah tunduk dan menangis di birai katil. Dia capai surat yang sudah jatuh ke atas lantai.

Surat itu dibaca perlahan. Danish terkedu. Membuntang membaca setiap bait ayat yang terkandung di dalam surat itu.

“Abang, apa semua ni? Mana abang dapat surat ni?” Danish tunjuk surat itu kepada abangnya.

Danial masih menangis di birai katil. Rasa sebaknya semakin sarat. Semuanya sudah bercampur-baur. Dia tidak dapat menutur kata-kata.

“Siapa Izara Rina?” Sekali lagi Danish bertanya.

Danial pantas mendongak. Takkan Danish tak kenal? Mencerlung dia melihat riak Danish yang seolah-olah tidak mengenali siapa Izara Rina! Dia mengetap bibir.

Sekali lagi telefonnya berdering kuat. Danial menjawab malas.

“Innalillahi wainna ilaihi raajiun”

“Abang,siapa meninggal?”Danish pegang bahu Danial yang sudah kelihatan terkejut.

Danial bingkas bangun. Dia capai kunci kereta dan bergegas turun ke laman menuju ke keretanya. Danish yang dari tadi masih terpinga-pinga hanya mampu melihat tingkah Danial.

Tiba di hospital, Danial bergegas ke wad lima. Langkahnya terhenti seketika. Tubuh Johari sudah ditutup dengan kain putih. Langkah Danial sudah lemah. Dia mendekati katil Johari. Kelihatan dua orang jururawat sedang mengemas dan mencabut tiub yang disambung ke badan Johari.

“Err..ni encik Danial ke?” Tanya seorang jururawat sebaik melihat Danial menapak ke katil Johari.

“Ya, saya Danial kawan Johari.” Suara Danial sudah lemah.

“Sila tandatangan di borang ni ya encik. Selepas selesai mandi dan dikafankan, encik nak kebumi di mana?” Jururawat tadi mula bertanya.

“Err..mungkin di tanah perkuburan Kampung Baru.” Danial sudah serba salah. Dia juga tidak pasti di mana sepatutnya jenazah arwah Johari dikebumikan.

Jururawat itu mula menyorong jenazah Johari ke bilik mayat untuk dimandi dan dikapankan.

Danial hanya mengikut mereka ke bilik mayat. Dia masih bingung dengan semua yang berlaku. Selesai urusan di bilik mayat, Danial dan beberapa orang lain mula menunaikan solat jenazah. Jenazah kemudian dibawa ke kawasan perkuburan di Kampung Baru. Selesai talkin dibaca, Danial masih berteleku di tepi kubur arwah Johari dan sedekahkan yasin dan al fatihah untuk arwah Johari.

Dari jauh, seorang gadis sedang memerhati Danial yang masih berteleku di tepi kubur Johari. Air matanya tumpah laju melihat Danial begitu tekun membaca ayat-ayat Quran untuk arwah Johari. Perasaan sebaknya tidak dapat dibendung lagi. Berderai laju titis jernih membasahi pipi.

“Maafkan aku. Aku tak layak untuk kau. Aku tak boleh tunaikan janji abang aku.”

Keretanya dipandu perlahan meninggalkan kawasan tanah perkuburan. Dia meninggalkan kawasan itu dengan membawa hati yang lara. Tidak sanggup menghadapi semua itu. Tadi dia sempat bertemu abangnya di hospital sebelum abangnya menghembuskan nafas terakhir. Dia sengaja suruh jururawat itu yang menelefon Danial.

Seminggu berlalu. Danial masih tidak berjumpa dengan adik arwah Johari. Puas dia mencari gadis yang dimaksudkan oleh Johari. Alamat yang diberikan oleh Johari semasa dia melawat Johari di hospital dulu, sudah tidak ada lagi.

“Mana aku nak cari dia ni?” Danial garu kepala. Dia perlu berjumpa dengan adik arwah Johari dan menjelaskan segalanya pada gadis itu. Dia tidak mungkin mengahwini adik arwah Johari sedangkan hatinya masih pada Irina.

...bersambung

Bab akan datang:

Dimanakah adik Johari? Dapatkah Danial menemuinya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience