BAB 40

Horror & Thriller Completed 32488

“Oh..dah kenal rupanya. Tak payahlah kenalkan lagi.” Datuk Firdaus pula mencelah.

“Err..Datuk, sebenarnya adik saya yang nak dikenalkan dengan Irene ni. Bukan saya.” Pantas sahaja Danial menidakkan kata-kata Datuk Firdaus. Dia jeling Danish yang hanya tunduk dari tadi.

“Oh ya? Jadi Danial sudah ada calon?” Datin Evelyn pula menyampuk. Seingatnya Datin Zaharah ingin kenalkan anak sulong mereka kepada Irene.

Danial sengih. Dia jeling lagi Danish di sebelahnya. Dari tadi Danish hanya tunduk. Sedikitpun tidak menghiraukan tetamu yang datang.

Danish masih diam. Dia hanya mendengar perbualan mereka yang lain. Nampaknya kenalan mama sudah salah faham. Ah! Biarlah! Aku sekarang ni sedang pening memikirkan kejadian yang menimpa kawan rapatnya yang seorang demi seorang meninggal. Otaknya berselirat dengan semua itu.

“Sebenarnya kami nak kenalkan dengan anak kedua kami, Danish.” Datin Zaharah juga turut menjelaskan keadaan sebenar.

“Oh...dua-dua handsome! Kembar ke?” Datin Evelyn pandang Danish dan Danial silih berganti.

“Ha’ah! Kembar, Danial abang dan Danish adik. Kembar tak seiras!” Datuk Lukman pula menjawab.

“Eh, borak saja ni. Sila ke dapur. Hidangan dah sedia tu!” Datin Zaharah mula menjemput semua yang ada di situ untuk menikmati makan malam bersama.

USAI menjamu selera, Danial mula menghampiri Irene yang mengambil angin di beranda luar rumah di tepi kolam ikan. Danish hanya mengikut rentak danial. Dia tahu, Danial sudah ada kekasih hati. Mungkin Danial ingin mencungkil rahsia gadis itu. Rahsia yang tidak diketahui dulu semasa di univerisit bila siasatan Danial hanay separuh jalan. Danial selalu bercerita apa jua yang berlaku di kampus dulu. Tidak seperti dirinya yang banyak berahsia dengan Danial. Itu semua kerana sikap dan perangainya yang buruk.

Danial melabuhkan punggung sebelah Irene yang sudah duduk bersimpuh di tepi kolam ikan. Danish pula hanya berdiri di tepi kolam sambil memerhati tingkah Danial dan Irene.

“Maaf..tadi saya tanya macam tu.” Danial memulakan bicara.

“Tak apa..saya faham apa yang awak fikir. Awak tentu ingat saya ni gila kan?” Irene masih melemparkan pandangannya pada ikan di dalam kolam.

Pantas Danish berpaling. Tadi dia masih merenung ikan-ikan berenang di dalam kolam yang agak besar itu.

“Bukan macam tu. Cuma masa tu saya curious. Macam mana awak boleh jadi macam tu..itu saja..saya pun tak paksa awak masa tu. Awak sendiri yang ingin cerita pada saya tapi sayang hanya separuh jalan. Lepas exam akhir awak terus hilang dari kampus tu.” Danial mula putarkan kembali kenangan di kampus dulu.

“Ya..saya menghilangkan diri kerana saya tahu saya akan dihina kalau terus menyambung pelajaran di situ. Lepas exam akhir saya sambung belajar di UK sampai master. Saya tenang di sana..” Irene mula berterus terang.

“Kalau tak keberatan, boleh saya tahu kenapa awak jadi macam tu?” Danial masih ingin mengorek rahsia Irene.

Irene melepaskan keluhan seketika. Dia menarik nafas. Matanya masih melekat pada ikan-ikan yang seronok berenang di dalam kolam. Sesekali dia mendongak melihat Danish yang masih berdiri di sebelah Danial. Memang kacak! Cukup maskulin! Matanya beralih pada Danial. Lelaki itu juga tidak kurang hebatnya. Gaya seakan sama dan rupa juga ada iras sedikit walaupun dilahirkan kembar. Cuma sikap dan perangai saja dia belum tahu.

“Sebenarnya...masa tu saya baru putus tunang. Saya sudah bertunang selama dua tahun. Dia lelaki pertama dalam hidup saya. Kami bercinta sudah lama. Tiba-tiba tunang saya ingin putus tunang. Saya jadi bingung sekejap. Tidak ada apa-apa angin yang datang tiba-tiba dia nakminta putus. Saya desak dia apa salah saya. Dia mengaku yang dia tak sesuai dengan saya. Dia sudah rosakkan ramai perempuan.” Irene terhenti seketika. Dia menarik nafas sedalamnya.

Danish sekali lagi pantas menoleh. Dia menelan liur. Kalau sebab itu bekas tunang Irene ingin minta putus, bermakna aku lagi tidak layak untuk gadis itu!

“Itu saya tak kisah lagi. Allah maha penyayang dan maha menerima taubat tapi apa yang saya tak boleh terima dia meninggal dalam keadaan yang cukup mengaibkan.” Irene menyambung bicara. Air mata yang mula mengalir disapu perlahan.

Danial hanya tunduk. Telinganya masih menadah mendengar luahan hati gadis yang pernah dikatakan sasau dulu. Danish pula mula duduk di sebelah Danial dan memandang wajah gadis itu yang sudah sugul. Seolah apa yang dialami gadis itu sungguh berat untuk dipikul.

“Maksud awak?” Danish mula bertanya.

...bersambung

Siapakah kekasih Irene yang mati dalam keadaan aib itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience