BAB 3

Horror & Thriller Completed 32488

Sekali lagi mereka yang ada situ terdiam. Jefri pandang Danish tidak berkelip. Shuib pula sudah berkerut kening mendengar kata-kata Danish. Dia tidak percaya.

“Danish..kau cakap baik sikit. Razif tu kawan kita. Sejak di tahun satu lagi kita berkawan rapat. Takkan benda macam ni pun kau nak bawa bergurau?” Shuib pula bersuara.

Danish sudah dapat meneka. Tentu mereka semua tidak percaya kata-katanya. Memang masa terima panggilan dari perempuan itu tadi pun, dia tidak percaya kata-kata perempuan itu tetapi setelah perempuan itu memberitahu secara terperinci bagaiaman rupa dan keadaan Razif dan di mana klinik Razif, jelas perempuan itu tahu semuanya tentang Razif!

“Baiklah.Cuba kau call nombor Razif.” Danish suruh Zamrul menghubungi Razif.

Zamrul mula mendail nombor Razif. Tidak berjawab. Sekali lagi dia dail nombor doktor muda itu. Juga tidak berjawab.

“Kan? Selalunya dia tak macam ni.” Danish mula meraup muka.

“Mungkin dia sibuk dengan patient ke, atau dia dalam bilik air ke. Kau ni percaya sangat kat perempuan gila tu! Siapa dia tu? Kau kenal ke sampai kau percaya kata-kata dia?” Jefri pula menyampuk.

Danish diam. Dia pun sudah bingung. Kopi ais diteguk perlahan. Dia sudah buntu memikirkan panggilan tadi. Memang dia sendiri tak ingin percaya.

“Eh, cuba kau tengok tu!” Shuib tuding ke arah kaca tv di depan restoran dekat dengan meja kaunter bayaran.

Berita kematian seorang doktor muda di sebuah klinik dengan kesan tikaman bertubi-tubi di bahagian perut dengan memggunakan gunting bedah disiarkan dalamberita terkini. Masing-masing terdiam. Mereka saling berpandangan sesama sendiri. Mata mereka beralih lagi ke arah kaca tv, jelas dalam berita itu nama mangsa adalah Dr. Razif Sulaiman.

“Sekarang korang dah percaya?” Danish pulangkan paku buah keras. Dia semakin gelisah. Apa yang dikatakan oleh perempuan itu ternyata benar!

Senyap. Masing-masing sudah mula serius. Danish perhatikan setiap wajah di depannya. Masing-masing sudah mula pucat. Gelisah dan serba tidak kena. Jelas di wajah mereka ada rasa takut. Kematian Razif yang disiarkan dalam berita di kaca tv tadi sudah terang mengesahkan apa yang dikatakannya tadi. Bermakna perempuan yang membuat panggilan tadi tidak berbohong. Apa yang menjadi persoalan sekarang ini, siapa perempuan itu dan bagaimana dia tahu nombor telefon Danish!

“Macam mana sekarang?” Danish pandang seorang demi seorang.

Mereka masih diam membisu. Tiada sepatah kata pun keluar dari mulut mereka. Danish masih menunggu kata-kata dari setiap bibir lelaki yang pernah digelar ‘geng macho’ suatu ketika dulu semasa di alam universiti dulu.

“Guys! Aku tanya! Now what??” Danish sudah geram. Mulut asing-masing seperti sudah dijahit! Diam seribu bahasa!

“Nak buat apa lagi? Bukan boleh hidupkan semula Razif tu!” Jefri mula menjawab.

“ Eh, kau sedar tak, Razif tu kawan baik kita tau tak! Kematian dia tu ada kaitan dengan kita semua! Kau faham tak??” Danish mengetap bibir. Rasa nak bagi pelempang sebiji ke muka Jefri.

“Sudahlah! Dari buang masa bertengkar kat sini, baik kta ke klinik Razif. Kita tengok sendiri apa yang telah terjadi.” Usul Zamrul yang juga sudah buntu dengan kejadian itu.

Mereka berempat menghabiskan minuman masing-masing sebelum bertolak ke Taman Tun Dr. Ismail.

Tiba di klinik Razif, sudah ramai yang mengerumun di luar klinik. Pihak polis juga sudah lama sampai di situ, siap dengan tali rentang polis yang berwarna kuning. Danish dan kawan-kawannya mula mendekati pintu cermin klinik.

“Err..encik, siapa yang meninggal?” Danish cuba bertanya salah seorang yang berdiri di situ. Terjenguk-jenguk ke arah dalam klinik.

“Doktor Razif. Kasihan..dengar cerita doktor tu bunuh diri!”

Danish berpaling ke arah Zamrul yang turut tercengang dengan apa yang berlaku. Shuib dan Jefri pula masih diam membatu di belakang Zamrul. Seketika kemudian, mayat Razif dibawa keluar yang sudah ditutup dengan plastik hitam. Pihak polis melarang memasuki klinik itu yang sudah ditutup dan dikunci. Jelas Danish melihat keadaan di sepanjang koridor menuju ke bilik rawatan itu dipenuhi dengan darah. Di lantai dan di dinding. Habis darah memercik di sana sini.

“Eh, adik buat apa kat sini?”

Danish menoleh. Dia senyum hambar. “Oh..abang, abang pun buat liputan kat sini ke?”

Danial angguk. “Adik buat apa kat sini?”

“Tak..tadi tengok orang ramai berkerumun kat sini. Kami datang la sini, nak tengok apa ke bendanya..” Sekali lagi Danish senyum kelat. Cuba berbohong.

“Kami?” Danial berkerut kening.

“Adik datang dengan kawan-kawan ni ha..”

“Baik balik. Kawasan ni dah jadi kes polis. Abang datang ni pun sebab abang dibenarkan buat liputan kat sini.” Danial belek kamera canon kepunyaannya. Sempat dia merakamkan beberapa foto tempat kejadian di klinik Razif tadi.

...bersambung

Bab akan datang:

Mengapa Danish berasa gelisah?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience