BAB 34

Horror & Thriller Completed 32488

Malam itu, Danish tidak lena tidur. Kejadian yang dilihat di rumah Zamrul tadi cukup membuatkannya ketakutan dan insaf. Segala apa yang berlaku tadi berputar semula di benak. Tadi semasa dia menerjah bilik utama, Zamrul masih bernyawa. Sempat dia menangkap kata-kata Zamrul yang ingin memberitahunya sesuatu. Lemah suara Zamrul menutur bicara. Tersekat-sekat. Membuntang mendengar kata-kata Zamrul.

“Ah! Aku tak percaya semua tu!!” Danish menjerit kuat. Bantal dibaling ke lantai.

Dia menekup muka ke lutut. Terasa hidupnya sudah kucar kacir. Dengan kematian Zamrul, bermakna tinggal dia dan Shuib sahaja lagi. Terasa gilirannya dan Shuib akan berlaku tidak lama lagi. Jika benar apa yang dikatakan oleh Zamrul tadi, bermakna dia perlu cari gadis itu. Dia perlu cepat sebelum apa-apa berlaku kepadanya dan Shuib!

“Tidak!!!” Sekali lagi Danish baling bantal ke lantai. Selimut pula ditolak kuat ke tepi.

“Danish! Kenapa ni?”

Danish masih menekup muka. Air matanya mengalir laju ke pipi. Danial dilihat sudah menerpa ke arahnya. Mungkin jeritannya tadi sungguh kuat sehingga danial di bilik sebelah mendengar jeritannya tadi.

Danial segera memeluk Danish yang sudah hilang arah. Dia cuba menenangkan danish.

“Sudahlah..ambil wudhuk. Solat..lepas tu tidur. Dah pukul tiga pagi ni. Esok kita bincang dan cari jalan penyelesaian.” Danial memujuk danish yang sudah teresak-esak. Habis bantal dan selimut bersepah di atas lantai.

SEAWAL tujuh pagi, usai solat subuh Danish sudah berada di ruang tamu. Malam tadi dia tidak boleh tidur langsung. Serabut memikirkan kejadian di rumah Zamrul. Kepalanya disandarkan di sofa. Muka mendongak melihat siling putih. Putaran hidupnya sudah dirasakan seperti dalam cerita I know What You Did Last Summer. Segala kejadian di Kampung Keladi itu mula berputar di ruang mata satu persatu. Kegembiraan mereka berlima mengikuti program kemasyarakatan telah membawa padah! Semua itu gara-gara Razif yang memulakan semuanya. Dan dia ketika itu hanya melihat tanpa buat apa-apa. Di tepi sungai itulah segalanya bermula. Dari hanya suka-suka bertukar kepada kejadian yang tidak disangka olehnya. Tidak sangka Razif sanggup bertindak sejauh itu terhadap gadis itu. Gadis naif yang tidak tahu apa-apa. Apalah kudrat gadis itu untuk melepaskan diri bila diperlakukan begitu.

“Awal bangun hari ni?”

Danish berpaling. Danial sudah melabuhkan punggung di sebelahnya. Dia hanya melemparkan senyuman hambar.

“Dah sarapan?” Sekali lagi Danial bertanya.

“Belum..”

Danial turut bersandar kepalanya di sofa, sebiji gayanya seperti Danish. Mata menala ke siling. Dia jeling Danish di sebelah yang asyik memerhati siling putih di ruang tamu. Mungkin di benak Danish masih memikirkan kisah malam tadi. Kematian tragis seorang sahabat yang sama-sama mengharungi zaman belajar dan masih bersahabat walaupun sudah masuk ke alam pekerjaan.

“Abang tahu apa yang berada di dalam otak kau tu. Sudahlah..banyakkan beristighfar dan beribadat. Bila diri kita dipenuhi dengan ibadah dan zikir, insyaAllah benda macam tu tidak akan mengganggu kita. Yakinkan diri kita pada kuasa Allah. Selalunya kita akan mudah dirasuk bila kita sendrii tidak ada ilmu akhirat. Jin dan syaitan akan mudah masuk dan menghasut manusia yang lalai pada Allah. Allah sudah berjanji barangsiapa yang mengingatinya dan mengikuti apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang, nescaya hidupnya akan selamat dari tipu daya syaitan. Abang percaya semua yang terjadi ini ada hikmahnya. Kau sekarang ni pun dah mula berubah. Alhamdulillah..” Danial berkata perlahan.

Danish masih diam membisu. Namun apa yang diperkatakan oleh Danial tadi cukup memberi kesan kepadanya. Memang benar jika dekatkan diri kepada Allah dan Rasulnya, nescaya jin dan syaitan akan menjauhkan diri. Mungkin kehidupannya yang lalu itu membuatkan dirinya mudah merasa lemah dan tak bermaya sekarang ini tetapi selepas dia mendekatkan diri dan kembali pada ajaran Allah dan Rasul, dia mula merasa tenang dan selamat.

“Abang, saya ingat saya nak ajak abang ke suatu tempat. Di sana nanti, mungkin kita akan dapat jawapannya. Saya nak ajak Shuib sekali.” Danish mula bersuara seraya berpaling kepada Danial di sebelah.

“Nak ke mana?” Danial mula berpaling.

“Ada la..nanti abang akan tahu juga nanti tapi buat masa ni abang ikut je dulu.” Danish bersuara lemah.

“Ok...famili Zamrul sudah tahu pasal kematian anak mereka?” Danial mula teringat malam tadi mereka tergesa-gesa ke balai dan tergesa-gesa pula ke hospital. Balik rumah terus berehat.

“Rasanya tentu pihak polis sudah beritahu keluarga Zamrul..saya rasa takut la bang..” Danish menekup muka dan menundukkan wajah.

“Sudahlah.. lepas bedah siasat, kita ziarah kubur Zamrul.” Sekali lagi Danial terpaksa menenangkan Danish yang masih sugul dan terkejut.

...bersambung

Bab akan datang:

Kemanakah Danish ingin membawa Danial?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience