BAB 17

Horror & Thriller Completed 32488

Danial mengangguk perlahan. Memang dia mengambil risiko untuk pergi ke tempat kejadian sebelum polis tiba. Sudah tentu dia antara yang disyaki polis! Dan yang lebih pelik, Danish dan rakan-rakannya turut berada di kawasan itu.

“Habis tu, pasal rumah tadi, kau rasa pembunuhan siapa yang dimaksudkan oleh informer ni?” Johari kembali menatap kertas sekeping itu.

Danial menjongketkan bahu. Dia juga bingung tetapi sudah dua kes yang diterimanya sebelum ini adalah tepat termasuk kes Dr. Razif. Kes Jefri pula hanya di ketahui dari Danish. Namun yang jelas kedua kes itu berkait rapat dengan Danish.

“Aku pun pelik. Nota yang aku terima tu, kenapa dia pun hantar kat aku? Aku bukan wartawan atau penyiasat macam kau. Lainlah kalau aku ni polis. Logiklah dia nak beri maklumat macam tu kat aku.” Johari mula rasa tidak puas hati dengan apa yang berlaku semalam. Bingung dan keliru dengan semua itu.

“Hmm..” Danial mengusap dagu.

“Kau rasa informer ni betul ke? I mean..dia ni boleh dipercayai ke?” Johari mula berkerut kening. Danial dipandang lama.

“Mungkin nota yang kau terima ni adalah orang yang sama yang hantar maklumat pada aku. Aku kena siasat siapa informer ni.” Danial lipat nota yang diberikan Johari tadi dan dimasukkan ke dalam beg sandangnya.

Telefon Danial berdering kuat. Danial senyum melihat nama yang tertera di skrin telefon bimbitnya.

“Siapa?” Johari turut senyum.

“Awek aku la!” Danial bingkas bangun dan menjawab telefon di satu sudut di restoran.

Johari sengih melihat gelagat Danial. Tak sangka Danial lebih dulu mendapat teman wanita. Kalau dulu, Danial tidak pernah hiraukan semua itu. Aku yang sibuk mengurat dan mengayat perempuan. Alih-alih Danial yang dulu ada teman wanita.

“Dia ajak dating ke?” Usik Johari.

“Esok dia nak jumpa aku.” Danial melabuhkan punggungnya di kerusi semula.

“Tak sangka kau ya! Senyap-senyap kau dah ada makwe. Aku juga yang masih solo ni.” Johari sengih.

“Kau engineer! Apa nak risau? Dengan muka macam Shah Rukh Khan ni, petik jari je bro!” Danial turut sengih.

“Aku biasa jelah Danial. Kau tu lagi kacak dari aku sebab tu kau dulu yang dapat awek ni. Eh, aku kenal ke awek kau tu?” Johari kenyit mata.

“Kenapa? Kau nak rampas dia dari aku ke?” Danial lempar tisu yang disapu ke mulutnya tadi ke arah Johari. Sempat Johari mengelak.

“Kau ni! Aku tanya je la!” Johari ketawa mengekek. Gelihati melihat riak Danial yang mula cemburu.

“Adik kau kerja kat mana sekarang ni?” Johari mula ubah topik. Riak Danial sudah lain.

“Dia kerja dengan ayah aku. Aku je yang degil tak nak kerja dengan syarikat ayah aku tu. Tengoklah, mungkin lepas ni aku sahut seruan ayah aku tu!” Danial buat lawak.

“Baguslah macam tu. Eh, aku kena pergi dulu ni. Esok pagi-pagi lagi aku kena melawat tapak.” Johari bingkas bangun.

Danial turut bangun. “Apa-apa hal nanti, kau call aku. Pasal nota tu, kau tak payahlah risau. Nanti aku siasat siapa yang hantar.”

Johari senyum sinis. Macamlah mamat ni tahu sangat nak siasat benda macam tu! Dia mula minta diri.

Danial rebahkan tubuh di sofa. Dia capai beg sandangnya dan mengambil nota yang diberikan oleh Johari tadi. Nota itu dibandingkan dengan nota yang diterima. Tidak ada persamaan. Jelas nota yang bertaip itu mempunyai motif yang sama tetapi berbeza situasi.

“Nota aku ni, dia kata dah berlaku pembunuhan tapi nota yang Joe terima pula, akan berlaku satu pembunuhan..emm..” Danial masih berfikir. Ligat otaknya memikirkan nota dan pemberi maklumat misteri itu.

Dia bingkas bangun dan mula menapak ke bilik. Komputer riba dibuka semula. Dia meneliti setiap foto yang dirakam semasa di dalam rumah itu.

“Hmm...aku kena siasat informer ni.” Danial tutup komputer riba dan juga lampu di bilik. Usai solat Isyak, dia mula baring di atas katil. Masih terkebil-kebil memandang siling. Esok dia perlu berjumpa teman wanitanya. Kalau tak dilayan, rajuknya berhari-hari. Pening dengan sikap perempuan ni! Rasanya lagi senang memikirkan subjek di kampus dulu. Mudah difahami dan dihadam berbanding sikap perempuan! Danial senyum sendiri. Lampu kecil di tepi katil dipadamkan. Gelap.

******

Danial tersenyum manis melihat orang yang dirindui sudah menunggunya. Dia menapak perlahan ke sebuah meja di sebuah restoran di Bangsar.

“Rina, dah lama tunggu?” Danial melabuhkan punggung di sebelah Irina.

“Tak ada la lama sangat. Abang sihat?” Irina melemparkan senyuman manis buat kekasih hatinya.

Danial hanya mengangguk.

...bersambung

Bab akan datang:

Dapatkah Danial menyiasat siapa yang memberi maklumat itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience