BAB 29

Horror & Thriller Completed 32488

Irina meraup muka. Perasaan sayang yang mula hadir untuk jejaka itu ternyata semakin hari semakin bercambah subur dalam hati. Tidak dapat dibayangkan jika satu hari nanti bila segalanya terbongkar, Danial akan meninggalkannya begitu sahaja atau dia sendiri terpaksa mengundur diri demi melihat Danial bahagia dengan orang lain.

“Rina..kenapa ni?”

Irina mendongak. Danial sudah tiba di meja membawa dua gelas jus oren.

“Err..tak ada apa. Kurang tidur sikit sebab malam tadi Rina nak siapkan novel tu.” Irina berbohong. Dia cepat-cepat menyapu air mata yang tumpah.

“Oh...makanlah. Kalau dah sejuk nanti tak sedap. Hari ni Rina minta apa saja. Abang belanja!” Danial tersenyum manis.

Irina hanya senyum hambar. Dia tatap lagi wajah Danial yang putih. Ada tahi lalat di sebelah atas bibir lelaki itu, cukup manis pada pandangan matanya. Tidak sampai dua bulan lagi, dia akan menyiapkan novel itu dan selepas itu dia pasrah. Apa yang akan berlaku selepas itu, dia berharap Danial akan mengerti dan faham sekiranya dia menghilangkan diri jauh dari Danial.

“Kenapa ni? Pandang abang macam tu? Dah tak sabar ke nak nikah?” Usik Danial.

“Tak..Rinarindukan abang..” Irina melemparkan senyuman paling manis buat Danial.

“Kan dah jumpa ni. Dah makan!” Danial tolak mangkuk mee dekat dengan Irina.

Tengahari itu mereka berdua menikmati juadah tenagahari bersama. Banyak cerita yang dibualkan bersama. Danial sekali sekala ketawa mendengar cerita lucu gadis itu. Memang patut Irina menjadi penulis kerana dia memang banyak pengalaman dengan kehidupan manusia. Suka duka kehidupan yang ditempuh selama dua puluh lima tahun di bumi Allah ini telah mematangkan gadis itu. Kerana itulah juga dia tertarik untuk mendekati gadis itu dan mengenali dengan lebih dekat. Minat mereka agak sama. Menulis dan mengambil gambar menarik tidak kira apa benda sekali pun.

“Macam mana dengan novel tu?” Danial mula bertanya novel thriller terbaharu Irina.

“Setakat ni masih dalam progres. Tinggal beberapa bab lagi nak siap. Rina masih fikir macam mana nak buat pengakhiran novel tu . Mungkin bab akhir, pembaca akan tahu siapa pembunuh sebenar dan kenapa pembunuh itu buat macam tu...” Irina sengih.

“Wah! Hebat juga idea Rina ni ya! Saya sokong dua ratus peratus!” Danial kenyit mata.

“Terima kasih..” Irian senyum malu.

“Jadi lepas tu, bolehlah abang masuk meminang?” Danial melemparkan senyuman manis. Irina dipandang tidak berkelip. Wajah lembut gadis itu begitu tenang.

“Err...abang serius ke?” Irina sudah mula rasa resah. Jika Danial benar-benar serius bermakna dia terpaksa menghilangakn diri secepat mungkin.

“Kenapa? Selama ini Rina tengok abang main-main ke?” Danial merenung Irina yang sudah gelisah.

“Bukan macam tu..abang tu layak mendapat gadis yang lebih baik dari Rina.” Irina tunduk. Mee dalam mangkuk dikuis-kuis dengan garfu.

“Rinalah gadis tu. Rina pilihan abang dan abang sudah beritahu orang tua abang tentang ni.” Danial senyum lagi.

Pantas Irina mendongak. Dia menelan liur berkali-kali. Parah! Ternyata Danial serius dengan hubungan mereka. Dia tunduk semula. Tidak tahu apa lagi yang hendak dikatakan. Danial sudah membuat langkah awal ke arah itu. Benaknya mula berselirat dengan segala kemungkinan. Apakah anggapan keluarganya nanti bila semuanya terbongkar nanti?

“Kenapa ni? Pucat je muka? Rina tak sihat ke?” Danial letak sudu dalam mangkuk. Dia tatap wajah Irina yang sudah mula kelihatan agak pucat.

“Err..tak..Rina ok je.”

“Abang tengok Rina macam tak suka bila abang sebut hal meminang ni. Ada masalah ke?” Danial masih memandang Irina yang seperti orang gelisah dan resah. Mee wantan sup masih tidak luak.

“Bukan...kalau boleh Rina nak berjaya dulu.” Irina cuba cari alasan yang logik didengar.

“Rina pun boleh berjaya bila sudah bernikah nanti. Abang akan sokong Rina sebagai suami nanti. Itu lebih baik. Boleh ya sayang?” Danial memujuk.

“Err...nantilah Rina fikir.” Irina mula mengunyah mee tadi. Hanya satu sudu saja yang mampu ditelan. Dia meneguk pula jus oren. Sesekali dia jeling Danial di depannya yang sudah berselera menikmati makanan yang dibeli tadi.

Hari itu, selesai menikmati makan tengahari, mereka berdua mula bersiar-siar di pusat beli belah itu. Danial hanya memerhati tingkah Irina yang sudah lain. Tidak seceria dulu. Sepatah yang ditanya sepatah juga yang dijawab.

“Rina..kenapa ni?” Danial sentuh bahu Irina.

“Tak ada apa...” Irina tepis tangan Danial. Dia menyambung langkahnya melihat sekitar deretan kedai di bahagian concourse KLCC.

Danial hanya mengikut rentak Irina. Perubahan gadis itu amat ketara hari ini. Apakah gadis itu hanya menganggapnya sebagai kawan biasa saja? Jelas tadi riak gadis itu berubah bila soal kahwin jadi topik perbualan. Apakah aku tidak cukup kacak atau baik untuk gadis itu?

...bersambung

Bab akan datang:

Mengapa Irina mememerlukan masa untuk berfikir tentang hubungannya dengan Danial?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience