BAB 37

Horror & Thriller Completed 32488

“Kau gila! Kau tahu guna bomoh tu adalah syirik! Aku masih ada akidah lagi! Tambah lagi kau nak balas semula pada perempuan tu. Aku tak nak korbankan akidah aku semata-mata nak balas semula perbuatan perempuan tu! Cukuplah dengan dosa kita yang kita buat dulu tu! Terlalu banyak Shuib! Semuanya dosa besar tahu tak! Dan sekarang kau nak tambah lagi dengan dosa yang tak akan diampunkan Allah?? Tidak Shuib! Tidak!” Danish semakin menyinga. Tegas suaranya.

“Habis tu! Kau ingat senang ke perempuan tu nak maafkan kita? Kalau dia maafkan kita, sudah lama dia maafkan kita tapi ni sudah empat tahun! Maknanya dia simpan dendam tu sudah lama dan baru sekarang dia tunaikan dendamnya pada kita. Orang macam tu tak boleh dibuat lembut! Kau sendiri tengok macam mana kawan kita mati kan??” Shuib mula meninggikan suara.

Danish terdiam . Dia sudah buntu, bingung, serabut semua ada!

“Ni, sejak bila kau sudah pandai dosa pahala ni? Dulu kau tak kisah semua tu? Selamba je kau sentuh perempuan dan togok arak! Aku, sekurang-kurannya tak togok minuman setan tu!” Shuib tempelak Danish semula. Geram dengan perubahan Danish yang sudah mula pandai jadi ustaz!

“Kau tu doktor! Itu alasan kau tak togok minuman setan tu kan? Bukan kerana minuman tu haram! Kau jangan nak beri alasan la Shuib. Kalau alasan arak tu memudaratkan kesihatan, kenapa kau tak halang je kita orang togok benda tu? Apa kau ingat dengan berina dan bertukar pasangan tu elok ke? Kau doktor! Kau lebih tahu penyakit kelamin ni, siflis, aids!” Danish mengetap bibir.

Shuib terdiam.

“Tu, abang aku dah datang.” Danish cepat-cepat berlagak selamba seolah tiada apa-apa berlaku sebentar tadi. Dia melemparkan senyuman sebaik melihat Danial sudah menapak ke arah mereka.

Mereka bertiga mula meninggalkan kawasan perkuburan. Kereta Toyota kelabu Danial meluncur laju menuju ke pusat bandaraya. Selepas menghantar Shuib ke rumah, Danial dan Danish segera pulang ke rumah.

******

Danish termenung di meja pejabat. Dia belek kalendar. Sudah dua minggu berlalu sejak kematian Zamrul. Jenuh dia pujuk Shuib untuk kembali ke Kampung Keladi tetapi nyata Shuib tetap berdegil tidak mahu ikut. Shuib lebih senang menggunakan khidmat bomoh untuk menentang sihir yang dihantar oleh perempuan itu.

“Gila!” Danish lempar kalendar.

Danial geleng. Kalendar yang dilempar oleh Danish tadi terkena kakinya yang mula menapak masuk ke bilik Danish. Dia melabuhkan punggung di kerusi di depan meja Danish.

“Kenapa ni?” Danial letak semula kalendar atas meja Danish.

Danish masih diam. Dia meraup muka berkali-kali. Sepanjang dua minggu dia bekerja tidak ada satu pun yang dapat ditumpukan sepenuhnya. Nasib baik Danial sudah mula bekerja di pejabat itu dan dapat meringankan sedikit beban yang ditanggungnya selama ini.

“Abang..saya tak boleh tidur la. Saya selalu bermimpi perempuan memakai baju kebaya merah datang dengan wajah bengis dan marah-marah.” Danish mula berterus terang.

“Alah..mimpi je pun. Bukan ada apa-apa. Tak payahlah fikir sangat. Sekarang ni kita tumpukan pada kerja dan solat jangan tinggal. Asyik kerja je.” Danial melemparkan senyuman manis.

“Look! I’m serious!” Danish sudah merengus. Danial dilihat sudah mula buat lawak.

“Ok..ok. Just tell me.” Danial mula betulkan duduknya dan mengadap Danish yang kacak dengan baju kemeja kelabu dan bertalileher biru tua.

“Perempuan yang pakai baju kebaya merah tu sebenarnya yang datang malam tu di rumah arwah Zamrul. Sebelum dia meninggal, saya sempat menangkap kata-kata Zamrul. Dia kata ada seorang perempuan yang memakai baju kebaya merah sedang mencekik lehernya dan mencakar mukanya hingga hancur. Walaupun saya tak nampak masa Zamrul bergelut dengan perempuan tu malam tu tapi saya nampak Zamrul menahan sakit akibat dicakar di muka. Saya tengok sendiri bang. Bila saya nak tolong, saya seperti ditolak kuat sehingga tercampak ke tepi dinding. Dan malam selepas itu, saya mula bermimpi Zamrul datang kepada saya dan menceritakan perempuan itulah yang telah membunuhnya pada malam itu.” Danish pandang Danial, mengharapkan pengertian dari abangnya.

Danial terdiam.

“Selepas Zamrul menghembuskan nafasnya yang terakhir, saya lihat kepulan asap mula keluar dari bilik Zamrul dan bergerak ke arah ruang tamu.” Sambung Danish lagi.

“Apa??” Danial terkejut.

“Kenapa?” Danish pula tercengang.

“Betul kau nampak kepulan asap tu?” Ulang Danial.

Danish angguk.

Danial sandar tubuhnya di kerusi. Dia meraup muka.

“Kenapa bang?” Danish mula terpinga-pinga dengan sikap Danial.

“Malam tu.. abang pun nampak kepulan asap tu keluar ke arah tingkap di ruang tamu dan terus hilang. Tetapi sebelum ia hilang, kepulan tu seperti membentuk tubuh seorang perempuan.” Danial mula berterus terang tentang apa yang dilihatnya malam itu di rumah Zamrul.

...bersambung

Bab akan datang:

Siapakah jelmaan perempuan yang sering mengganggu kehidupan mereka?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience