BAB 18

Horror & Thriller Completed 32488

Wajah bujur sireh milik Irina ditatap seketika. Sejak pertama kali kenal dengan gadis itu, hatinya sudah terpaut dengan kesopanan dan keayuan gadis berkulit kuning langsat dan ada lesung pipit di kiri pipi. Entah kenapa setiap kali bersua dengan gadis itu yang pertama kali dikenali di sebuah perjumpaan wartawan dan penulis novel, dia seakan ingin mengenali dengan lebih mendalam. Pertemuan demi pertemuan membuatkannya teringat-ingat pada gadis itu. Ternyata gadis itu juga mempunyai rasa yang sama dan kini hubungan mereka sudah melangkah ke tahun pertama.

“Nak makan apa?” Danial turut melemparkan senyuman manis. Matanya masih melekat pada wajah ayu di depannya itu.

“Emm.. Rina nak makan spagetti Oleo Aglio boleh?” Senyuman Irina semakin lebar. Dia pandang Danial yang asyik memandangnya dari tadi.

“Boleh je. Rina order je apa yang Ina nak makan.” Danial segera memanggil pelayan restoran dan mula memesan makanan.

“Abang tak kerja ke malam ni?” Irina jeling jam di pergelangan tangannya. Hampir lapan sembilan malam.

“Tak..kan abang kena jumpa dengan kekasih hati ni. Nanti kalau tak jumpa, merajuk pula berhari-hari!” Danial kenyit mata. Tenang melihat wajah lembut milik Irina.

“Sindir Rina la tu!” Irina cubit lengan Danial.

“Macam mana dengan novel?” Danial hirup jus epal yang sudah sampai tadi. Irina pula pesan jus karot.

“Alhamdulillah..hampir siap. Abang doakan Rina ya. Novel kali ni susah sikit. Rina dah ubah jalan cerita.” Riak Irina mula ceria bila bercerita tentang novel terbaharunya.

“Hmm..novel kali ni pasal apa pula?”

“Rina nak buat genre seram dan pembunuhan pula. Asyik novel cinta je.” Irina sengih.

“Kan sekarang ni novel cinta jadi tumpuan. Tengok saja drama kat tv tu, semuanya diadaptasi dari novel cinta. Apa salahnya Rina teruskan dengan novel cinta. Habis tu, kalau novel thriller dan seram ni, ada ke yang nak baca?” Danial pandang Irina yang manis berbaju kurung biru. Rambut yang lebat hitam melepasi bahu dibiarkan mengurai ditiup angin. Cantik!

“Mestilah ada! Tak semua suka novel cinta. Ada yang suka cerita thriller, seram dan fantasi ni. Memang ada kelompok yang baca novel macam ni. Rina percaya dengan novel sulong genre thriller ni, Rina akan menarik kelompok ini untuk membeli novel Rina nanti dan mempunyai peminat sendiri.”

Danial hanya senyum. Gadis itu begitu yakin berkata-kata tetapi tidak mustahil kerana novel cinta yang sudah diterbitkan dan sudah mula berada di pasaran sering mendapat permintaan yang tinggi di kalangan pembaca novel cinta. Jadi, tidak mustahil juga novel kali ini, Irina akan membina kelompok peminatnya yang tersendiri. Apa pun dia perlu memberi sokongan kepada gadis itu.

“Kalau ada apa-apa berita, abang bolehlah kongsi dengan Rina. Sekarang ni Rina nak sangat cerita pembunuhan dan seram ni. Masih belum ada idea ni nak sambung..” Irina sengih. Dia perlu berbuat baik dengan Danial yang bekerja sebagai wartawan jenayah merangkap jurugambar.

“Nanti abang bagi. Mana yang confidential tu, tak boleh la. Kalau dah jadi kes polis, abang tak boleh reveal semua tu. Lainlah kalau Rina tukar watak dan tambah jalan cerita supaya lebih menarik. Jangan pula sama dengan berita yang abang ada tu.” Danial jeling Irina yang sudah mula tersenyum lebar.

Seorang pelayan restoran mula membawa dua pinggan spagetti yang dipesan tadi. Mereka berdua mula menikmati makanan yang dipesan. Sesekali Danial jeling Irina yang begitu berselera mengunyah spagetti pedas itu. Sudah hampir separuh habis dimakan. Nampak kemerahan wajah putih Irina.

“Pedas sangat ke?” Danial hulur gelas jus karot.

Irina hanya mengangguk. Dia cepat-cepat minum air.

“Kalau tak boleh makan pedas kenapa order spagetti ni?” Danial mula membebel.

Irina hanya senyum.

Danial masih memandang gadis itu yang masih menahan pedas. Dia senyum sendiri. Gadis itu dipandang lama. Pin rambut yang berbentuk bunga daisi waran putih cantik diselit di bahagian kiri rambut. Pin berbentuk daisi itu agaknya menjadi kegemaran irina. Selalu diselitkan di rambut. Manis!

“Apa yang abang tenung ni?” Irina mendongak. Dari tadi dia perasan Danial asyik merenungnya.

“Oh..tak..tak ada apa. Rina manis hari ni.” Danial tergagap-gagap.

Selesai menjamu selera di situ, Danial dan Irina mula beredar dari situ dan bersiar-siar pula di sekitar pusat beli belah di Bangsar. Danial hanya tersenyum melihat gelagat Irina yang begitu beria membeli itu ini. Irina menulis novel hanyalah sekadar mengisi masa lapang. Dia sebenarnya bekerja di sektor kerajaan sebagai pegawai tadbir. Selain dari itu dia belum lagi meneroka kehidupan gadis itu. Apa yang dia tahu, gadis itu satu negeri dengannya dan dia tinggal di Kuala Lumpur ini di rumah sewa di Cheras.

...bersambung

Bab akan datang:

Sudah lamakah Danial menjalinkan hubungan dengan Irina?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience