Hari ini hari pertama Eisya dan Tengku Fahmi bekerjasama. Kalau nak kata sepakat tu memang tak lah tapi santai-santai saja.
Tengku Fahmi seorang yang berdedikasi manakala Eisya pula jenis suka main-main. Pendapat yang tidak sama tidak begitu membantu.
" Kalau kau nak jadi CEO, kau kena dengar cakap aku!!" kata Tengku Fahmi pada Eisya. Bengang dia jika perkara yang dinyatakan asyik dibantah sahaja.
" Kenapa pulak? Aku tengok sahaja dan kau pun layan client..bukan aku yang dapat benefit tapi kau! Tu ambil kesempatan namanya... " Eisya berkata. Mereka saling berselisih pendapat.
Thaqif dan Yani yang merupakan setiausaha Eisya hanya saling memandang antara satu-sama lain. Pening melihat kedua-dua orang bos mereka. Bergaduh sahaja.
" Kau ada cadangan lain ke? " tanya Tengku Fahmi sambil menyilang tangan ke dada.
" Biar aku jelah yang layan client dan kau duduk diam je!" kata Eisya.
" Amboi! Sedap kari kau nak layan client sorang je. Nama pun partner dah tentulah aku pun kena layan jugak!! " bantah Tengku Fahmi. Mereka saling merengus.
Tiba-tiba, Thaqif dan Yani membisikkan sesuatu di telinga bos masing-masing.
" Meeting akan bermula sebentar lagi.. "
Terus mereka bangun dan bergerak menuju ke pintu.
*****
Sara Amelia sedang menilik phone miliknya di sebuah restoran mahal. Dia yang berpakaian baju berwarna putih tanpa lengan beserta skirt berwarna biru gelap sedang menunggu seseorang di situ.
Tiba-tiba kerusi di depannya bergesel dengan lantai menandakan orang yang ditunggu sudah tiba.
" Hai, dear!!" sapa Sara sambil mencium kedua-dua belah pipi Aniq. Aniq juga turut mencium Sara. Mereka duduk di meja yang terpencil sedikit daripada orang ramai.
" Sorry sayang, I lambat. I ada urusan tadi.." kata Aniq sambil memaut pinggang Sara. Sara membalas pelukan Aniq.
" It's okay, sayang. I sanggup tunggu you berapa lama pun..." kata Sara manja. Mereka berciuman di situ.
" So, macamana dengan baby kita? Dia okay? " tanya Aniq sambil menyentuh perut Sara. Sara mengangguk.
" Yeah, baby okay je.."
" You dah buat check up? "
" Ha'ah! Baby sihat.. "
" Good girl. " kata Aniq lantas mengusap kepala Sara.
Sara ketawa kecil. Pelukan dieratkan.
" Aniq, bila you nak perkenalkan I dengan family you?" tanya Sara separuh merengek.
" Sabar sikit, Sayang. Lepas you dah dapat Besh Holding, I akan perkenalkan you dengan parents I, okay?" pujuk Aniq.
Sara serta-merta menjadi muram. Pelukan dirungkaikan dan dia menyilang tangan ke dada. Dia memandang ke arah lain.
Aniq mengeluh perlahan.
" I tak faham dengan you, Aniq. You suruh I berdamping dengan Tengku Fahmi semata-mata sebab nakkan company dia. I ikut kerana I cintakan you. Tapi, kenapa masa I berdamping dengan Fahmi, you menggatal dengan Eisya?" Sara menyoal. Dia tidak memandang Aniq.
" Lagi satu, bila I cakap soal perkahwinan, you buat tak tahu je. You kata sikit lagi, sabarlah. Aniq, kalau you tak suka dekat I cakap jelah. I takkan jumpa you lagi and gugurkan kandungan ni.. " kata Sara naik angin.
Aniq dengan pantas memaut bahu Sara agar berhadapan dengannya. Sara dipalingkan berhadapan namun matanya masih tidak mahu dialihkan kepada Aniq.
" Look at me, sayang.. " kata Aniq dengan lembut tetapi bila Sara masih tidak berpaling, dia jadi marah.
" Sara Amelia!!" panggilnya dengan nada tegas. Sara terus memandang ke arahnya.
Aniq mengeluh perlahan.
" Okay, I' m sorry. I tahu I salah. Sebab I parents you buang you...and sebab I juga you kena hadap semua tu..I kan dah janji yang I akan kahwin dengan you. Tapi sekarang ni, kita kena dapatkan Besh Holding dulu. Sebab tu yang papa I nak.." terang Aniq lagi.
" Tapi kenapa perlu dekat dengan Eisya? Dia dan Fahmi dah bercerai.. " kata Sara.
" Sebab Eisya tahu kelemahan Fahmi. I kenalah rapat dengan dia supaya I tahu apa yang Fahmi lemah. "
" Tapi you kan ada abang. Kenapa papa you tak suruh abang you je untuk buat semua itu?"
" Papa I tak percayakan dia. Arsyad seorang yang baik hati. Mungkin dia sendiri yang bocorkan rahsia tu.. " terang Aniq.
Sara terdiam. Dia menunduk.
" I minta maaf... " kata Sara sambil menunduk.
" It's okay sayang. Tapi you kena janji. You takkan gugurkan kandungan ni. Kita akan jaga sama-sama baby ni sampai dia besar, okay? " kata Aniq sambil menghulurkan 'mini love' pada Sara sambil mengenyit mata.
Sara pula tersenyum lebar. Dia juga membuat 'mini love' dan mengenyitkan mata pada Aniq balik...
" Okay! " katanya.
Mereka kemudian makan sambil bersuap di situ. Aniq dan Sara saling mencintai satu sama lain namun kerana halangan, mereka terpaksa untuk menyembunyikan cinta mereka dulu.
*****
Tengku Fahmi dan Eisya duduk bersebelahan antara satu sama lain ketika berhadapan dengan client. Mereka sekarang berada sebuah restoran di hotel View Aris.
Client yang mereka jumpa hari ni adalah seorang ahli perniagaan terkenal bahkan bukan di Malaysia sahaja tetapi juga di luar negara. En. Ashraf Aidi. Orangnya tinggi lampai, berwajah kacak dan berdisiplin. Wajahnya beku tanpa reaksi.
Tengku Fahmi bersalaman dengan Ashraf namun ketika Ashraf menghulurkan tangannya pada Eisya, Tengku Fahmi memijak kakinya dengan kuat.
" Auuuw!!" Eisya melompat-lompat sambil memegang kakinya yang dilapik dengan kasut. Walaupun tebal bahagian depan, tapi tumit kasut Tengku Fahmi tu memang tak boleh blah lah! Sakit sangat-sangat..
Ashraf memandang Eisya yang melompat - lompat sambil menunduk melihat kakinya. Dia masih beku tanpa reaksi.
" Silakan duduk, En. Ashraf.." sapa Tengku Fahmi dengan ramah. Ashraf duduk tapi matanya masih tidak lepas memandang Eisya.
Tengku Fahmi yang menyedari perkara itu segera menarik Eisya duduk di kerusi walaupun pada ketika itu, Eisya masih sakit kaki.
" Kenapa kau pijak kaki aku, bodo?!" marah Eisya yang berbisik pada telinga Tengku Fahmi. Tapi air muka dimaniskan pada Ashraf.
Tengku Fahmi hanya memandang ke hadapan. Dia perasan mata Ashraf pada ketika itu. Rasa macam nak dicungkilnya sahaja walaupun riak beku tanpa perasaan.
Tengku Fahmi berdehem sebelum Ashraf menumpukan perhatian padanya.
" Jadi, yang mana satu naib CEO Fatwa Hathi?" tanya Ashraf dengan wajah angkuhnya.
Eisya ingin menjawab tetapi Tengku Fahmi telah membidasnya dulu.
" Saya naib CEO Fatwa Hathi.." kata Tengku Fahmi. Eisya tercengang. Dia berpaling perlahan-lahan ke arah Tengku Fahmi dengan mulut yang terbuka.
" Wow! Besh Holding Tengku punya, Fatwa Hathi pun Tengku punya juga? Kaya betul ni!!" sindir Ashraf dengan wajah sinisnya.
Tengku Fahmi mengecilkan mata memandang Ashraf di depannya. Tak ada adab!!
" So, siapa perempuan clumsy ni?" tanya Ashraf sambil menuding jari ke arah Eisya.
Eisya membeliakkan matanya tatkala mendengar perkataan 'clumsy' itu. Excuse me, babi kau!!
" Clumsy?! Ha.. Ha! Hei, kau bab.." belum sempat dia hendak menghamburkan kata-kata kesat, Tengku Fahmi menekup mulutnya membuatkan Eisya meronta - ronta.
" Dia secretary saya." kata Tengku Fahmi tenang walaupun Eisya meronta-ronta.
" Secretary Tengku? Biadabnya.. " Ashraf dah menuangkan minyak panas di dalam hati Eisya.
Eisya semakin memerah. Eeeee... Kau memang nak kena!!
Eisya menggigit tangan Tengku Fahmi lalu dengan automatik Tengku Fahmi melepaskan tekupan di mulut Eisya sambil meringis kesakitan. Ketika itulah, Eisya bangun dan terus menampar muka Ashraf.
Pang!!
Ramai orang di situ melihat kejadian tersebut tapi tidak dapat berbuat apa-apa.
Ashraf berasa tercabar. Pijar rasanya wajah kacaknya. Dia bangun dan menghadap Eisya dengan wajah yang mencerlung tajam.
" Kenapa dengan kau, bangsat?!" tengking Ashraf lalu menampar muka Eisya dengan kuat sehingga Eisya terjatuh ke dalam dakapan Tengku Fahmi.
" Are you okay?" tanya Tengku Fahmi memegang pipi Eisya.
"Okay!!" kata Eisya dengan membara. Nafasnya juga tidak teratur. Tengku Fahmi menolak Eisya ke belakangnya dan dia bertentang mata dengan Ashraf.
" Tolong jangan jadi lelaki dayus.." pesan Tengku Fahmi namun masih tegas.
Ashraf ketawa paksa.
" Aku lelaki dayus?! Perempuan gila tu yang tampar aku dulu! Kenapa dah tak lawan dah? Takut ke?" dilaungkan suaranya kepada Eisya yang berada di belakang Tengku Fahmi.
Eisya dah panas. Woah! Main kasar nampak!!
Eisya tak berdiam diri. Memang taklah dia berdiam diri. Lagipun dia dah lama tak masuk balai polis ni..
Dia menolak Tengku Fahmi ke belakang sementara dia pergi ke hadapan Ashraf dan berhadapan dengannya. Dia tersenyum pada Ashraf lantas menendang alat sulitnya dengan kuat.
" Arrgh!!" jerit Ashraf seraya berundur ke belakang lalu jatuh tersungkur.
Kedengaran juga suara ringisan kesakitan dari orang ramai yang melihat kejadian itu. Ada yang menutup mata dan ada yang terus melihat.
Eisya tersenyum puas.
Ashraf menahan kesakitan. Sementara Tengku Fahmi melopong terus mulutnya saat melihat kejadian itu. Eisya bukan calang - calang orang.
" Kau nak mati ke bangsat!!" jerit Ashraf dengan wajah yang berpeluh menahan marah. Air mata dah menitis. Sape aje yang tak sakit woi!!
" Well, kalau kau boleh bunuh aku!!" kata Eisya dan selepas tu satu tumbukan free dilayang tepat pada wajah Ashraf.
Lagi kuat bunyi ringisan kesakitan dari orang ramai. Biar mereka tak kena pun..
****
Sorry kalau ada yang kurang...
Share this novel