Bab 62: Selamat

Action Completed 84377

" Arggh!!"

Tengku Fahmi diheret dari tepi bumbung oleh Eisya. Tengku Fahmi terkejut. Bukan hanya Eisya, malah ahli bomba juga turut ada.
Tanpa Tengku Fahmi sedar, seorang pelawat di syarikat itu telah melihat Tengku Fahmi yang kononnya ingin bunuh diri di atas bumbung. Cepat-cepat dia menghubungi bomba. Afwan pula masa dapat tahu hal tu, terus dia berlari ke bumbung. Dipanggil Tengku Fahmi untuk turun namun dia dalam dunianya sendiri.

Afwan dengan pantas menghubungi Eisya datang ke Besh Holding sambil menjelaskan perkara yang terjadi.

Eisya memukul bahu Tengku Fahmi berkali-kali. Geram betul!!

"Aduh - aduh!! Sakitlah!" marah Tengku Fahmi. Dia menggosok bahunya.

"Tahu pun sakit! Kau buat apa dekat sini? Nak mati?! Kau tahu tak sekali kau terjun kau dah kena angkut dengan van jenazah tau tak?! " jerit Eisya.

Tengku Fahmi tergamam melihat Eisya. Dia mengelip-ngelipkan matanya. Kemudian, dia memandang ke sekeliling.

" Mana Ataleya? " tanya Tengku Fahmi. Eisya mengerutkan dahi.

" Siapa Ataleya? " tanya Eisya. Afwan yang berada di tepi Eisya membisikkan sesuatu pada telinga Eisya. Eisya membulatkan mata memandang Afwan.

" Ataleya, ya? Ada meh ikut aku.." kata Eisya. Tengku Fahmi bangun lalu berjalan ke depan Eisya dan tidak semena-mena lehernya dipukul lalu Tengku Fahmi pengsan.

Afwan hanya terkejut bersama dengan semua ahli bomba sementara Eisya hanya memandang sahaja.

" Bawa dia ke hospital, sekarang!!" kata Eisya.

***

Tengku Fahmi diperiksa di dalam bilik rawatan. Semua ahli keluarganya ada bersama termasuklah Sara Amelia.

Eisya hanya duduk tenang di atas kerusi. Afwan memandangnya. Dia juga duduk di atas kerusi.

" Weyh, saya nak beritahu awak sesuatu ni.." kata Afwan.

Eisya memandang Afwan.

"Apa dia?"

" Masa saya masuk office dia, Fahmi berkelakuan seperti orang tak waras. Dia kata dia dukung seorang budak, saya rasakan, budak tu makhluk haluslah.." teka Afwan.

Eisya mengeluh perlahan.

" Bukan makhluk halus, itu ilusi dia.."

"Ilusi?"

"Ya, Tengku Fahmi menghidap kemurungan jadi ilusi memang ada untuk penyakit itu."

Afwan terkejut. Betul ke?

Tiba-tiba pintu bilik rawatan dibuka. Keluarlah seorang doktor yang berdiri di depan Tengku Hasnah.

"Macamana dengan anak saya, doktor?" tanya Tengku Hasnah.

Doktor Hanif mengeluh perlahan dan menggelengkan kepala.

" Tengku Fahmi..sudah tidak boleh berfikir dengan baik... Dia sudah tidak waras.."

Terduduk Tengku Hasnah dengan air mata yang membanjiri pipinya.

" Tak mungkin.. Tak mungkinn.." royan Tengku Hasnah.

Sara Amelia memegang bahu Tengku Hasnah untuk dipujuk namun dia menepis. Dia bangun lalu menampar pipi Sara Amelia.

Sara terkejut.

"Ini semua sebab kau! Kalau anak aku tak kahwin dengan kau, semua ni takkan terjadi.." jerit Tengku Hasnah.

Eisya hanya melihat 'drama' itu.

***

"Macamana?" tanya Faiq pada Farid.

" Kau kena tunggu beberapa hari lagi. Lambat ni.." kata Farid mengeluh.

Faiq berdecit. Nak tunggu keputusan ubat ni pun lambat. Macamana nak bantu Tengku Fahmi?

***

Sorry lambat..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience