Bab 82: Mad

Action Completed 85123

" Kenapa awak tolak saya?!" marah Tengku Fahmi.

"Awak tu yang kurang ajar sangat! Pervert!" jerit Eisya lalu menarik gebar menutupi badannya. Dia berpaling bertentangan daripada Tengku Fahmi.

Tengku Fahmi ketawa paksa..

"Saya pervert? Come on lah saya suami awak kut.. Saya berhak okay?" Tengku Fahmi menyatakan haknya.

Eisya berpaling ke belakang.

" Excuse me, Mr. Fahmi.. Tak kiralah awak berhak ke, tak berhak ke, kalau isteri tak ada perasaan dekat awak, sama je macam kita tak pernah bersama.. " sindir Eisya.

Tengku Fahmi tiba-tiba berkecil hati dengan jawapan Eisya. Dia menghela nafas lalu menuju ke bilik air.
Eisya melirik dari ekor matanya. Akhirnya dia memandang ke belakang. Kedengaran bunyi pintu bilik air ditutup.
Eisya mengangkat bahu. Tak kisah, tak kisah.. Merajuk konon!

***

Pagi itu Eisya bangun dari tidur. Dia menggeliat.. Dia menoleh ke tepi. Bantal dah tak ada. Eisya hairan. Takkan dia tidur bawah?

"Arrrgh.. Tak kisahlah! Ikut suka hati dialah nak tidur mana pun.." Eisya bangun dari katil dan mengambil tuala. Dengan wajah yang masih mamai, dia berjalan mengarah ke bilik mandi.

wajahnya berkerut tatkala pintu itu tidak boleh dibuka. Dia membuka matanya lalu menggoncang pemegang pintu dengan kasar. Dia akhirnya memukul-mukul pintu itu dengan tangannya.

"Siapa dalam ni?! Keluarlah!!" marah Eisya. Bengang betullah dia..

Eisya menendang pintu itu sekuat hatinya. Tapi pintu tetap berkunci. Dia mencari cara lain.

"Haa!" mentol dalam otaknya berbunyi. Dia mengambil penukul di tepi pintu lalu berkira-kira ingin memecahkan pintu tersebut.

"Satu, dua, tiga.." Eisya mengangkat penukul lalu ingin dipukul pada pintu tetapi pintu dibuka serentak dengan penukul Eisya hilang kawalan. Hampir dilemparkan pada Tengku Fahmi yang nasib baik sempat menahan penukul itu dari terkena pada dirinya.

Eisya terkejut.

" Awak buat apa dekat dalam ni?" tanya Eisya sopan.. Buat-buat tak bersalah. Manakala Tengku Fahmi dah berasap kepalanya sambil matanya menikam bola mata Eisya.

"Puas hati awak?! Ke awak nak saya mati dulu baru nak puas hati?!" tengking Tengku Fahmi.

Eisya tersentak.. Tengku Fahmi berjalan ke arah katil dengan muka yang masam. Bantal dicampakkan ke arah katil lalu keluar dari bilik itu. Penukul dilepaskan dari tangan begitu sahaja menyebabkan ada sedikit bunyi ke lantai..

Pandangan Eisya juga mengikuti Tengku Fahmi sampailah pintu berdentum kuat menyebabkan Eisya tersentak. Akukah yang salah?

****

Sorry lambat update..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience