Bab 87: Buang

Action Completed 84377

Tengku Fahmi meninjau ke dalam biliknya. Aik, bukan Eisya terus naik bilik ke tadi?

"Sayang.." meleret panggilannya namun tidak dijawab.

Dia keluar semula dari biliknya. Ketika hendak turun, dia terpandang tompokan cecair merah pekat di atas lantai. Dia mengecilkan mata. Segera dia membongkok dan bertinggung di situ. Dicalit sedikit cecair merah itu lalu dihidunya.

Tengku Fahmi panik! Terus sahaja kakinya jatuh dari bertinggung kepada duduk. Darah? Dia paling bencikan darah!

'Darah siapa pulak ni?? " Tengku Fahmi menutup mata bagi mengelakkan peningnya. Namun bayangan darah tetap sahaja menganggu fikirannya.

Tapi dia cuba berfikiran rasional. Dia ada isteri yang perlu dijaga. Sekarang dia cuma perlu panggil Eisya..

"Eisya!" Tengku Fahmi terdengar seperti hendak menangis. Matanya sudahpun terlihat dua. Dia pening. Cuba bangun dengan berpegang di dinding tapi tak lama dia jatuh lalu terbaring mengiring. Penglihatannya kabur. Dari kejauhan dia sempat melihat sepasang kaki yang memakai kasut korporat. Dia cuba mendongak, kelihatan lelaki itu bertinggung dan melihat ke arahnya sebelum lelaki itu menghayunkan sesuatu ke kepalanya dan penglihatannya mula hilang.

***

Eisya dibawa keluar dari stor secara paksa oleh tadi dengan pisau di lehernya. Bodyguardnya juga dibawa keluar dengan keadaan mata ditutup.

Eisya dibawa ke tempat Tengku Fahmi berada. Terkejut dia masa itu kerana Tengku Fahmi pengsan tidak sedarkan diri bersama dengan kepala yang dipukul dengan kayu keras. Meleleh darah itu.

" Rupa-rupanya senang je nak buat laki kau ni lemah.."

Eisya memandang ke arah lelaki yang bertinggung di tepi Tengku Fahmi. Dia tergamam. Lelaki ni..

"Ben?" tanya Eisya.

Ben yang bertinggung membalas pandangan Eisya. Lalu dia bangun. Pergi dekat Eisya yang ditahan oleh orang suruhannya.

"Yeah, it's me baby. Miss me?" sindir Ben dengan dagu Eisya dicengkam sehingga pipinya kembung.

"Apa kau dah buat? Kau kata kau dah serik." kata Eisya sambil cuba melepaskan diri. Tapi tak boleh. Beginilah jadinya kalau makan banyak sangat dan tak ingat bersenam. Lupa pertahanan diri macamana..

Ben ketawa.

"Memang aku dah serik. Tapi masih kemaruk dengan permainan yang kau cipta.." katanya tenang.

Tiba-tiba, wajah Ben yang ketawa bertukar marah secara drastik. Dia menarik Eisya dari tangan orang suruhannya lalu menghenyakkannya di dinding dan mencengkam lehernya kuat. Eisya terbatuk-batuk.

" Kau tipu aku! Kau tipu aku! Aku tak pernah lagi jumpa perempuan segila kau! Kenapa kau buat aku macamni?!" bentak Ben kuat. Muka Eisya memerah.

"A-aku b-uat a-pa?" kata Eisya dengan susah payahnya.

"Kau tanya? Kau tak ingat ke? Kau tak ingat ke masa kau beria-ria nak balas dendam dekat Fahmi, apa yang kau buat dengan aku?! Aku mati-mati ingat kau cintakan aku! Tapi kau cuma pergunakan aku untuk kepentingan kau!"

Ben terdiam dan mengerutkan dahi apabila Eisya ketawa lemah walaupun di cederakan di bahagian kepala.

" Siapa suruh kau percaya dengan aku? "

Ben tergamam dengan sindiran yang diberikan.

" Takkan kau tak tahu gelaran yang dunia beri pada aku dari dulu? PSIKO! Dan kau ingat kau ada segalanya, buat aku tertawan dengan kau? Mustahil!!"

Wajah Ben memerah. Dadanya berombak menahan marah. Dia menjerit sambil mencengkam leher Eisya lebih kuat. Eisya meronta-ronta.

" Tiada siapa boleh rampas kau dari aku! Kalau aku tak dapat kau, Fahmi juga tak akan dapat kau! " dia melepaskan cengkaman di leher Eisya membuatkan Eisya terus melorot jatuh.

"Memang betul cakap semua! Kau tak boleh dipercayai! Penipu dunia! Dan sekarang ni aku dah ada peluang. Apa kata, aku teruskan rancangan aku yang dulu? Cari kau dari Scotland hingga Malaysia untuk bunuh?"

Eisya menelan air liur melihat riak wajah gila Ben.

" Tapi sebelum itu aku nak seksa kau dulu.. Biar kau rasa macamana sakitnya semua orang yang kau bunuh! " bisik Ben depan muka Eisya.

Ben berdiri dan memandang orang-orangnya.

" Bawa perempuan ni masuk dalam kereta. Sembuhkan dia dalam masa 24 jam dan kita akan bertolak ke Scotland semula.. " arahnya tegas.

" Baik, tuan! " kata orang - orangnya lalu mengangkat Eisya secara paksa.

Eisya melihat ke arah Tengku Fahmi yang diusung dua orang lelaki berbadan sasa. Mereka dilihat bercakap dengan Ben.

" Buang dia ke dalam laut. Dia hidup pun menyusahkan aku!" kata Ben.

Mata Eisya memerah. Dia meronta-ronta sambil memanggil nama Fahmi beberapa kali. Tapi dengan sekali pegangan, dia diheret masuk dalam kereta. Sementara Tengku Fahmi diheret ke kereta lain.

***

Sorry lambat update. Author buat masa sekarang tak update lagi Stay With Me dan Suamiku Mr. Traveler.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience