Bab 91: I'm Okay

Action Completed 85123

Bola mata Tengku Fahmi bergerak-gerak tetapi masih tidak dibuka. Dahinya berpeluh kerana lintasan wajah seseorang yang dicintainya.

Kepala berpaling ke kiri dan ke kanan. Aura dingin mengenai dirinya. Dengan lintasan kawasan gelap dan tidak boleh bernafas menyebabkan dia tercungap-cungap.

Dari situ dia mendengar bunyi seseorang bercakap.

"Doktor, pesakit tak boleh bernafas."

"Pakaikan dia nab."

Tengku Fahmi terasa dia dipakaikan sesuatu pada bahagian mulut dan hidungnya. Barulah dia kembali bernafas normal.

Sementara itu, doktor yang sedang merawat Tengku Fahmi menghela nafas panjang sebelum keluar berjumpa dengan orang yang menyelamatkannya.

"Bagaimana keadaan anak itu?" tanya Pak Cik Ahbar. Dia yang dikejutkan dengan kehadiran Tengku Fahmi yang tidak sedarkan diri sambil dipapah oleh anaknya, Aman ketika sedang bersantai di pinggir laut bersama kawan-kawannya.
Doktor itu menghela nafas lagi.

" Kami tak boleh merawat dengan teliti pesakit. Lelaki ini harus dihantar ke hospital segera. Kami tak cukup alat untuk merawat dia." kata doktor itu.

Oleh kerana kawasan itu agak jauh dengan bandar, jadi susah mereka hendak mendapatkan pengangkutan awam. Di kampung mereka pun ada satu sahaja klinik. Jadi mereka menghantarnya ke sini.

Pak Cik Ahbar dan Aman mengeluh. Kemudian Aman mengangkat kepalanya.

"Takpelah doktor. Terima kasih. Kami.. Akan rawat dia di rumah sahaja." kata Aman.

"Encik pasti? Lelaki ini masih perlu dirawat dengan teliti." tanya Doktor itu.

Aman mengangguk yakin. Tiba-tiba, pembantu doktor itu keluar dan memandang mereka.

"pesakit dah sedar."

****

Tengku Fahmi disuap bubur ayam oleh isteri Pak Cik Ahbar. Mak Cik Imah. Wajah tuanya mengingatkannya pada Tengku Hasnah. Betapa dia merindui ibunya itu.

"Makan banyak-banyak. Nanti cepat sihat." kata wanita berumur 63 tahun itu dengan wajah ceria.

Tengku Fahmi hanya tersenyum dengan bibir pucatnya.

Sedang dia makan, Pak Cik Ahbar mula bertanya dengan lembut.

"Kamu ni.. Dari mana?"

"KL." jawabnya dengan suara serak.

"KL? jauhnya.. Macamana kau boleh berada dalam laut?" tanya Aman pula.

Tengku Fahmi mula menceritakan semua peristiwa yang terjadi pada hari itu. Begitu sungguh dia bercerita dan air matanya keluar saat menyebut nama Eisya. Bagaimanalah keadaan isterinya?

***
Eisya dibawa Ben ke Scotland dengan kadar segera. Sangat teliti kerjanya sehinggakan dia terlepas pemeriksaan di lapangan terbang. Dalam kapal terbang, Ben menyarungkan hoodie coklat kepadanya dan menutup kepalanya sampai bahagian mata lalu disandarkan pada dadanya. Mereka kelihatan seperti suami penyayang yang sedang mengulit isteri yang tidur di dalam dakapan.

Ben sempat mengucup kepalanya yang ditutupi hoodie sambil memandang ke hadapan. Eisya dipeluk dengan erat. Kelihatan Eisya meronta kecil kerana tidak mahu menimbulkan kekacauan.

"Just sit silently, dear kalau tak nak aku bunuh kau dekat sini!" bisik Ben dengan keras. Matanya menunduk memandang Eisya yang ditutupi hoodie lalu dia menyelak sedikit. Nampak muka Eisya seperti berang walaupun dalam pengaruh dadah.

"You're so sweet darling.." bisiknya sambil menyelak rambut panjang keperangan Eisya. Eisya menepis dengan mukanya. Ben ketawa kecil.

Tiba-tiba, seorang pramugari datang dengan wajah manis menyapa mereka.

"Hai, ada apa-apa yang boleh saya bantu?" tapi pramugari itu terdiam dan ketakutan kerana melihat luka di pergelangan tangan Eisya. Dia melihat pula wajah Eisya yang sedang ditutupi rambut sedang membuat isyarat mata terhadapnya.

Ben memandang wajah pramugari itu yang gusar. Dia melihat ke arah mana mata pramugari itu menjelajah. Matanya turun ke arah pergelangan tangan Eisya yang luka. Lantas dia memandang pramugari itu dengan riak dingin.

"Nothing. You may go." kata Ben keras dan dingin. Tetapi pramugari itu masih tidak berganjak. Dia memandang Ben dan Eisya silih-berganti.

"GO!" Bentak Ben menyebabkan pramugari itu tersentak. Dengan tergesa - gesa dia pergi dari situ.

Ben bengang. Pergelangan tangan Eisya dicengkam kuat sehingga keluar desisan dari mulutnya.

"Ben.. Hentikan.." desis Eisya sambil mencengkam tangan Ben yang mencengkam tangannya.

"I already told you before.. Jangan cari fasal!" bisik Ben dengan keras.

"Sakitlah gila!!" bentak Eisya lantas mulutnya ditekup Ben dengan wajah berang.

"Jangan bising kalau tak aku buang kau dari atas ni, kau nak?!" bisiknya.

Mahu tak mahu, Eisya terpaksa diam. Ben kembali memeluknya dan mendakapnya dengan erat.

Pramugari itu kembali lagi dengan wajah yang berani. Dan kali ni dia bersama beberapa orang pramugara yang sedang memandang mereka dengan serius.

" Ada apa-apa awak nak beritahu saya?" soal Ben mengangkat sebelah alis. Dia tidak gentar. Orang- orangnya ramai di sini.

"Maaf encik. Boleh saya tahu apa hubungan encik dengan perempuan ini?" tanya seorang pramugara.

Ben melihat Eisya sekilas lalu memandang ke arah pramugara yang bername tag Azrul itu.

"She's my wife."

"Tapi kenapa cik ini kelihatan banyak luka dan ketakutan?" sampuk pramugari tadi.

Ben memandang tajam ke arah pramugari tadi. Sebal rasanya. Penumpang mula melihat ke arah mereka.

"Dia ada alergi.."

"Alasan tak masuk akal.." Ben bangun dan bergerak ke arah pramugara yang berkata tadi. Dia mencengkam kot pramugara tadi. Terangkat dia sedikit.

"Apa masalah kau?!" bentak Ben tanpa dia sedar pramugari tadi secara senyap-senyap bergerak ke arah Eisya lalu menyelak rambutnya. Dia terkesima.

"Cik Eisya?"

Ben pantas berpaling ke arahnya.

"Cik Eisya kan?" pramugari itu menyoal. Sebelum Eisya bercakap, bunyi tembakan memeranjatkan semua orang. Terjerit semuanya. Eisya melihat pramugari tadi telah mati dengan darah keluar dari dalam kepalanya.

Dia terkejut.

"Ben!" marah Eisya lemah. Ben hanya beriak biasa.

Penumpang semua telah dikepung oleh orang-orangnya dan duduk tanpa membunyikan suara di dalam kapal terbang itu.

"Siapa - siapa yang cuba melawan, kami akan tembak!" kata salah seorang daripada orang - orang Ben sementara Ben dari tadi tidak mengalihkan pandangannya dari Eisya. Seolah-olah ingin memakan perempuan itu.

Eisya menjeling dan ingin menoleh ke arah lain tetapi Ben sempat mencengkam pipinya dan dibawa menghadapnya.

"Kau kejam!" sindir Eisya. Ben ketawa.

"Aku kejam? Aku cuma ikut permainan kau. Sorry to say, Eisya but I think your husband dah.. Tak ada.."

Bergenang air mata Eisya dan memerah. Dia memberanikan diri memegang lengan Ben dengan ganas.

"Kau buat apa dengan dia?!" keras bunyi suara Eisya.

"Adalah.." kata Ben sambil bersandar. Eisya mendengus geram..

***

Tengku Fahmi meminjam phone Aman untuk menghubungi Aniq. Dengan dua tiga kali deringan, panggilan berjawab.

"Hello?"

"Aniq!!" panggil Tengku Fahmi.

"Ya, saya Aniq. Siapa di sana?" tanya Aniq.

"Fahmi!"

Aniq kaku. Tumpuan daripada Atiq yang tertidur di ribanya setelah banyak menangis beralih ke arah si pemanggil.

"Tengku Fahmi?" tanya Aniq.

"Ya! Aku hidup lagi!"

Aniq tiba-tiba bangun mendadak dan hampir menjatuhkan Atiq yang tersedar. Atiq yang masih mamai dengan mata yang sembap mendongak memandang Aniq dengan wajah baru bangun tidur.

"Eh, sorry Atiq. Papa tak sengaja!" kata Aniq lalu mengusap kepala Atiq.

Tengku Fahmi yang mendengar segera kelam-kabut.

"Aniq, anak aku ada dengan kau ke?"

"Ada Tengku. Nak bercakap? Saya pass dekat dia."

Phone yang berada di tangan Aniq diberikan pada Atiq. Atiq dengan wajah polos memandang Aniq.

"Papa Atiq." bisik Aniq. Dengan wajah yang terkejut dan air mata yang kembali bergenang, dia segera meletakkan phone itu di telinganya.

"Pa.." panggil Atiq sebak.

"Atiq, are you okay?"

"Papa pergi mana?" Atiq mula menangis kecil.

"I'm not going anywhere. Papa terperangkap di sebuah kawasan pedalaman. Tapi jangan risau. Papa okay.."

Atiq masih tersedu-sedan. Aniq memujuknya.

"Boleh papa cakap dengan papa Fahmi kejap?" pinta Aniq. Atiq memberikan phone itu dengan tangisan kecil.

"Tengku dekat mana? Saya akan jemput nanti." beberapa minit kemudian dia mengangguk dan terus menutup panggilan.

"Atiq, buat masa sekarang, duduk sini dulu. Papa nak jemput Tengku."

"Nak ikut."

Aniq mengeluh perlahan sebelum dia menganggukkan kepala dan mereka keluar dari penthouse itu.

Sorry lambat update..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience