Bab 69: Pretend..

Action Completed 84378

Sara sedang duduk sambil bersilang kaki di kerusi CEO di Besh Holding. Dia tersenyum sinis sambil berbangga dengan pencapaiannya.

Secara jujurnya, dia tidak pernah terfikir untuk mengambil alih Besh Holding kerana hidupnya hanya ingin duit sahaja. Tetapi, sejak dia berfikir semula yang Tengku Fahmi kaya dengan hasil syarikatnya, baru dia cuba untuk menjadi CEO Besh Holding.

Menjadi seorang CEO adalah perkara baru yang seronok baginya. Dia dilayan bagai seorang permaisuri. Semua yang diinginkan hanya perlu menyuruh pekerjanya sahaja. Sebelum ini, dia tidak pernah mendapat apa yang diinginkan. Selalu dibenci oleh orang lain. Sekarang dia berasa dialah orang paling terhormat di dunia ini.

Dan sepatutnya, kertas CEO perlu ditandatangani untuk membolehkan pekerjanya percaya bahawa dia adalah CEO Besh Holding yang baru. Tapi, memandangkan para pekerjanya tidak tahu tentang kertas tersebut, dia pun tidak mensia-siakan peluang ini. Dia cuma memberitahu bahawa Tengku Fahmi telah memberikan jawatan CEO padanya kerana tipunya Tengku Fahmi sudah tidak waras.

Malahan pula, Afwan dan Faiq tidak sedarkan diri lagi di hospital. Kalau tidak hancur teruklah rancangannya.

Setiap hari, Sara akan berbelanja sakan menggunakan duit syarikat. Barang-barang yang dibelinya itu bukan barangan murah tetapi barangan berjenama yang sangat mahal. Tiada yang berani menegur kerana takut Sara akan memberhentikan mereka.

Sara keluar dari pejabatnya dengan gaya catwalk yang dibuat-buat. Di lengannya tersangkut handbag chanel mahal bersama kaca mata hitam yang dipakai pada matanya. Pakaiannya juga sangat menjolok mata ketika itu. Biar perutnya semakin besar pun..

Eina dan Thaqif hanya melihat sahaja. Tidak mahu menegur. Para pekerja yang lain juga mengerling sekilas. Takut untuk melihat lama-lama.

Ketika Sara ingin bergerak ke arah lif, Eina bangun dan memanggil namanya.

" Puan Sara.."

Sara berhenti lalu memalingkan badannya ke arah Eina.

"What?" soalnya dingin. Ekspresi angkuh menghiasi wajah cantiknya.

" Err.. Puan ada meeting dengan Dato ' Othman petang ni.." katanya takut-takut.

Sara memandang sahaja.

"Batalkan."

" Tapi puan, puan dah banyak batalkan meeting. Semua rakan kongsi company ni merungut. Kalau Tengku Fahmi, dia takkan batalkan semua mesyuarat, puan." terang Eina. Geram juga dia.. Akhir-akhir, dia yang kena marah dengan Dato'-Dato' tu semua.

Sara menanggalkan kaca mata hitamnya. Bibir merah menyala kesan lipstick mengetap-ngetap. Matanya mencerlung ke arah Eina.

" You bos atau I bos? " sindir Sara. Eina menundukkan wajahnya.

" Puan.." jawab Eina.

" Tahu pun.. You kena ingat, you tu cuma secretary I je. Jangan nak arah I buat macam-macam! You kena ingat, I boleh pecat you bila-bila masa I nak. I suruh batalkan meeting tu, batalkan jelah!! Tak faham ke?!"

Melengking suara Sara Amelia di departmen itu. Semua pekerja cuma diam. Tiada yang berani melawan. Eina juga diam.

" Maaf, puan.. " kata Eina perlahan. Wajah ditundukkan. Air mata ditahan supaya tidak mengalir.

Sara memandang menyampah pada Eina. Dia memandang Eina atas bawah.

" Miskin buat cara miskin! Ada hati nak tegur I.. Ingat you tu siapa.." Sara bergumam sendirian dan berlalu pergi namun masih dapat didengari oleh pekerja - pekerja departmen itu dan Eina sendiri. Wajah dan matanya memerah. Malu..

Eina pula menekup mukanya dan menangis. Badannya bergetar. Dia tahu dia miskin tapi tak patut Sara menyindirnya seperti itu.

Para pekerja semuanya berkumpul di meja Eina. Mereka memujuknya supaya mengabaikan sindiran Sara itu.

" Kurang ajar betul! Dia ingat dia siapa nak hina orang macamtu? Muka macam orang hisap ganja, nak sindir - sindir orang bagai.." marah seorang pekerja di situ.

" Kan? Kalaulah Tengku Fahmi masih jadi CEO dekat sini, kan bagus? Dahlah baik, handsome pulak tu.. " kata seorang pekerja perempuan.

" Aku lebih prefer Cik Eisya dari mangkuk ayun tak cukup kain ni! Cik Eisya baik.. Tak macam syaitan tu! Aku dengar.. Anak yang dia kandung tu, anak luar nikah.. " bisik seorang pekerja lelaki yang lain.

" Apa!! " semua pekerja tersentak mendengar kenyataan itu. Jadi bermulalah gosip panas di company itu yang berlanjutan sehingga ke hari seterusnya.

***

Aniq menunduk 360 darjah pada Tengku Fahmi yang sedang berehat di atas katil di bilik rawatannya. Dari tadi dia tidak henti-henti meminta maaf.

" Dahlah.. Awak tak salah.." pujuk Tengku Fahmi. Sakit mata dia tengok Aniq duk menunduk je.. Tak sakit pinggang ke?

" Tak! Saya salah.. Kalau saya tak ikut cakap papa saya, Tengku mungkin tak perlu kahwin dengan Sara. Saya mengaku, anak dalam kandungan Sara tu anak saya..maafkan saya.. " kata Aniq masih menunduk.

Tengku Fahmi menguap. Dia menekup mulutnya. Aku dah tahu dah..

" Ye.. Ye.. Saya maafkan awak. Lagipun bukan awak yang salah sepenuhnya. Saya kenal sangat papa awak tu. Tak dengki tak sah.. Sekarang saya nak awak berdiri betul-betul. Tak penat ke duk menunduk je dari tadi?"

Aniq terkebil-kebil lalu berdiri tegak. Dia memandang Tengku Fahmi yang sedang makan chipsmore.

" Saya ada tugas untuk awak.. " kata Tengku Fahmi sambil mengunyah.

" Apa dia, Tengku? " tanya Aniq.

Tengku Fahmi tersenyum. Dia meletakkan chipsmore di atas meja kecil di tepi katilnya.

" Saya nak awak ambil alih syarikat saya buat sementara waktu." kata Tengku Fahmi.

Aniq membeliakkan matanya. Otaknya blank. Betul ke apa yang dia dengar?

" Apa Tengku?" tanya Aniq sekali lagi.

" Saya nak awak ambil alih syarikat saya buat sementara. Saya tak mungkin dapat urus syarikat dengan baik dengan condition saya macamni.." terang Tengku Fahmi.

" Tapi kenapa saya?"

"Saya rasa awak calon terbaik. Saya sekarang ni kurang percaya orang lain. Hanya awak je yang saya rasa kurang was-was. Dan awak lebih tahu fasal Sara berbanding saya."

" Saya taklah pandai sangat dalam bisnes. Kerja - kerja dekat company pun saya belajar dengan pekerja saya. "

" That's why saya nak awak ambil alih tugas saya. Tak lama pun. Sekejap je.. Saya akan bagi ganjaran terbaik untuk awak. " kata Tengku Fahmi.

Aniq terdiam. Nak terima ke tak?

" Okaylah, saya setuju. Tapi saya kena ada seorang untuk ajar saya. "

" Jangan risau. Eina dan Thaqif ada untuk bantu awak.. "

Aniq mengangguk.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience