Bab 96: Pengakhiran

Action Completed 84377

Eisya sedang mengutip kulit cangkerang di pantai. Tertunduk-tunduk dia menguis pasir. Tidak dihiraukan air laut yang datang menerpa kakinya.

Seminggu bersama dengan Tengku Fahmi, ingatannya semakin lama semakin pulih. Dia pun semakin rapat dengan Sara. Dia barulah faham bahawa Sara mempunyai masalah mental walaupun terkawal. Tetapi dia gembira. Gembira sebab ada Tengku Fahmi!

Entah kenapalah dia rasa nak berkepit je dengan Tengku Fahmi. Tak nak berenggang langsung.

"Nah!" Eisya tergamam apabila memandang aiskrim di depan matanya. Dia berpaling ke tepi. Tengku Fahmi tersenyum sambil menghulurkan aiskrim itu.

"Apa ni?" tanya Eisya masih tergamam.

Tengku Fahmi ketawa kecil.

"Aiskrimlah.. Tak nak? Tak nak takpe saya makan.." usik Tengku Fahmi lalu mengeluarkan lidah untuk menjilat aiskrim itu namun terhalang oleh Eisya.

"Eh, nak! Awak ni.." kata Eisya.

Tengku Fahmi tersengih dengan lidahnya yang masih terjulur. Dia memberikan aiskrim itu pada Eisya.

Dia melihat satu bekas yang dalamnya terisi kulit cangkerang.

"Awak nak buat apa dengan kulit cangkerang ni?"

Eisya yang sedang makan aiskrim itu menghalakan matanya ke arah kulit cangkerang itu.

" Saya nak bawa balik. Mana tahu Atiq suka.."

Kata-kata Eisya mengundang ketawa Tengku Fahmi. Dia ketawa terbahak-bahak.

Eisya mengerutkan dahi memandang suaminya.

"Dah kenapa awak ketawa?"

Tengku Fahmi ketawa melihat reaksi isterinya yang sudah cemberut wajahnya.

"Sayang, Atiq tu lelaki. Mana dia nak kulit cangkerang ni.. Ni mainan hiasan budak perempuan je.. Baik awak beli patung barbie je ke budak tu kalau nak bagi benda ni sangat. Confirm, melayang nyawa dia.." Tengku Fahmi kembali ketawa sehingga berguling-guling di pasir.

Eisya sudah monyok mukanya. Kulit cangkerang yang kecil-kecil tu dibaling ke arah Tengku Fahmi yang ketawa tak ingat dunia.

" Aduh, sayang sakitlah.. " adu Tengku Fahmi lebih kepada menyindir.

"Padan muka!" marah Eisya lalu bangun dan bergerak ke resort.

Tengku Fahmi juga turut bangun dan berjalan kemudian berlari - lari anak menuju ke arah Eisya dan memaut leher isterinya itu. Mereka berjalan sama-sama ke resort.

***

Eisya menjenguk dari luar pintu. Mukanya bersahaja. Dia sekarang berada di depan pintu pejabat Tengku Fahmi.

Secretary Tengku Fahmi memberitahu bahawa Tengku Fahmi sedang bermesyuarat di dalam bilik meeting. Dua tiga minit bolehlah tunggu, ni dah nak dekat 2 jam dia tunggu dekat luar.

"Aduh, takkan tak habis lagi meeting?" dia bergumam sendirian.

Tiba-tiba, pintu terbuka. Kelihatan seorang lelaki berpengaruh keluar dari situ sambil berbual dengan Tengku Fahmi. Dia berhenti apabila terpandang Eisya.

"Your wife, Tengku?" tanya lelaki itu kepada Tengku Fahmi.

Tengku Fahmi yang terkejut lantas mengangguk.

"Eisya Esynani? Long time no see you! I'm Brendy Ho. Kita pernah bekerjasama dulu di Fatwa Hathi Holding kan?" tanya Brendy.

Brendy dulu pernah bekerjasama dengan Fatwa Hathi Holding dan bertepatan waktu itu Eisyalah CEOnya. Cuma masa tu Eisya tidak mahir bisnes menyebabkan Brendy mencari syarikat lain untuk bekerjasama. Brendy Ho sudah lama menetap di Malaysia menyebabkan dia fasih sikitlah bahasa melayu.

Eisya mengangkat sebelah alis kepada Tengku Fahmi.

'Siapa dia?' tanyanya dengan menggunakan isyarat mata.

Tengku Fahmi yang faham isyarat itu segera menjelaskan kepada Brendy apa yang menimpa isterinya. Kelihatan wajah Brendy berubah keruh dan bersimpati dengan nasib Eisya. Dia sempat memberi kata-kata semangat buat Eisya.

Tapi Eisya buat dek je.. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tengku Fahmi perasan akan hal itu. Dia menggelengkan kepala sambil tersenyum.

Selesai sesi luahan hati dengan Mr. Brendy, Tengku Fahmi akhirnya menarik nafas lega apabila lelaki itu telah keluar dari officenya. Dia mengesat air mata palsunya tadi..

Dia memandang Eisya yang sedang gugup sambil menunduk ke lantai. Tengku Fahmi hanya menggelengkan kepala.

Tengku Fahmi berjalan ke mejanya. Dia duduk di atas kerusi kerja lalu bersandar pada kerusi dan memandangnya..

"Eisya.." panggil Tengku Fahmi lembut. Eisya mengangkat wajah. Tengku Fahmi membuat isyarat tangan supaya datang dekat kepadanya.

" Why?" tanya Tengku Fahmi..

Eisya berdecit sebelum menunduk. Dia merengek kecil..

"Saya mengandung.." gumam Eisya. Cukup hanya gadis itu yang mendengar.

Tengku Fahmi mengerutkan dahi.

"Apa awak cakap tadi? Saya tak dengarlah.." kata Tengku Fahmi.

Eisya mengeluh perlahan. Pada fikirannya, Tengku Fahmi sengaja hendak mengenakan dirinya.

"Hisy! Janganlah main-main! Awak dengar kan?!" marah Eisya..

"Tak! Serius, saya tak dengar.. Awak gumam awak sorang je.. Dahlah jauh awak berdiri tu.. Saya makan awak ke?" perli Tengku Fahmi.

Eisya merengus kemudian dia bergerak protes ke tepi Tengku Fahmi. Tengku Fahmi cuma sekadar melihat. Eisya kelihatan pemalu selepas sahaja dia sedar.

" Saya mengandung.. " kata Eisya sekali lagi namun tidak tertangkap di telinga Tengku Fahmi.

Tengku Fahmi membuat muka tiga suku. Apa benda yang bini aku cakap ni..

"Eisya saya tak dengarlah.." kata Tengku Fahmi.

Eisya menghentakkan kakinya dan wajahnya ingin menangis. Tengku Fahmi menelan air liur..

"Okay - okay saya dengar! Tak payahlah menangis.. Buruk ah.." perli Tengku Fahmi lantas menarik Eisya ke ribanya. Eisya memeluknya.. Siyes dia tak dengar langsung apa yang dicakapkan.

"So, awak rasa macamana?" tanya Eisya di bahu Tengku Fahmi..

Tengku Fahmi gelabah. Apa aku nak cakap ni? Bukan aku dengar..

Eisya hairan. Dia memandang wajah Tengku Fahmi.

"Fahmi, awak dengar tak saya tanya ni?" tanya Eisya geram..

"Er.. Boleh awak terang sekali lagi?" pinta Tengku Fahmi diselangi senyum kerang busuknya.

Eisya menggeselkan rahangnya.

"Awak tak dengar kan?" sampuk Eisya.

"Eh, jangan salahkan saya eh! Awak yang bercakap macam takut emas dalam mulut awak tu saya ambil jual!" perli Tengku Fahmi sambil menyebak rambutnya ke belakang dengan macho. Eisya yang menyampah segera mengucar-kacirkan rambut Tengku Fahmi.

"Apa ni Sayang?" dengus Tengku Fahmi lantas membetulkan rambutnya.

"Menyampah pula saya tengok awak buat macamtu.. Ingat eh, awak tu dah masuk 30 tau! Jangan mengada-ngada.. Kalau saya tahu awak ada perempuan lain, bukan setakat rambut awak saya buat, saya campak awak dari atas bangunan ni, awak nak cubalah buat!!" marah Eisya panjang lebar.

Tengku Fahmi menggelengkan kepala sambil ketawa. Dia putar belit pulak dah.. Jauh terpesong motif percakapan.

" Takdelah, sayang.. Okay-okay, cuba beritahu balik. Kali ni biar jelas sikit.. Saya kira eh? Satu.. Dua.. Tiga! "

"Saya mengandung!!!" jerit Eisya tepat di telinga Tengku Fahmi.

Satu saat. Dua saat. Tiga saat.

Tengku Fahmi tergamam. Keadaan menjadi senyap sunyi.. Eisya mengerutkan dahi memandang reaksi suaminya.

"Awak rasa macamana?" tanya Eisya..

Tengku Fahmi menelan air liur.. Dia bangun dari kerusi dan automatik Eisya pun bangun dari ribanya.

Tengku Fahmi masih tidak mengalihkan pandangan dari Eisya sehingga wanita itu cuak. Dia tergamam apabila Tengku Fahmi berjalan mendekat ke arahnya dan menekap kedua pipinya dengan kuat. Sedikit memuncung mulutnya.

"Awak mengandung?" tanya Tengku Fahmi gementar. Riak wajahnya serius.

Eisya mengangguk polos.

"Anak saya?" tanyanya sekali lagi..

Eisya mengangguk lagi.

"Anak awaklah! Anak siapa lagi?!" marah Eisya.

Tengku Fahmi menitiskan air mata. Dia menyerabutkan rambutnya dan menghentak mejanya dengan kuat.

Eisya tersentak. Dia terkejut..

"Fahmi.." panggil Eisya. Tengku Fahmi hanya menunduk dengan tangan di topang pada mejanya..

"Awak tak suka ke baby ni?"

Tengku Fahmi menangis teresak-esak. Dia berpaling ke belakang memandang ke arah Eisya. Dengan pantas dia memeluk Eisya sambil menangis di bahunya..

"Sebab saya sukalah saya menangis.." kata Tengku Fahmi masih dalam tangisan.

Eisya melopong. Habis tu yang hentak - hentak meja tu? Gimik ke?

***

Tengku Fahmi menyedut hingus sambil mengesat matanya. Dia masih tersedu-sedan. Tengku Hasnah dan Tengku Firasy yang duduk di sofa mewah di rumah Tengku Hasnah cuma memandang serong kepada dia.

Eisya cuma senyum melihat reaksi suaminya. Orang nak dapat baby gembira, dia nak dapat baby menangis..

Puk!!

"Aduh! Sakitlah bonda.." marah Tengku Fahmi manja dengan suara serak. Mana tidaknya ditampar peha oleh tangan paling berbisa abad ni..

"Padan dengan muka kamu! Yang kamu menangis macam kamu yang mengandung, dah kenapa? Eisya yang dapat result positif pregnant ni pun steady je.. Yang kamu teremosi lebih ni dah kenapa?" perli Tengku Hasnah.

Tengku Fahmi mulai menangis semula apabila ditegur begitu. Dia menekup mukanya di lengan Eisya.. Lalu badannya terhinjut-hinjut tanda sedang menangis.

Tengku Hasnah dan Tengku Firasy melopong tidak percaya.

" Hei, yang menangis ni dah kenapa?! Malulah dengan Eisya ni.." kata Tengku Hasnah.

Eisya cuma ketawa kecil melihat reaksi suaminya. Dia meminta diri untuk naik ke atas. Malam ni mereka akan bermalam di rumah Tengku Hasnah. Tangan Tengku Fahmi ditarik mengikutinya naik..

Eisya berpeluk tubuh. Dia memandang Tengku Fahmi dengan wajah selamba. Tengku Fahmi hanya menunduk.

"Fahmi, boleh tak stop menangis? Awak dah malukan diri awak sendiri.." kata Eisya.

Tengku Fahmi menyedut hingus.

"Saya excited!"

"Yeah, I know tapi.. Memang macam ni ke 'excited' awak? Menangis? Tak macho langsung.." perli Eisya selamba.

Tengku Fahmi merenung dingin ke arahnya. Dia mengesat air matanya lantas beriak biasa sambil mengambil tuala.

Eisya pula yang naik hairan..

" Awak menangis ke tak sebenarnya? "

Tengku Fahmi berpaling ke belakang sambil mengenyit mata ke arahnya.

"Tak pun! Saja nak tengok reaction awak.." katanya selamba sebelum menutup pintu bilik mandi.

***

Tengku Fahmi memaut pinggang Eisya sambil berjalan-jalan di sekitar mall. Tadi, sebelum ke office, Eisya merengek ingin berjalan - jalan. Dia apa lagi, bawa jelah..

Eisya sudah cemberut mukanya apabila Tengku Fahmi banyak menasihati dan mengawal caranya berjalan. Katanya tak elok.

"Berjalan tu biar betul.. Tengok cara saya berjalan ni.."

Eisya melopong mulutnya apabila melihat Tengku Fahmi membuat demonstrasi berjalan sebagai wanita. Lenggoknya buat wajah Eisya berbahang apatah lagi suaminya itu orang terkenal di Malaysia.

"Cari nahas betul laki aku ni!" Eisya mula menarik tangan Tengku Fahmi ke sebuah restoran lalu mereka duduk tersorok sedikit dari orang.

"Awak! Kenapa awak jalan macamtu tadi?!" bisik Eisya keras.

"Salah ke? Saya cuma nak ajar awak berjalan cara mak-mak.. Awak berjalan macam gangster sedangkan kita ada junior dekat dalam perut tu.." bebel Eisya.

"Perut saya tak kembung pun lagi. Baik saya berjalan ikut cara saya. Awak tadi memang nak malukan diri-sendiri ke?"

Tengku Fahmi mengangkat kedua bahu. Dia memanggil pelayan untuk memesan menu. Eisya langsung tak diberikan peluang memilih makanan. Semuanya dipilih oleh Tengku Fahmi.

" Yo! My baby junior dah sampai! " teriak Atiq manja sambil berlari ke arah Eisya dan Tengku Fahmi di depan pintu. Eisya mendepakan tangannya untuk memeluk Atiq sambil tersenyum tapi tiba-tiba..

"I miss you my adik! Pergi mana tak ajak abang hah?"

Tengku Fahmi dan Eisya terkulat-kulat ketika Atiq berlutut memeluk perut Eisya. Cis, rindukan adik dia rupanya.. Eisya menjatuhkan semula tangannya.

Atiq mencium-cium perut Eisya yang berlapik baju kurung kedah. Tengku Fahmi membulatkan matanya.

" Amboi! Bukan main eh, cium-cium perut mama kamu!" marah Tengku Fahmi sambil bercekak pinggang.

Atiq mendongak.

"Orang bukan cium perut mama Eisya, orang cium my baby junior ni kan? Sayang abang tak?" Atiq bercakap sendirian dengan perut Eisya.

Eisya dan Tengku Fahmi memandang antara satu sama lain. Nampak sangat Atiq begitu lama single sampai tak betul budak ni..

Mereka berjalan sama - sama masuk ke rumah agam Tengku Fahmi. Oh lupa, Tengku Fahmi mula mengupah semula maid untuk menjaga Eisya. Nak ditinggalkan senang..

9 bulan kemudian..

"Teran Cik Eisya! Teran!" kata seorang doktor perempuan yang ditugaskan untuk membantu Eisya bersalin.

Eisya meneran sekuat hati. Peluh yang menurun diseka oleh nurse di tepinya. Dia lelah.

"Sikit lagi Cik Eisya!" kata doktor itu. Eisya menarik nafas panjang lalu mula meneran sekuat hati.

***

Tengku Fahmi bermundar-mandir di luar bilik pembedahan. Jarinya menggigil apabila terbayang wajah isterinya yang mungkin berseorangan di dalam bilik itu. Oh, semua keluarga mereka ada di situ. Termasuklah orang tua Eisya dan dirinya. Aniq dan Sara juga menunggu di ruangan itu.

Melihat reaksi Tengku Fahmi yang menggigil, Dato'Emir segera bangun dan menepuk bahunya. Tengku Fahmi menoleh ke arahnya.

"Sabarlah Fahmi.. Eisya akan baik-baik sahaja."

"Tapi saya takut apa - apa terjadi. Saya tak nak kehilangan Eisya buat kali kedua.." kata Tengku Fahmi sambil mindanya teringat akan peristiwa yang berlaku pada Eisya dulu.

"Papa, Mama Eisya takkan apa-apa.. Duduklah dulu."

Tengku Fahmi menggeleng - geleng sambil lehernya dipanjangkan untuk melihat di dalam bilik itu. Suasana bertukar ceria apabila kedengaran bunyi rengekan bayi di dalam bilik itu.

"Papa, anak saya!" kata Tengku Fahmi gembira.

Keluarga mereka saling bertentangan pandangan dan tersenyum. Seketika kemudian, doktor keluar sambil menanggalkan masknya.

"Doktor.." panggil Tengku Fahmi gelabah.

"Tahniah Tengku! Cik Eisya selamat melahirkan bayi lelaki!" kata doktor itu sambil tersenyum.

Tengku Fahmi mula melebarkan senyuman manakala Atiq di belakangnya sudah menahan diri daripada melompat-lompat di situ. Yes, boleh ada orang teman main bola!

Tengku Fahmi memangku anak lelakinya sambil melihatnya. Air matanya menitis tetapi tidak hilang senyuman dari wajahnya. Dia memandang Eisya. Wanita itu berpaling ke arah lain dengan perasaan kekok. Dia kembali memandang wajah anak lelakinya.

"Cepat Umar! Cepat!" jerit Atiq sambil melihat adik lelakinya yang terkial-kial menyepak bola. Akhirnya dengan beberapa kali kesabaran, Tengku Umar Habibie berjaya menyepak bola itu masuk ke dalam gol kecil khas untuk dirinya.

"Yeayy!" Atiq berlari ke arah adiknya yang berusia tiga tahun itu lalu mendukung dan melambung adiknya. Tidak cukup dengan itu, ciuman bertalu-talu dihadiahkan ke pipi gebu adiknya itu sehingga Umar ketawa.

"Adik abang hebat! Adik abang hebat!" laung Atiq sambil berpusing dengan Umar di dalam dukungannya. Umar Habibie ketawa.

Tengku Fahmi dan Eisya yang sedang melihat dari arah balkoni bilik mereka hanya tertawa melihat telatah anak-anak mereka. Tengku Umar Habibie telah menjangkau umur tiga tahun manakala Atiq pula akan menyambung pelajarannya di overseas tidak lama lagi. Jadi dia menggunakan masa itu untuk bermain dengan adik kesayangannya.

"Sukanya tengok diaorang main.. Agak-agak macamana Umar kalau Atiq tiada di sini?" tanya Tengku Fahmi.

Eisya menoleh ke arahnya.

"Tak jadi masalah. Ajaklah Rafanthar main dengan dia." jawab Eisya.

Del Rafanthar atau lebih mudah panggil Raf adalah anak kepada Aniq dan Sara. Cuma tua sedikitlah dari Umar.

Pandangan Tengku Fahmi kini beralih pada Eisya. Wanita itu masih berperangai kebudak-budakan walaupun usia sudah menjangkau 30 tahun. Dia tersenyum sendirian.

Eisya yang melihatnya berkerut dahi.

"Dah awak kenapa senyum-senyum ni?" sindir Eisya.

"Taklah. Saja! Takkan tak boleh? Isteri cantik kut. Siapa jelah tak berangan sorang - sorang.." kata Tengku Fahmi lantas menghirup air kopi sambil berpura-pura memandang atas siling.

Eisya memandang dengan jengkel.

"Yelah tu.."

Tengku Fahmi ketawa sambil memeluk leher isterinya. Eisya meronta-ronta lemas.

"Apa ni.." rengus Eisya.

Mereka duduk berhadapan. Tengku Fahmi menongkat dagu di meja. Dia memandang Eisya yang merenung jengkel ke arahnya.

"Thank you, sayang!" jerit Tengku Fahmi ceria.

Eisya tergamam.

"Sebab apa?"

"Sebab awak dah bahagiakan saya! Awaklah dunia saya!" kata Tengku Fahmi lantas memeluk Eisya.

Eisya tergamam sekali lagi.

"Saya akan pastikan awak selamat dengan saya. Saya akan pastikan setiap seorang yang cuba cederakan akan merana macam apa yang Ben tu dapat."

"Oh, ya! Awak buat apa dengan dia?"

Tengku Fahmi hanya tersenyum sinis.

Di dalam penjara,

Ben akhirnya terkulai lemah di atas lantai
Badannya lebam-lebam dan mukanya teruk. Dia ditangkap oleh polis sehari selepas peristiwa pengeboman rumahnya itu.

Dua tiga orang banduan dalam sel tahanan itu menyapu tangannya dengan riak wajah puas. Tanpa disedari anggota polis, banduan itu diarahkan oleh Tengku Fahmi untuk membuli Ben cukup-cukup. Jaminannya ialah, mereka akan dibebaskan dari penjara oleh Tengku Fahmi sendiri dan berkhidmat untuknya.

"Padan muka kau! Mendapatlah cari fasal dengan kitaorang!" bisik ketua mereka.

"A-aku t-tak cari f-fasal dengan k-korang.." jawan Ben lemah.

"Kau tak cari fasal dengan kitaorang, tapi kau cari fasal dengan bos kitaorang!"

Ben terkejut.

"Siapa.."

Mereka hanya tersengih sebelum menumbuk Ben kembali...

Tengku Fahmi memeluk Eisya dengan erat bagai tidak mahu lepas. Eisya cuma membalas tanpa senyuman.

"Janji dengan saya tau. Awak akan selalu ada dengan saya.. Saya akan jaga awak. Jaga anak kita!" ujar Tengku Fahmi ceria.

"Awak pun sama. Jangan nak cari perempuan lain eh. Kalau saya tahu, saya kerjakan cukup-cukup awak!" kata Eisya.

Tengku Fahmi mengangkat tangan tanda menyerah.

"Tak akan sayang. Awak menang." kata Tengku Fahmi.

Mereka ketawa kecil sebelum berpelukan sambil melihat pemandangan hijau di depan mereka.. Bagi Eisya, Tengku Fahmi adalah seorang lelaki yang banyak membawa kenangan padanya. Manis dan pahit. Tengku Fahmi pula, Eisya bagaikan bidadari yang berjaya membuat hatinya cair melebur hanya dengan sikap dingin yang berubah menjadi cinta. Apabila digabungkan, terbentuklah satu ikatan kukuh yang disemai dengan memori yang membantu mereka matang dalam kehidupan.

Tamat...

Tamat sudah novel Hi, Miss Leftenan. Author minta maaf kalau ada salah silap sepanjang novel ini diterbitkan.. Dan ketidakpuasan para reader. Harap novel ni memberi kepuasan kepada you alls semua. Teruskan membaca tiga buah lagi novel author iaitu : Stay With Me Suamiku Mr. Traveler Mr. Tua Pencuri Hati Bye semua!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience