Bab 57: Manja

Action Completed 85164

Tengku Fahmi sedang duduk merenung ke arah balkoni di atas katil. Dia tidak keluar dari bilik sejak tadi. Puas Faiq dan beberapa bodyguard yang lain mengetuk pintu biliknya namun tiada perubahan. Mereka risau kerana Tengku Fahmi tidak makan dan tidak minum sejak pagi tadi.

Sara Amelia pula tidak lagi memperdulikan Tengku Fahmi. Dia asyik buat hal sendiri. Enjoy di night club dan balik pagi esok. Bila diberitahu tentang Tengku Fahmi, dia cuma buat acuh tak acuh sahaja.

"Alah, nanti dia baik sendiri. Tengku Fahmi cuma penat. Suruh dia rehat.." kata Sara sebelum keluar.

Faiq dan Kak Pah hanya memandang sayu. Mereka risau akan Tengku Fahmi. Akhirnya mereka membuat tindakan drastik. Beberapa orang bodyguard cuba merempuh pintu bilik Tengku Fahmi. Atiq, Kak Pah cuma memandang dari belakang.

Beberapa kali cubaan merempuh, akhinya pintu terbuka. Faiq masuk ke dalam bilik itu bersama dengan Atiq. Mereka melihat Tengku Fahmi sedang termenung menghadap balkoni di birai katil membelakangi mereka.

Faiq melangkah perlahan-lahan ke hadapan Tengku Fahmi. Tengku Fahmi masih tidak berpaling ke arah mereka.

" Tengku.." panggil Faiq sambil melihat sedikit wajah Tengku Fahmi dari tepi. Tengku Fahmi hanya mematung. Tiada tindak balas.

"Tengku Fahmi?" panggil Faiq sekali lagi. Dan kali ni Tengku Fahmi berpaling perlahan-lahan ke arah Faiq. Faiq tersentak. Tengku Fahmi sudah seperti mayat hidup.

" Tengku, Tengku okay ke? Ada sakit kat mana-mana?" tanya Faiq.

Tengku Fahmi cuma merenung ke arah Faiq dan kembali merenung balkoni.

Melihat reaksi Tengku Fahmi begitu, kini giliran Atiq pula yang menegur.

" Papa..." panggil Atiq menggoyangkan lengan Tengku Fahmi.

Tengku Fahmi menunduk ke arah Atiq.

" Papa janganlah macamni..." rayu Atiq lagi.

Dengan tiba-tiba, air mata Tengku Fahmi mengalir. Dia menangis tapi masih tetap memandang Atiq.

Atiq terkejut. Dia memandang Faiq yang sudah terbuka luas matanya memandang Tengku Fahmi.

" Tengku? Tengku?" panggil Faiq namun tidak dihiraukan oleh Tengku Fahmi. Dia menangis memandang Atiq.

"Eisya... Tsk.. Tsk.. Tsk..." panggil Tengku Fahmi tetapi mata tetap memandang Atiq.

Atiq mengerti maksud Tengku Fahmi lalu mendongak memandang Faiq.

" Papa nak Eisya. Boleh tolong panggil Eisya ke sini?" pinta Atiq.

Faiq mengeluh perlahan memandang Kak Pah yang berwajah mencebik melihatnya.

" Saya call cik Eisya, jap.." kata Faiq lalu beredar dari situ.

Atiq kembali memandang Tengku Fahmi. Dia duduk di tepi Tengku Fahmi lalu mengesat air mata lelaki itu. Namun, air mata Tengku Fahmi senang merembes.

"Papa janganlah nangis lagi.." pujuk Atiq.

" Eisya..." kata Tengku Fahmi sambil memandang Atiq.

" Tengku, cik Eisya akan datang sekejap lagi. Tengku makan dulu, ya? Kak Pah dah siapkan makanan kegemaran Tengku.." kata Kak Pah sambil tersenyum.

Tengku Fahmi menggeleng kepala dengan air mata yang mengalir.

" Tak, nak Eisya!!" kata Tengku Fahmi lalu bangun ingin keluar dari biliknya.

" Eh, eh! Tengku! " panggil Kak Pah apabila Tengku Fahmi keluar dari biliknya. Tengku Fahmi terus turun dari tangga dan menuju ke pintu utama di villa. Apabila dia memegang pemegang pintu, Faiq menahannya.

Tengku Fahmi terkejut. Dia dan Faiq saling memandang.

" Lepas.. " kata Tengku Fahmi.

" Tengku, cik Eisya akan datang. Tengku cuma tunggu sekejap je lagi.." kata Faiq tidak menghiraukan arahan Tengku Fahmi.

Tengku Fahmi termenung sekejap ke arah Faiq. Dia melepaskan pemegang pintu perlahan-lahan dan menuju ke sofa.

Faiq mengeluh perlahan. Dia mengisyaratkan Kak Pah supaya menyediakan makanan untuk Tengku Fahmi.

Kak Pah mengangguk lalu pergi ke dapur.

***

Eisya mengetuk stereng kereta. Haih, dia dah depress kut. Manja dengan aku apahal?

Dia masuk ke dalam villa dan mendapati Tengku Fahmi sedang duduk menunduk di meja makan tapi tidak menjamah makanan manakala Atiq sedang minum air. Maid dan bodyguard hanya berbaris.

" Ehem.. Ehem.." dehem Eisya untuk menyedarkan.

Automatik Tengku Fahmi mendongak dan berdiri lalu berjalan ke arah Eisya. Eisya yang was-was segera mengundur ke belakang.

" Kau kenapp.." belum sempat Eisya bercakap, Tengku Fahmi memeluk dirinya dengan kuat seolah-olah tidak ingin Eisya terlepas darinya. Terangkat tangan Eisya.

" Mana awak pergi? Saya tunggu awak..." kata Tengku Fahmi sayu.

Eisya kaku. Dihadam segala yang dicakapkan oleh Tengku Fahmi dalam fikirannya.

Tengku Fahmi melepaskan pelukan apabila Eisya tidak bertindak balas. Dia memegang bahu Eisya.

" Jangan tinggalkan saya.. Saya sedih kalau awak tak ada..." kata Tengku Fahmi.

Dia mencium dahi Eisya. Eisya dengan segera menolak. Tengku Fahmi terkejut.

" Awak tak sihat.." kata Eisya perlahan.

"Tak, saya sihat.. Saya sihat kalau awak ada.." kata Tengku Fahmi kelam-kabut.

" Panggil doktor.." kata Eisya.

"Tak, saya sihat.." kata Tengku Fahmi kelam-kabut. Dia memandang Eisya dan kemudian Faiq.

Eisya menganggukkan kepala lalu Faiq menelefon Doktor Qul iaitu doktor peribadi Tengku Fahmi.

Tengku Fahmi pula masih menggoyangkan lengan Eisya tanda tidak mahu.

"Saya sihatlah, saya sihat!!"

"Awak tak waras, Fahmi!!" jerit Eisya. Serta-merta, Tengku Fahmi melepaskan perlahan - lahan lengan Eisya. Matanya memerah.

" Awak tak waras, Fahmi.. Awak ingat awak boleh berhadapan dengan orang ramai dengan keadaan macamni?" nada Eisya sudah kembali rata. Dia cuba memanipulasi Tengku Fahmi.

Tengku Fahmi perlahan - lahan menunduk sambil menangis.

"Sampai hati awak...." kata Tengku Fahmi lalu naik ke atas tangga dan masuk ke biliknya.

Eisya mengurut pelipisnya. Dia memandang Atiq yang masih berada di meja makan.

"Makan dulu. Jangan pergi mana-mana.." Pesan Eisya. Atiq terkebil-kebil.

"Jangan marah papa.." kata Atiq perlahan.

Eisya melihat Tengku Fahmi di sebalik dinding di luar biliknya. Dia tersenyum miring. Sukanya dia bila melihat keadaan Tengku Fahmi yang sudah terumbang - ambing.

Dia memulakan taktik berlakonnya dengan membuat riak wajah tidak berperasaan seperti yang selalu dia buat. Dengan cara ni, orang tidak akan mengesyakinya.

Dia masuk dan duduk di tepi Tengku Fahmi yang sedang menekup muka diantara dua lutut. Eisya mengeluh perlahan. Dia memainkan jari di tepi muka Tengku Fahmi dan lelaki itu menepisnya.

" Tak malu.. Dah besar pun nangis.." sakat Eisya.

Tengku Fahmi masih menangis. Eisya pula dihurung rasa bersalah.

"Sorry lah, bukan aku sengaja nak buat kau macamtu. Aku geram. Nak suruh doktor check je, yang banyak sangat alasan dah kenapa?" kata Eisya.

Tengku Fahmi mulai diam. Dia mengangkat mukanya memandang Eisya. Mereka bertatapan.

Tengku Fahmi menggenggam tangan Eisya dan Eisya hanya membiarkan sahaja.

" Awak sayang saya kan? " Eisya menelan air liur ketika ayat itu diungkapkan. Untuk mengambil hati Tengku Fahmi, terpaksalah dia mengangguk.

" Awak takkan khianat saya, kan?" tanya Tengku Fahmi lagi.

Kali ni, Eisya telan air liur pahit. Dia tak tahu. Dia akhirnya mengangguk susah.

Tengku Fahmi tersenyum. Dia memeluk lengan Eisya dan melentokkan kepalanya di bahu Eisya. Eisya rimas. Ingin sekali dia menolak tubuh jatuh bangunan.

Lama-lama, Tengku Fahmi tertidur. Eisya mengamati wajah Tengku Fahmi. Dia ketawa kecil.

"Ck.. Ck.. Ck.. Aku nak sangat bunuh kau. Tapi nak buat macammana, ek?" Eisya bermonolog sendirian.

****

Sorry kalau tak active mana novel ni..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience